21:57 | Posted in
Seram juga bila saya sedang menulis tentang topik ini, seperti ada yang mengganggu. Tapi penulisan kali ini bukanlah bermaksud yang saya ada menggunakan khidmat makhluk Allah ini. Sekurang-kurangnya setakat yang saya tahu, tidaklah. Kalau secara tidak sengaja, saya tak pasti, manalah tahu, kalau-kalau saya ada saka atau apa. Tapi yang pastinya penulisan ini dibuat sekadar memberikan beberap fakta tentang makhluk berkenaan.

Untuk tujuan ini, saya telah merujuk kepada dua buah buku. Pertama, bertajuk, Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario karya Skylab. Saya beli lebih kepada sedekah sebab kesian kepada budak yang jual buku itu di jalan. Kedua, diberikan sendiri oleh penulis, iaitu Ustaz Haji Ahmad Che Din. Beliau adalah, Yang DiPertua/Guru Ijazah Pusat kepada Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad (Asli) Jabat Kilat Malaysia. Buku ini bertajuk, Penghuraian Misteri Alam Melayu yang diterbitkan oleh Abjad Malaysia. Ada juga rujukan kepada cerita-cerita yang saya dengar sana-sini.

Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-

1. Makhluk Allah.
2. Dijadikan daripada api.
3. Jin pertama adalah Jan.
4. Boleh hidup lama dan ada juga yang kata mereka tidak mati.
5. Bilangan yang ramai sehingga ruang yang kecil boleh diisi oleh berjuta-juta jin.
6. Mereka juga mempunyai suku kaum yang berbeza-beza.
7. Menggunakan Bahasa tempatan.
8. Mempunyai Agama, Kerajaan, Pentadbiran dan Perniagaan.
9. Mempunyai rupa yang hodoh dan pelik.
10. Berperwatakan Jahat.
11. Boleh merupa.
12. Makan wap dari tulang dan tulang sum-sum binatang.
13. Mempunyai 3 kelompok iaitu, bersayap, berbentuk ular dan anjing, dan di antara keduanya.

Itulah sedikit sebanyak fakta tentang jin yang dapat saya selidiki. Huraian tentang ciri-ciri tersebut akan dibuat di penulisan-penulisan yang akan datang.

Category:
��

Comments

1 Response to "Tentang Jin"

  1. Anonymous On 22 April 2012 at 21:25

    assalamualaikum..
    saya da lame cari buku Ustaz Haji Ahmad Che Din.
    kalau boleh,sy nk beli salinan buku tu dari anda..
    boleh saya dapatkan contact number anda?