00:29 | Posted in
Baru-baru ini Black (bukan nama sebenar) telah diumumkan sebagai pemenang Rancangan Realiti yang disiarkan di TV3 iaitu Mentor. Sebelum daripada itu, Hafiz, telah di'sms'kan sebagai johan Siri Akademi Fantasia (AF). Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang si Black ni atau Hafiz. Akan tetapi Black disini adalah sebenarnya untuk mewakili kesemua mereka yang telah memenangi Rancangan Realiti TV kecuali One in a Million. Ini termasuklah mereka yang masuk rancangan-rancangan tersebut tetapi tidak menang termasuklah One in a Million.

Manakala Nana pula bukanlah merujuk kepada 'Nanake' yang baru kahwin tu, yang juga bekas pelajar AF dan juga pengacara ERA. Tetapi Nana disini adalah merujuk kepada Nana Jangan Lupa Lirik (Jangluplir). Untuk makluman anda Nana ini adalah peserta Jangluplir yang telah memenangi hadiah wang tunai yang tertinggi setakat ini. Beliau telah memenangi Seratus Ribu Ringgit. Oleh itu Nana adalah mewakili Nana dan kesemua mereka yang pernah menyertai Siri Kuiz ini.

Dalam siri Jangluplir yang sedang ditayangkan sekarang dan sebelumnya, ada sedikit sahaja bilangan peserta yang pulang dengan tangan kosong. Ada yang dah bawa balik Dua Puluh Lima Ribu Ringgit atau sekurang-kurangnya Lima Ratus Ringgit. Jumlah itu diperolehi hanya dalam masa beberapa hari sahaja.

Manakala dalam siri-siri realiti di atas pula ada yang menang sehingga Seratus Ribu Ringgit juga dan ada yang pulang dengan tangan kosong. Ini termasuklah Isma, kakak kepada Tomok dan isteri kepada Zul 2 by 2 tersebut. Isma hanya berjaya membawa pulang sebuah trofi 'Mr. Bola-Bola' sahaja, tanpa wang. Ini tidak termasuk yang tersingkir awal lagi, kesemuanya pulang dengan tangan kosong.

Kesimpulan yang hendak saya buat disini adalah, jika anda berbakat untuk menyanyi dan mahu mencari wang, masuklah Jangluplir. Jangan masuk program realiti kerana ianya memakan masa berbulan-bulan tetapi pulangannya tidak sama dengan Jangluplir yang hanya makan masa beberapa hari.

Sebagai contoh Nana yang dapat Seratus Ribu Ringgit dalam masa dua hari sahaja berbanding dengan Black yang juga mendapat jumlah wang yang sama tetapi mengambil masa berminggu-minggu. Isma pula tidak mendapat sebarang ganjaran berbentuk kewangan walaupun berbulan-bulan masa dihabiskan di AF. Beliau juga terpaksa meninggalkan anak-anak dan juga suami dalam masa tersebut. Ada peserta Jangluplir dalam masa sehari sahaja dah dapat Lima Ratus Ringgit. Ini hanyalah kalau wang yang dicari...
Category:
��

Comments

1 Response to "Nana Vs Black"

  1. Anonymous On 14 March 2010 at 05:00

    tak payah dah nak nyanyi melalak2..dunia nak kiamat..bayakkan baca quran...