23:27 | Posted in
Category:
��
01:53 | Posted in
Ini adalah formula-formula yang saya cipta untuk anak-anak saya bagi melengkapkan lapisan pertama Kiub Rubik. Walaupun formula-formula ini mungkin bukan yang terbaik tetapi ianya berkesan. Anak-anak saya telah berjaya menyelesaikan keseluruhan teka-teki ini sebaik sahaja saya memberikan formula-formula ini kepada mereka beberapa bulan yang lalu. Sebenarnya formula-formula ini telah diberikan dalam bentuk yang mentah tanpa huraian pada penulisan tentang Kiub Rubik yang telah lalu di Panduan Kiub Rubik V1.1. Ini cuma huraian tentang formula-formula tersebut.



Setelah berjaya dengan apa cara sekalipun bagi menyiapkan permukaan atas seperti gambar diatas, cabaran seterusnya adalah untuk menyiapkan lapisan pertama seperti gambar di bawah.


Bagi memindahkan kiub seperti gambar di atas, sila gunakan formula di bawah.


Jika formula tersebut berjaya digunakan, kiub akan kelihatan seperti di bawah.


Jika pemindahan kiub seperti di atas, iaitu melibatkan dua kali pemindahan, sila gunakan formula di atas dua kali. Ulang formula di atas sehinggalah lapisan pertama kiub seperti di bawah, iaitu sama di bahagian sisi seperti gambar di bawah.




Jika semua bahagian sisi telah berada di tempat yang sepatutnya, langkah seterusnya adalah untuk memindahkan bahagian tengah seperti gambar di atas. Untuk tujuan tersebut, sila gunakan formula seperti di bawah.


Apabila formula di atas berjaya dilaksanakan dengan sempurna, keadaan seperti di bawah akan terhasil.



Jika pemindahan seperti gambar rajah di atas diperlukan, sila gunakan formula di bawah.


Selepas itu keadaan seperti di bawah akan terhasil.

Jika perlu, ulang formula-formula di atas, sehingga lengkap lapisan pertama. Selepas itu, ikuti formula-formula di Panduan Kiub Rubik V1.1 pada blog ini.
Category:
��
07:07 | Posted in
Senarai 10 Masa Terpantas Di Dunia Penyelesaian Kiub Rubik Semasa Kejohanan:-

Nama

Jean Pons (France)
Kejohanan

Dutch Open 2005
Masa(Saat)

11.75
Leyan Lo (USA)
Caltech Winter competition 2006 11.13
Toby Mao (USA)
US Championship 2006 10.48
Edouard Chambon (France)
Belgian Open 2007
10.36
Thibaut Jacquinot (France) Spanish Open 2007
9.86
Erik Akkersdijk (Netherlands)
Dutch Open 2007
9.77
Ron van Bruchem (Netherlands) Dutch Championships 2007 9.55
Edouard Chambon (France)
Murcia Open 2008
9.18
Yu Nakajima (Japan)
Kashiwa Open 2008
8.72
Erik Akkersdijk (Netherlands) Czech Open 2008
7.08
Category:
��
17:29 | Posted in
Pihak Berkuasa telah mengenalpasti pembunuh Michael Jackson. Beliau adalah, Dr. Conrad Murray, doktor peribadi, Michael. Walaubagaimanapun pembunuhan ini boleh dianggap sebagai pembunuhan tanpa niat atau pembunuhan kelas kedua (second degree murder/manslaughter). Dr Conrad disyaki membunuh Michael Jackson dengan memberikan dadah dan ubat-ubatan berlebihan kepada Michael. Bukti-bukti pendakwaan sedang dikumpul oleh Pendakwaraya termasuklah dengan menggeledah klinik Dr. Conrad.
Category:
��
16:37 | Posted in

Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang telah diserang angin ahmar (stroke) di TV3 beberapa hari yang lalu telah meninggal dunia. Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan pagi ini jam 9.00. Beliau adalah seorang penulis dan pengarah. Antara filem-filem Allahyarhamah adalah, Sepet, Gubra, Mukhsin dan Muallaf. Ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah. Al-Fatihah...
Category:
��
01:33 | Posted in
Gambar Hantu Pocong di Felda yang keluar di Berita Harian beberapa hari yang lalu. Gambar didakwa berjaya ditangkap beberapa hari yang lalu. Tapi saya rasa macam pernah tengokla gambar ini sebelum ni, yakni beberapa tahun yang lalu. Anak lelaki sayapun bercakap benda yang sama. Tapi di mana ya?

Gambar ditangkap dengan hanya menggunakan kamera telefon bimbit. Pemburu Hantu di Astro tu pun sehingga kini masih belum berjaya menangkap gambar hantu dengan jelas. Kecuali minggu lepas, dekat tasik. Tapi itupun saya yakin hanyalah seekor burung. Sebab sebelum gambar tu diambil ada bunyi kepak.

Dalam siri Ghost Adventure yang ditayangkan baru-baru ini, siap nampak gambar sangkar burung jatuh. Tapi saya pelik juga kenapa gambar-gambar itu tidak dikaji selepas itu. Banyak betul bunyi dalam rumah tu. Berani betul, puak-puak ni, siap cabar hantu lagi. Tapi belum lagi dapat gambar, macam yang dekat atas tu.
Category:
��
21:50 | Posted in
Sekadar untuk makluman, di dalam blog ini ada 3 penulisan tentang Kiub Rubik. Penulisan pertama bertajuk Panduan Kiub Rubik, penulisan kedua pula bertajuk Panduan Kiub Rubik V1.1, dan penulisan ketiga bertajuk Kiub Rubik Percuma.

Penulisan pertama pada asalnya ditulis di blog Gayong Maarifat dan dipindahkan ke blog ini tanpa sebarang pengubahsuaian. Manakala penulisan yang kedua pula sebenarnya sama sahaja dengan penulisan yang pertama dengan pengubahsuaian pada grafik dan penerangan. Sebab itu ianya diberi versi 1.1, iaitu 'upgrade' daripada penulisan yang pertama. Formula-formulanya adalah sama.

Penulisan ketiga, sehingga kini tidak mendapat sambutan walaupun ramai pengunjung yang datang ke blog ini untuk mendapatkan maklumat mengenai Kiub Rubik. Mungkin disebabkan Kiub Rubik yang dimiliki oleh pengunjung lebih mahal daripada yang hendak saya sedekahkan. Tak Apalah.

Walau apa-apapun, penerangan saya mengenai kiub ini dibuat berdasarkan andaian bahawa pengunjung-pengunjung ke blog ini, telah tahu untuk membuat permukaan atas dan lapisan yang pertama. Saya sekarang sedang menyediakan penulisan mengenai formula menyiapkan lapisan pertama.

Secara umumnya, untuk menyelesaikan kiub ini, pertama sekali permukaan atas perlu dilengkapkan. Selepas itu, lapisan pertama. Diikuti dengan lapisan kedua. Akhir sekali, lengkapkan lapisan ketiga dan permukaan bawah serentak.

Daripada 4 langkah seperti di atas, formula untuk langkah 3 dan 4 telah disediakan. Langkah pertama, iaitu untuk melengkapkan permukaan atas, kreativiti amat diperlukan kerana saya belum ada formula. Untuk langkah kedua, walaupun kreativiti boleh digunakan, saya ada formulanya.

Formula tersebut, saya reka sendiri, kerana anak-anak saya telah berjaya melengkapkan permukaan atas tapi gagal menyiapkan lapisan pertama. Formula tersebut telah saya sertakan pada penulisan yang kedua dalam bentuk asas tanpa huraian dengan menekan pada salah satu rajah. Mungkin ada yang faham, tapi saya yakin ramai yang tak faham. Oleh itu, saya sedang menulis dan menghuraikan formula lapisan pertama dan akan menyiarkannya tak lama lagi sekadar untuk panduan.
Category:
��
00:47 | Posted in
Saya diterima masuk ke PTD pada awal tahun 1995. Sebelum itu tak pernah tahupun apa itu PTD. Akan tetapi selalu dengar, kawan-kawan dan sanak saudara sibuk-sibuk pasal masuk PTD. Abang sayapun ada memohon tapi tak dapat. Selepas 'grad' saya rehat hampir setahun, saja tak minta kerja, tapi bila ibubapa dah mula 'kenen', kenala cari juga kerja. Tapi memang saya nak kerja 'gomen'.

Kerja pertama yang saya minta, langsung tak kena panggil. Yang kedua, dipanggil, sampailah ke saringan yang terakhir. Ada satu lagi kerja 'gomen', saya dah tak ingat. Tapi saya ambil borang SPA, minta kawan saya di KL tolong ambilkan dan poskan ke rumah. Tapi tak sempat isi borangpun. Tiba-tiba kecoh tentang PTD. Guna borang yang tak sempat diisi sebelum tu, terus hantar.

Tak lama selepas itu, saya dipanggil untuk menduduki ujian. Tak ada apapun yang saya buat sebagai persiapan. Adalah saya dengar sana dan sini yang pengetahuan am perlu tahu. Itu dan ini, tapi tak kisahlah apa yang saya tahu, itulah yang saya akan jawab.

Soalan-soalan yang ditanya, ada objektif dan subjektif. Soalan-soalan yang menguji minda dan pengetahuan am, semuanya objektif. Oleh itu, yang mana saya tak tahu, saya tembak. Nasib baik banyak yang saya tahu dan mungkin juga, banyak yang saya tembak, mengena. Sebelum saya menjawab, saya semak dulu pemarkahan untuk setiap bahagian. Soalan-soalan objektif, pemarkahannya tak begitu banyak berbanding soalan subjektif. Oleh itu, saya banyak menumpukan kepada soalan-soalan subjektif.

Soalan-soalan subjektif terbahagi kepada soalan-soalan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kedua-duanya mempunyai kefahaman atau 'comprehension' dan esei. 'Malangnya' kedua-dua soalan tersebut adalah saya punya 'favorite'. Untuk soalan kefahaman, bacalah esei yang diberikan dan cari jawapan yang terhampir mengikut kefahaman saya. Mudah. Esei pula, gorenglah.

Saya tak pasti samada soalan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, tapi yang saya ingat adalah ada satu soalan tentang gejala sosial. Kenapa saya masih ingat? Goreng punya goreng, sayapun memberi cadangan, salah satunya, untuk mengatasi gejala sosial ini, ibubapa perlu ada kemahiran keibubapaan (parenting skill). Selang beberapa minggu selepas itu. Cadangan saya itu telah disebut oleh Menteri Kebajikan Masyarakat. Itu yang buat saya ingat sampai sekarang.

Selepas peperiksaan, saya tak perduli sangatpun. Dapat atau tak dapat, saya dah buat yang terbaik. Akan tetapi tak lama selepas itu, ada berita gembira...

Oleh itu, sebagai tips atau panduan kepada sesiapa yang akan menduduki peperiksaan PTD, nasihat saya adalah seperti berikut:-

  1. Relax, dunia belum kiamat, tak dapatpun tak apalah, kurang separuh bebanan dah.
  2. Tumpukan kepada soalan Kefahaman dan Esei.
  3. Untuk pengetahuan am, apa yang kita tahu, itulah yang kita bawa ke ujian.
  4. Tapi kalau ilmu boleh ditambah, tambahlah. Dan
  5. Goreng, goreng dan terus goreng dari sekarang tapi biarlah berfakta.
Category:
��
06:10 | Posted in
Haritu tengok Pilihan Malaysia lawan Manchester United secara langsung di channel 811 best jugak. Hari ni depa nak lawan lagi, mungkin MU tak puashati sebab tak dapat belasah Malaysia. Maklumla, team depa bernilai berbillion ringgit lawan team yang hanya ribuan ringgitpun tak dapat makan. Dahlatu kena pulak 2 biji. Itu kira penjaga gol paling baik dalam dunia, takpun antara yang terbaik. Kena jugak 2 bijik. Nasib baik tak seri. Kalau tak lepas tu jugak depa ajak lawan sekali lagi.

Letih tekan remote control astro. Tekan sana. Tekan sini. Takdak pun live. Tak sempat nak cari sponsor mungkin. Dengar cerita yang datang malam ni tak sampai 30,000 orang. Mungkin tak cukup promosi. Sayapun dapat tahu kata ada lawan sekali lagi tengahari tadi saja. Kalau tahu lebih awal dan kalaula tahu tak ada orang sangat tengok malam ni, bolehla ajak kawan-kawan pergi tengok. Cari dalam jaringnipun tak ada jugak live, ate, takde kamera kat situ, takkan nak ada live pulak. Silap-silap rakamanpun takde malamni punya lawan, rematch antara Pilihan Malaysia lawan Manchester United.

Tak dapatla tahu keputusan terkini, perlawanan ulangan MU lawan Malaysia malam ni 20 Julai 2009. Kalau Malaysia menang malamni, MU mesti tak mau balik. Nak lawan lagi, sampai dapat belasah Malaysia cukup-cukup. Malaysiapun satu. Tak consistent. Mental tak cukup kuat, boleh jadi. Ada masa-masa boleh main, best. Ada masa-masa tak boleh main langsung. Sampai dengan team-team dekat sebelah ASEAN nipun tak boleh pukul. Mungkinla, cadangan saya, team Malaysiani kena fokus pada mental. Pakar-pakar motivasi di Malaysiani kan ka dah banyak. Dr. Fazilah Kamsahla, Tuahla, dll. Tak boleh buat apa-apaka?
Category:
��
03:05 | Posted in
Hotel J.W. Marriott dan Ritz-Carlton yang bersebelahan antara satu sama lain meletup. Letupan tersebut telah membunuh lapan orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 50 orang. Sekurang-kurangnya 18 daripadanya adalah orang asing. Kejadian berlaku pagi tadi, Jumaat 17 Julai 2009, kira-kira jam 7:45 a.m. dan 7:47 a.m. waktu Jakarta. (0045 GMT, 8:45 p.m. EDT). Banyak andaian telah dibuat dan yang disyaki adalah erm, erm, erm...Tapi, mungkin tidak. Disertakan gambar-gambar kejadian di Jakarta tersebut.






Category:
��
00:29 | Posted in
Baru-baru ini Black (bukan nama sebenar) telah diumumkan sebagai pemenang Rancangan Realiti yang disiarkan di TV3 iaitu Mentor. Sebelum daripada itu, Hafiz, telah di'sms'kan sebagai johan Siri Akademi Fantasia (AF). Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang si Black ni atau Hafiz. Akan tetapi Black disini adalah sebenarnya untuk mewakili kesemua mereka yang telah memenangi Rancangan Realiti TV kecuali One in a Million. Ini termasuklah mereka yang masuk rancangan-rancangan tersebut tetapi tidak menang termasuklah One in a Million.

Manakala Nana pula bukanlah merujuk kepada 'Nanake' yang baru kahwin tu, yang juga bekas pelajar AF dan juga pengacara ERA. Tetapi Nana disini adalah merujuk kepada Nana Jangan Lupa Lirik (Jangluplir). Untuk makluman anda Nana ini adalah peserta Jangluplir yang telah memenangi hadiah wang tunai yang tertinggi setakat ini. Beliau telah memenangi Seratus Ribu Ringgit. Oleh itu Nana adalah mewakili Nana dan kesemua mereka yang pernah menyertai Siri Kuiz ini.

Dalam siri Jangluplir yang sedang ditayangkan sekarang dan sebelumnya, ada sedikit sahaja bilangan peserta yang pulang dengan tangan kosong. Ada yang dah bawa balik Dua Puluh Lima Ribu Ringgit atau sekurang-kurangnya Lima Ratus Ringgit. Jumlah itu diperolehi hanya dalam masa beberapa hari sahaja.

Manakala dalam siri-siri realiti di atas pula ada yang menang sehingga Seratus Ribu Ringgit juga dan ada yang pulang dengan tangan kosong. Ini termasuklah Isma, kakak kepada Tomok dan isteri kepada Zul 2 by 2 tersebut. Isma hanya berjaya membawa pulang sebuah trofi 'Mr. Bola-Bola' sahaja, tanpa wang. Ini tidak termasuk yang tersingkir awal lagi, kesemuanya pulang dengan tangan kosong.

Kesimpulan yang hendak saya buat disini adalah, jika anda berbakat untuk menyanyi dan mahu mencari wang, masuklah Jangluplir. Jangan masuk program realiti kerana ianya memakan masa berbulan-bulan tetapi pulangannya tidak sama dengan Jangluplir yang hanya makan masa beberapa hari.

Sebagai contoh Nana yang dapat Seratus Ribu Ringgit dalam masa dua hari sahaja berbanding dengan Black yang juga mendapat jumlah wang yang sama tetapi mengambil masa berminggu-minggu. Isma pula tidak mendapat sebarang ganjaran berbentuk kewangan walaupun berbulan-bulan masa dihabiskan di AF. Beliau juga terpaksa meninggalkan anak-anak dan juga suami dalam masa tersebut. Ada peserta Jangluplir dalam masa sehari sahaja dah dapat Lima Ratus Ringgit. Ini hanyalah kalau wang yang dicari...
Category:
��
00:23 | Posted in
Ayat di atas dikenali sebagai Khatamun-Nubuwwah. Ianya telah diberikan kepada saya oleh salah satu kumpulan pakar yang membantu saya berperang dengan Jin Ular yang menyerang rumah saya beberapa tahun yang lalu. Sekiranya anda tidak tahu apa yang saya maksudkan, bolehlah mendapatkan maklumat lanjut di sini. Tapi pada penulisan ini saya belum hendak menceritakan tentang pakar-pakar ini. Saya cuma hendak menceritakan tentang Khatamun-Nubuwwah, salah satu senjata yang diberikan oleh mereka kepada saya untuk berperang dengan makhluk tersebut.

Selain daripada dilekatkan di pintu-pintu rumah, ayat tersebut juga diberikan kepada saya untuk diamalkan. Ayat itu, menurut mereka, telah ditulis sendiri oleh Arwah Ustad Mat Nahu yang memiliki sebuah sekolah pondok di Sik, Kedah. Menurut mereka ayat itu tertulis pada belikat kiri Baginda Rasulullah. Akan tetapi saya tidak pasti samada ayat tersebutlah yang dimaksudkan sebagai cop kenabian pada Baginda. Wallahualam...

Cop kenabian tersebut adalah merujuk kepada Buku Sirah Nabawiyyah S.A.W. karya Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri dan diterjemahkan oleh Muhammad Ramzi Omar terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mukasurat 718 dan 721. Dinyatakan bahawa Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai cop kenabian. Kata Ali bin Abu Talib, antara dua belikatnya ada cop kenabian yang menunjukkan baginda penyudah segala nabi. Di antara dua belikatnya ada cop kenabian seperti telor burung merpati yang mirip tubuhnya. Kedudukannya terletak di bahagian atas belikat kirinya, bagaikan genggaman tapak tangan yang diatasnya terdapat belang (tanda) seperti otot.

Bagaimana mengamalkannya? Nantilah pada penulisan-penulisan yang akan datang...

Category:
��
19:26 | Posted in
Semalam TV3 tayang di segmen akhir. Hari ni terjumpa dalam www. Saja diarkibkan disini...Kabarnya dah meletup-letup dalam dunia cyber. Animasi bayi-bayi sedang bermain kasut roda digunakan sebagai iklan air mineral. Just another innit trial and error!!!!

Category:
��
21:57 | Posted in
Seram juga bila saya sedang menulis tentang topik ini, seperti ada yang mengganggu. Tapi penulisan kali ini bukanlah bermaksud yang saya ada menggunakan khidmat makhluk Allah ini. Sekurang-kurangnya setakat yang saya tahu, tidaklah. Kalau secara tidak sengaja, saya tak pasti, manalah tahu, kalau-kalau saya ada saka atau apa. Tapi yang pastinya penulisan ini dibuat sekadar memberikan beberap fakta tentang makhluk berkenaan.

Untuk tujuan ini, saya telah merujuk kepada dua buah buku. Pertama, bertajuk, Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario karya Skylab. Saya beli lebih kepada sedekah sebab kesian kepada budak yang jual buku itu di jalan. Kedua, diberikan sendiri oleh penulis, iaitu Ustaz Haji Ahmad Che Din. Beliau adalah, Yang DiPertua/Guru Ijazah Pusat kepada Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia. Buku ini bertajuk, Penghuraian Misteri Alam Melayu yang diterbitkan oleh Abjad Malaysia. Ada juga rujukan kepada cerita-cerita yang saya dengar sana-sini.

Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-

1. Makhluk Allah.
2. Dijadikan daripada api.
3. Jin pertama adalah Jan.
4. Boleh hidup lama dan ada juga yang kata mereka tidak mati.
5. Bilangan yang ramai sehingga ruang yang kecil boleh diisi oleh berjuta-juta jin.
6. Mereka juga mempunyai suku kaum yang berbeza-beza.
7. Menggunakan Bahasa tempatan.
8. Mempunyai Agama, Kerajaan, Pentadbiran dan Perniagaan.
9. Mempunyai rupa yang hodoh dan pelik.
10. Berperwatakan Jahat.
11. Boleh merupa.
12. Makan wap dari tulang dan tulang sum-sum binatang.
13. Mempunyai 3 kelompok iaitu, bersayap, berbentuk ular dan anjing, dan di antara keduanya.

Itulah sedikit sebanyak fakta tentang jin yang dapat saya selidiki. Huraian tentang ciri-ciri tersebut akan dibuat di penulisan-penulisan yang akan datang.

Category:
��
21:18 | Posted in
Disertakan di sini video-video semasa majlis memperingati (memorial) Michael Jackson sebelum istiadat pengkebumian diadakan. Majlis pengkebumian diadakan di satu tempat yang dirahsiakan, entah kenapa?













Category:
��
17:14 | Posted in
Upacara memperingati Michael Jackson akan diadakan pada hari Selasa waktu USA. Waktu disana lambat sehari. Saya masih ingat semasa saya melancong ke LA USA beberapa tahun yang lalu. Saya bertolak hari Khamis pukul 10 pagi dan sampai lebih kurang pukul 9 pagi hari Khamis yang sama. Itupun selepas menaiki kapalterbang hampir 24 jam. Ini bermakna kalau waktu Malaysia upacara itu akan diadakan esok.

Upacara itu akan diadakan di Staples Center Los Angeles di mana sebanyak 17,500 tiket percuma telah diberikan kepada peminat-peminat yang bernasib baik. Berjuta peminat telah memohon tiket tersebut melalui sebuah laman web. Ditempat ini juga, beliau menjalankan raptai terakhir beliau.

Beberapa orang artis terkenal yang juga merupakan sahabat karib allahyarham juga dijangka hadir ke majlis itu. Antaranya adalah, Mariah Carey, Jennifer Hudson, Magic Johnson, Smokey Robinson dan John Mayer. Bekas teman wanita Michael, Brooke Shields, turut akan hadir. Selepas itu, mungkin beliau akan dikebumikan secara Islam tanpa liputan media, mungkin?
Category:
��
03:58 | Posted in


Kiub Rubik percuma seperti di atas yang bernilai RM70++ akan diberikan percuma. Ya percuma. Saja-saja saya nak bersedekah. Asalnya saya nak berikan kiub gergasi seperti dalam video youtube saya tu, tapi kiub tu murah saja. Saya beli RM10 sahaja di Cameron Highland.

Pemberian percuma ini adalah sebagai menghargai pengunjung-pengunjung ke blog ini. Blog ini asalnya diadakan sekadar untuk syok sendiri saja. Ingatkan tak ada orang nak datangpun. Tapi okayla, takla ramai sangat yang datang, tapi ada.

Ada yang yang datang sebab Nasrul Haq, Kiub Rubik, PTD dan yang paling banyak sekali tentang Arwah Mikaiil. Yang lain-lain tak bolehla nak bagi. Takkan nak bagi Arwah pula. Oleh itu saya nak bagi Kiub Rubik secara percuma.

Untuk mendapatkan kiub tersebut, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:-

1. Meninggalkan komen terbanyak pada posting/penulisan ini sahaja, tapi sehari cuma boleh sekali. Setiap satu komen, saya bagi 1 mata. Komen boleh dibuat memadai dengan ayat-ayat mudah sahaja, cth, 'Hi'.

2. Mendaftar sebagai 'Followers' pada blog ini sekali sahaja. Jika berdaftar, saya bagi 10 mata. Untuk mendaftar tekan butang 'Join this site' di kanan blog ini, dan ikut arahan yang diberikan.

3. Membawa seorang kawan ke blog ini. Setiap seorang kawan saya akan beri 5 mata. Kawan tersebut hendaklah meninggalkan komen dengan memberitahu bahawa dia disuruh oleh anda. Contoh nama anda Ahmad dan membawa Kulop. Kulop akan meninggalkan komen, 'dirujuk oleh Ahmad' atau ayat-ayat yang seerti dengannya. Selepas itu pula Ahmad akan meninggalkan komen, 'saya bawa kulop' atau seerti dengannya. Komen itupun, saya akan bagi 1 mata. Setelah dibawa oleh Ahmad Kulop juga layak untuk memenangi kiub tersebut dengan syarat-syarat seperti di atas.

4. Orang yang paling banyak mengumpul mata akan dianggap sebagai pemenang.

5. Terbuka kepada yang berminat sahaja. Kalau tak minat tak apalah, selamat duit saya.

6. Keputusan saya adalah muktamad dan saya dan ahli keluarga saya adalah dilarang dari menyertai pertandingan ini.

7. Saya berhak untuk meminda syarat-syarat dan peraturan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian.

Tarikh tutup pertandingan adalah apabila 'hit counter' di bawah mencecah 10000 (sepuluh ribu). Lama lagi tu...



Free Counter
Category:
��
01:21 | Posted in
Diabadikan di sini gambar-gambar terakhir Michael Jackson semasa menjalani raptai konsert "This Is It" sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir- Al Fatihah...

Category:
��
07:08 | Posted in
Jurus yang pertama dalam Nasrul Haq dikenali sebagai "Kepal". Cara-cara membuatnya adalah seperti berikut:-

1. Genggam tangan, tetapi jangan biarkan kuku kena tapak tangan,

2. Letak tangan kanan di sebelah kanan pusat dan tangan kiri di sebelah kiri pusat,

3. Bengkokkan lutut membentuk kekuda,

4. Langkah kaki kanan kedepan dan genggam tangan sedetik,

5. Langkah kaki kiri kedepan dan genggam sedetik, dan

6. Langkah kaki kanan kedepan dan genggam sedetik.
Category:
��