Ayat di atas dikenali sebagai Khatamun-Nubuwwah. Ianya telah diberikan kepada saya oleh salah satu kumpulan pakar yang membantu saya berperang dengan Jin Ular yang menyerang rumah saya beberapa tahun yang lalu. Sekiranya anda tidak tahu apa yang saya maksudkan, bolehlah mendapatkan maklumat lanjut di sini. Tapi pada penulisan ini saya belum hendak menceritakan tentang pakar-pakar ini. Saya cuma hendak menceritakan tentang Khatamun-Nubuwwah, salah satu senjata yang diberikan oleh mereka kepada saya untuk berperang dengan makhluk tersebut.Selain daripada dilekatkan di pintu-pintu rumah, ayat tersebut juga diberikan kepada saya untuk diamalkan. Ayat itu, menurut mereka, telah ditulis sendiri oleh Arwah Ustad Mat Nahu yang memiliki sebuah sekolah pondok di Sik, Kedah. Menurut mereka ayat itu tertulis pada belikat kiri Baginda Rasulullah. Akan tetapi saya tidak pasti samada ayat tersebutlah yang dimaksudkan sebagai cop kenabian pada Baginda. Wallahualam...
Cop kenabian tersebut adalah merujuk kepada Buku Sirah Nabawiyyah S.A.W. karya Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri dan diterjemahkan oleh Muhammad Ramzi Omar terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mukasurat 718 dan 721. Dinyatakan bahawa Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai cop kenabian. Kata Ali bin Abu Talib, antara dua belikatnya ada cop kenabian yang menunjukkan baginda penyudah segala nabi. Di antara dua belikatnya ada cop kenabian seperti telor burung merpati yang mirip tubuhnya. Kedudukannya terletak di bahagian atas belikat kirinya, bagaikan genggaman tapak tangan yang diatasnya terdapat belang (tanda) seperti otot.
Bagaimana mengamalkannya? Nantilah pada penulisan-penulisan yang akan datang...


6 responses to "Khatamun-Nubuwwah"
A'kum
Saya ingin tahu lebih lanjut tentang amalan doa ini.
Selain dilekat dipintu2 rumah, bolehkan dilekat juga dalam kenderaan?
Sila email ke botakcute@hotmail.com
terima kasih
keychain khatamun nubuwwah
http://www.mudah.my/Keychain+Acrylic+Khatamun+Nubuwwah-8321659.htm
wau, tapi nape nk besambung
Sebarkan lg ayat ini.. 33x slawat ke atas nabi.. 313x khatamun nubwah... insyaallah... niat kan d hati di lindungi dr khianat manusia jin dan dajal....
Harap maaf...saudaraku sekalian.
Jika lihat dalak kitab Syamaail Muhammadiah tanda khatamun nubuwah BUKAN bentuk segi tiga ttp BUJUR. Lagi satu, ada kalimah ALLAH ...TAK KAN..Nabi s.a.w bawa masuk kalimah ALLAh dalam tandas kot...Pelik ni. Kedua ada berbagai versi khatamun nubuwah..yg mane satu yg BETUL @ ORI. Setiap amalan hendaklah berasaskan HADIS SOHIH. Maaf jika tersilap kata...
Salam,
Berkenaan kesahihan hadis@amalan diatas sila rujuk : http://mmy.permaijordan.com/?p=890
mungkin lebih jelas