20:27 | Posted in
Sudah lama tidak berblog. Malas dah rasanya. Maklumlah, tak kaya-kayapun, balik modalpun tidak. Duit streamyx sebulan RM90.00. Dah 3/4 tahun bayar. Berapa agaknya saya dah bayar? Malaslah nak kira. Pendapatan di Nuffnang baru terkumpul sebanyak RM35.90 selepas 2 tahun berblog. Itupun tak dapat-dapat lagi, kena tunggu cukup RM50.00 baru dia bagi selepas tolak RM1.00 kos pengurusan. Niatnya nak buat duit dengan blog. Nak kaya. Walaubagaimanapun perjalanan yang beribu batu bermula dengan langkah yang pertama.

Saya cadang nak berblog tentang frame Khatamun-Nubuwwah yang saya beli beberapa bulan yang lepas hari ini, tapi gambar frame tersebut yang saya ambil menggunakan telefon e-touch saya yang murah tu tak berapa cantik. Kabur. Nantilah saya akan gunakan saya punya Kamera Digital jenis Samsung yang dah dibeli lebih setahun tapi jarang guna, nak charge bateripun malas. Jangan cari tak jumpa dahlah. Hilang insyaAllah tak.

Sementara itu saya nak maklumkan yang jiran saya yang saya ada tulis pada posting sebelum ini ada menelefon saya. Mereka telah mendapat maklumat melalui kawan-kawan mereka yang saya ada menulis tentang mereka. Mereka mahu saya menarik balik kata-kata saya. Antara kata-kata yang dicakapkan kepada saya untuk membuktikan yang mereka adalah tidak seperti yang saya cakapkan, yang saya masih ingat adalah seperti berikut:-
1. Kami adalah keluarga yang dihormati di kawasan ini.
2. Bukannya kami ada letak apapun di rumah tu, ada kotak dan tayar, tak bolehka?
3. Yang kami cuci dan potong rumput rumah tu kenapa tak cerita?
4. Memang kami nak beli, sebab tu kami cabut iklan tu, kalau youpun nak beli buat macamtu jugak. Habis tu kenapa tak datang bubuh balik?
5. Sayapun ,Graduate. dll. (dah tak ingat)

Perkara diatas adalah hujah daripada pihak satu lagi. Saya harap saya telah berlaku adil dengan meletakkan hujah mereka disini. Harap pembaca dapat menilainya. Sayapun tak sangka yang blog ini akan dibaca oleh orang sampai kesana. Ingatkan nak syok sendiri sahaja. Melepaskan 'tension'.

Ala mak ai! Dah panjang pula posting ni, ni belumpun cerita pasal, macamana Arwah Pak Wan buat gambar fotostat. Sebelum itu marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah Pak Wan dan juga Arwah kedua-dua ibubapa saya dan tidak lupa juga kepada arwah ibu mertua saya yang baru saja meninggal sebelum puasa. Al-Fatihah...

Ok, berbalik kepada cerita bagaimana Arwah Pak Wan menghasilkan Gambar Fotostat. Antara bahan-bahan yang arwah gunakan adalah:-
1. Kertas Komputer lama, dot matrix, yang ada lubang dekat tepi tu.
2. Kertas karbon warna hitam.
3. Gunting
4. Gambar mangsa.
5. Pinggan jernih.
6. Kain hitam.
7. Air gula
8. Minyak (tak pasti minyak apa?) dan
9. Ayat Power

Itu adalah ramuan-ramuannya. Cara 'memasaknya' lain kalilah, sebab posting ini dah cukup panjang. Banyak sangat cerita sampingan. Nanti boring nak baca. Bersambung...
Category:
��