07:33 | Posted in
Gambar Hiasan Semata-mata

Rasulullah SAW adalah seorang pendekar yang sangat hebat. Setakat yang diketahui oleh umum, baginda pernah bertarung secara persahabatan dengan dua orang yang gagah perkasa di bumi Arab. Perlawanan tersebut pada ketika itu lebih dikenali sebagai perlawanan gusti. Kalau di tanah melayu mungkin boleh diklasifikasikan sebagai pertarungan silat atau silat olahraga. Di dalam kedua-dua perlawanan itu baginda telah berjaya menewaskan pencabar baginda.

Pertarungan yang pertama adalah menentang Rukanah, seorang jaguh gusti yang terkenal di kota Mekah. Beliau dikatakan mempunyai tubuh yang sasa. Kalau dalam WWF, mungkin macam Hulk Hogan, The Rock, Steve McMahon Dsb. Diriwayatkan bahawa baginda telah membanting Rukanah sebanyak tiga kali itupun setelah Rukanah mengaku kalah. Kalau dalam WWF, membanting itu mungkin macam
smack down.

Di dalam pertarungan yang kedua, baginda telah bertemu dengan Abu Aswad. Beliau merupakan seorang yang gagah perkasa. Dikatakan bahawa, Abu Aswad pernah berdiri di atas kulit lembu dan disuruhnya sepuluh orang menarik keluar kulit tersebut. Mereka gagal menarik kulit itu, sebaliknya kulit itu yang terkoyak. Begitulah kehebatan Abu Aswad. Beliau, walaubagaimanapun ditewaskan oleh baginda Rasulullah.

Category:
��
07:36 | Posted in

Bila saya menulis tentang Baju Istiadat PTD, saya secara tidak langsung telah memberitahu bahawa saya adalah seorang PTD. PTD adalah singkatan untuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Saya sekarang memakai Gred M52 dalam perkhidmatan ini. Saya terpaksa menulis dengan berhati-hati, takut-takut identiti saya akan terbongkar secara sekaligus. Walaubagaimanapun, tunggulah sedikit demi sedikit identiti saya akan terbongkar. Buat masa ini apa yang diketahui adalah saya adalah seorang PTD Gred M52 di Perak yang baru dianugerahkan dengan AMP. Cari jangan tak cari...

Sepanjang perkhidmatan saya bersama PTD, saya telah berkhidmat dengan dua buah Kementerian sebelum saya pulang untuk bertugas di Negeri Perak. Saya pernah bertugas membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Mengeluarkan Lesen Import (AP), dan akhir sekali sebelum balik ke Perak, memberi khidmat nasihat dalam bidang pengurusan kewangan. Carilah...

Tapi bukan itu yang saya hendak catatkan disini, iaitu siapa saya? Tapi tentang pengalaman saya menjadi panel PAC atau PTD Assesment Centre. Saya telah beberapa kali dijemput untuk menjadi Panel PAC ini. Pertama sekali saya buat di Kluang Johor. Kedua dan seterusnya mungkin 3 atau 4 kali selepas itu adalah di Sungai Petani, Kedah. Mungkin anda akan disajikan dengan beberapa tips atau panduan-panduan di dalam menghadapi PAC ini. Mungkin juga akan dihidangkan dengan cara-cara untuk menghadapi ujian PTD dan juga temuduga. Bagi yang telah berjaya dalam memasuki perkhidmatan elit ini, anda juga mungkin mahu tahu tips untuk lulus PTK. Saya, dah confirm M52... Tapi bukan sekarang nak cerita semua tu...Nantilah bila ada kesempatan...

Bersambung...
Category:
��
23:13 | Posted in
Sebenarnya semasa saya sedang menulis posting ini saya telahpun selesai menerima pingat. Disebabkan oleh kesibukan tugas dan ketandusan ilham maka posting ini muncul terlewat dari sepatutnya. Hari tu sibuk menunggu kehadiran Hari Penganugerahan, sedar-sedar dahpun habis. Nantilah segala pengalaman semasa majlis penganugerahan tersebut akan dicatatkan. Buat sementara itu, saya akan menulis tentang songkok.


Seperti yang dirancangkan saya telah pergi untuk mengambil songkok untuk Pakaian Istiadat pada hari Jumaat. Sebenarnya hari itu dipilih sebab saya akan bertugas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada hari tersebut. Walaubagaimanapun Persidangan DUN Perak telah ditangguhkan. Tapi saya pergi juga ke Ipoh semata-mata untuk mengambil songkok. Nak buat macamana, nak kena pakai.

Untuk rujukan sesiapa sahaja kemudian nanti, jika anda menghadapi masalah yang sama dengan saya, iaitu, tukang jahit yang tak berapa pandai, bolehlah merujuk kepada gambar-gambar yang disediakan. Ini adalah gambar-gambar songkok yang saya ambil di kedai 'satu lagi' pada hari Jumaat tempohari.

Category:
��
17:04 | Posted in
Kiub Rubik Murah Beli Dekat Carrefour

Penulisan ini sebelum ini telah di postingkan di blog Gayong Maarifat(GM). Memandangkan blog tersebut telah saya khaskan untuk hal-hal GM sahaja maka saya ciptakan blog ini untuk hal-hal yang selain GM. Malas dah saya nak buat lain cuma copy dan paste sahaja dari posting GM terdahulu. Sebab tu ada alamat blog GM pada grafik(malas nak buat lain) dan tulisan hijau yang saya dah tak boleh tukar. Posting ini dimasukkan sebab ada komen pada video promo yang saya buat untuk penulisan ini tempohari. Alamak bahasa, anak sapala tu, tak reti tanya elok-elok, video dia romantik...Untuk langkah kedua saya ada formulanya. Nanti saya akan postkan dalam bentuk yang raw...Kalau dah tahu tak payahla baca. Ada berjuta posting dan blog dalam WWW. Romantik habis saudara tu. Auuuuww.


Saya pertama kali membeli kiub hikmat ini pada tahun1981. Ketika itu saya sedang menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh. Bila saya balik kampung, bercuti, sampai arwah opah sayapun tergila-gilakan benda itu. Pada ketika itu saya cuma berjaya lengkapkan satu permukaan sahaja. Bila saya tengok seorang dua kawan saya yang berjaya lengkapkan kesemuanya, saya berkata, "Wah ! Pandainya." Sekarang baru saya sedar, ada formula rupanya...

3 tahun sudah saya membeli sebuah kiub Rubik. Setelah bertungkus lumus cuba memahami formula yang disertakan akhirnya saya berjaya melengkapkan kiub tersebut. Lama-lama saya jadi bosan, lepas itu, kiub kemana, formulapun kemana, entahlah. Entah kenapa, baru-baru ini kiub tersebut menarik minat anak-anak saya. Saya beli, dua. Tapi formulanya tidak jelas. Setelah saya melayari beberapa laman web, akhirnya, saya berjaya menggabungkan beberapa formula yang diberi dan berjaya melengkapkannya. Beberapa minit sebelum saya menyelesaikan 'masalah' itu, Makato Nagano telah berjaya menjadi 'Ninja Warrior' sebuah rancangan yang ditayangkan di TV9, yang kedua dalam sejarah rancangan tersebut.

Makato Nagano

Di dalam artikel kali ini, saya ingin kongsi bersama formula tersebut. Tapi apa kaitannya dengan Gayong Maarifat? Tak ada... Sekadar memenuhi ruang blog dan lebih kepada panduan untuk anak-anak saya. Tapi, jika anda berminat, bolehlah mencubanya. Jika tidak, tak apalah.

Langkah Pertama: Lengkapkan satu muka seperti di bawah (rajah 1) , warna apapun tak apa. Tiada formula untuk langkah ini. Jika tak tahu nak buat, malu, anak-anak saya dah boleh buat. Arwah opah saya dulupun boleh.

Rajah 1

Langkah Kedua: Lengkapkan lapisan pertama, seperti Rajah 2. Lagi sekali, jika tak boleh juga, tak payahlah main. Tiada formula disini. Kreativiti anda amat-amat diperlukan.


Rajah 2

Langkah Ketiga: Seperti Rajah 3. Ini adalah untuk melengkapkan lapisan kedua. Inipun tiada formula. Kalau dah boleh buat lapisan pertama, tapi, tak tahu nak buat yang ini, "pendek umur".

Rajah 3

Langkah Keempat: Lengkapkan lapisan kedua seperti Rajah 4. Disini ada formulanya.

Rajah 4

Seperti yang telah ditunjukkan di Rajah 3, bahagian tengah lapisan kedua telah ada, yang tinggal sekarang adalah samada untuk mengisi di sebelah kiri atau kanan lapisan kedua itu sahaja.

Rajah 5

Untuk mengisi disebelah kiri, iaitu dari "A" ke "B" seperti dalam Rajah 5, formulanya adalah seperti berikut:-
Rajah 6

Untuk mengisi disebelah kiri, iaitu dari "A" ke "C" seperti dalam Rajah 6, formulanya adalah seperti berikut:-


Setelah lengkap, maka akan terjadilah lapisan kedua yang sama warna seperti di Rajah 4 di atas.

Langkah Kelima: Melengkapkan lapisan ketiga dan permukaan di bawah. Untuk itu, terbalikkan kiub dan anda akan dapat melihat corak seperti di Rajah 6. Mesti dapat, sekurang-kurangnya satu seperti kiub yang terakhir pada Rajah tersebut. Dari kedudukan yang tersebut, satu palang akan dibentuk. Teruskan. Jangan mengalah...


Rajah 6

Formula untuk membuat palang adalah seperti berikut:-




Selepas mengamalkan formula di atas, kedudukan seperti di Rajah 7 di bawah akan terhasil.

Rajah 7


Tapi jangan suka sangat, kedudukan palang perlu dilihat terlebih dahulu. Jika palang seperti di Rajah 8, iaitu hujung palang mempunyai warna yang sama dengan lapisan pertama dan kedua. Anda boleh bergembira dan anda diberi bonus untuk terus pergi ke Langkah Ketujuh tanpa perlu melalui Langkah Keenam.

Rajah 8

Tetapi, jika sekiranya palang menjadi seperti di Rajah 9, iaitu, hanya satu hujung palang yang mempunyai warna yang sama dengan lapisan satu dan dua (merah), anda masih boleh bergembira kerana anda dibenarkan untuk pergi ke langkah seterusnya iaitu, Langkah Keenam.

Rajah 9

Malangnya, sekiranya, palang anda menjadi seperti di Rajah 10,, iaitu, dua hujung palang sama dengan lapisan satu dan dua Merah dan kuning), tapi dua lagi tidak, anda perlu berpatah balik ke Langkah Kelima. "I'm sori" (punchline Amir, Raja Lawak).

Rajah 10

Jika palang anda seperti di Rajah 9, anda akan mengalihkan hujung palang tersebut supaya menjadi seperti di Rajah 8. Pada Rajah 9, cuma satu, palang yang sama dengan lapisan kedua, iaitu warna merah. Tiga palang lagi tak sama. Berita baik untuk anda adalah adalah anda boleh mengalihnya seperti di Rajah 11.

Rajah 11

Langkah Keenam: Formula yang anda boleh gunakan adalah seperti berikut:-


Jika formula di atas berhasil palang anda akan menjadi seperti di Rajah 8. Ulang semula formula di atas jika hujung palang masih berdegil. Kalau anda bernasib baik kesemua bucu kiub itupun akan berada di tempatnya. Jika tidak terpaksalahlah anda mengikuti Langkah Keenam.

Langkah Ketujuh: Mengalihkan bucu-bucu yang berada di tempat yang tidak sepatutnya seperti di Rajah 12. Pastikan bucu yang berada ditempatnya berada di sebelah kiri belakang sebelum anda memutar kiub. Jika tiada bucu yang betul, mana-manapun boleh.


Rajah 12

Formulanya adalah seperti berikut:-


Langka Kelapan: Mengalihkan bucu yang berada ditempatnya, tapi berterabur permukaannya, seperti di Rajah 13.

Rajah 13

Formulanya adalah seperti berikut:-


Jika ini adalah hari anda, maka terjadilah seperti di Rajah 14 di bawah. Jika bukan hari anda, ulang formula di atas sekali lagi mungkin dua atau tiga...sepuluh? Bergantung pada nasib!

Rajah 14

Sekian, selamat mencuba! Jika diizinkan Allah, saya akan menulis pula cara-cara nak buat 'juggle' seperti di bawah. Assalamu Alaikum.

Category:
��
Category:
��
05:28 | Posted in
Ahad, 10 Mei 2009



Category:
��
06:54 | Posted in
Dulu saya dah pernah tempah sekali, masa konvokesyen Diploma Pengurusan Awam atau DPA, lebih terkenal dengan baju P.T.D. atau Pegawai Tadbir dan Diplomatik, tapi dah lama dah. Lebih sepuluh tahun dulu. Baru-baru ini saya dapat maklumat bahawa saya akan dianugerahkan dengan Pingat Ahli Mahkota Perak (A.M.P.). Mula-mula kena ambil A.M.P. dulu. Lepas tu P.M.P., lepas tu pulak kalau ada rezeki D.P.M.P. (bergelar Dato'). Lambat lagila nak dapat Dato'. Hari penganugerahan pingat A.M.P. tersebut telah ditetapkan pada 12 Mei 2009. Raptai untuk Majlis tersebut adalah pada 11 Mei 2009.

Pada asalnya, saya cuma nak tempah baju melayu sahaja sebab lepas tu boleh pakai semula untuk hari raya atau apa. Kalau pakai No. 1 Dress atau Baju Istiadat, lepas ni tak boleh pakai pergi mana-mana dah. Tapi nak buat macamana, tanya kawan-kawan semua kata mesti pakai No.1. Buat ajelah.
Untuk buat baju ni saya teringat satu kedai yang saya pernah tempah baju ni kira-kira 2 tahun dulu. Tapi bila dia panggil fitting saya tak pergi. Saya saja tempah pada masa tu sebab dah lama saya tak tempah baju ni. Ikut kelayakkan saya boleh tempah 3 tahun sekali. Sajala saya tempah masa tu kalau-kalau nak pakai takla kalut sangat. Tapi saya tak pergi fitting sebab keadaan tak mendesak sangat.

Nasib baik baru-baru ni pergi kedai yang berkenaan, baju tempohari masih ada. Terus saya buat fitting dan sekarang dah siap dahpun. 5 hari aje dah siap. Tapi masalahnya pula adalah kedai ni tak tahu nak buat songkok. Peningla pulak. Mana nak cari songkok. Nampak gayanya kedai ni macam tak pernah buat baju No. 1. Habisla saya. Dia kata bawa songkok sendiri, nanti dia bubuh lambang. Saya tanya, takkan tak dak lining? Tokeh kedai kata mana ada lining. Ah sudah. Habisla.


Terpaksalah saya bertanya dengan kawan-kawan merata-rata. Semua kawan-kawan saya merasa hairan. Kedai tu tak tau buat. Patut dia tahu macamana nak buat dengan songkok sekali. Kenapa tak pergi kedai ni, kenapa tak pergi kedai tu. Macam-macam lagilah kata kawan-kawan. Tapi hari saya pergi tempah baju saya nampak dekat-dekat dengan kedai tu ada satu kedai lagi. Siap gantung No.1 Dress.

Oleh itu, sebaik sahaja saya ambil baju yang dah siap tu dan mengesahkan bahawa kedai tu tak tahu nak buat songkok. Saya ke kedai sebelah. Tokeh kedai siap keluarkan gambar sekali. Macamana nak buat songkok tu. Lining dimana. Lining Pegawai lain, Setiausaha Kerajaan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri lain dan Ahli Majlis Mesyuarat lain. Lambang di mana. Saya kembali bersemangat. Dia tahu nak buat. Tapi dia suruh saya pergi beli songkok dan tinggalkan di kedai beliau 2/3 hari. Hari Jumaat ni saya nak pergi ambil songkok. Tapi baju dah...
Category:
��
06:36 | Posted in
Category:
��
19:26 | Posted in
Tomok telah ditabalkan sebagai juara One in a Million musim ketiga (OIAM3).Tak sia-sia saya habiskan lebihkurang RM 100. Mungkin lebih dari itu sebab bilnya belum sampai, baru semalam guna. Dengan handphone saja setelah saya kira reply dari 33399 ada 43 reply. Setiap kali saya hantar undi akan ada reply dari 33399 ucap terima kasih sebab bagi dia orang kaya. Jumlah reply yang saya terima ada 43, jadi 43 kalilah jumlah undi yang saya hantar untuk memenangkan Tomok. Kalau satu sms 50 sen maka 50 sen kali 43 sama dengan RM21.50. Itupun saya tak masuk dengan handphone anak saya, tak pasti berapa, tapi tak banyak sangat lebih kurang RM6.00 sahaja sebab baki ada RM8.00, selepas undi tinggal RM2.00.

Dicampur pula lagi dengan telefon talian tetap di rumah. Disebabkan oleh talian 33399 mengalami kesesakan saya tak lagi guna talian tu sebab replynya dah lambat terima. Jadi kenapa nak buang masa. Terus saya guna talian tetap. Satu undi RM0.65, lagila mahal. Tak kira pula saya berapa kali saya dail. Banyak jugalah, lebih-lebih lagi bila saya dengar pengacara cakap Tomok sedang mendahului sedikit sahaja dengan saingan terdekat, iaitu Esther. Sepanjang-panjang iklan saya terus undi sampailah undian ditutup.

Tapi semuanya ini saya buat bukan sebab saya suka sangat dengan Tomok ni. Saya tak nak kejadian-kejadian sebelum ini berulang lagi. Sebelum ini Faizal Tahir cukup gah di OIAM. Para juripun cukup suka dengan beliau. Tapi beliau ditewaskan oleh faktor-faktor lain yang saya tidak hendak huraikan di sini. Begitu juga dengan Nita semasa Malaysian Idol dulu. Dia yang mendapat pujian juri sebagai pemenang. Tapi faktor lain telah menewaskan dia. Malam tadi juripun cakap Tomok yang patut menang. Dan dia menang...Tahniah saya ucapkan kepada beliau.
Category:
��
03:31 | Posted in
Mungkin ini adalah logo Nasrul Haq, yang saya jumpa di WWW...


Category:
��
02:48 | Posted in
Warganegara Indonesia yang juga guru silat yang saya maksudkan adalah Tuan Haji Johanes Choeldi, pengasas ilmu Nasrul Haq. Manakala Tan Sri Abdul Samad Idris adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk ilmu tersebut ke negara ini. Sekurang-kurangnya itulah kefahaman saya pada ketika itu. Setelah bersembang beberapa ketika dan menjamah hidangan yang disediakan tetamu-tetamu tersebut menaiki kereta arwah ayah saya bersama-sama dengan saya dan arwah ibu. Itulah adalah antara kenangan yang manis sekali bagi saya, saya menaiki satu kereta bersama-sama dengan pengasas Nasrul Haq. Kami berangkat menuju kesebuah padang sekolah. Padang sekolah tersebut adalah padang sekolah saya. Disitulah selepas itu saya bermain mewakili sekolah rendah dalam permainan bolasepak. Tetapi untuk separuh masa sahaja.


Setibanya kami di sana ramai yang telah menunggu. Wah, ramainya orang. Kalau tidak salah saya malam tersebut adalah Majlis Tamat Latihan Gelanggang Nasrul Haq Peringkat Daerah. Beberapa rakan-rakan sekolah saya kelihatan turut berada di sana. Meriah sungguh malam itu, begitu ramai sekali tetamu-tetamu yang hadir. Saya duduk di khemah tetamu bersama-sama dengan Tan Sri Samad, Tuan Haji Johanes, serta kedua-dua arwah ayah dan ibu saya. Pada zaman itu, sekiranya ada majlis-majlis yang diadakan di padang-padang awam atau sekolah ramai yang akan hadir. Tetapi sekarang ini sambutan terhadap majlis-majlis yang diadakan tidaklah semeriah seperti dulu-dulu. Mungkin disebabkan oleh terlalu banyak rancangan yang menarik yang disiarkan di Television.


Majlis dimulakan, seperti kebiasaannya, beberapa ucapan diberikan, arwah ayah memulakan ucapan beliau diikuti oleh Tan Sri Samad. Seingat saya, Tuan Haji Johanes tidak memberikan ucapannya tetapi sebaliknya merasmikan majlis. Selepas itu ketiga-ketiga mereka dibawa untuk bersalam-salaman dan kerkenalan dengan para ahli Persaudaraan. Para pesilat seingat saya pada masa itu tidak memakai uniform silat. Sebaliknya hanya memakai baju-t berwarna kelabu berlogo Nasrul Haq. Selepas bersalaman ketiga-tiga mereka balik ke khemah tetamu dan duduk di tempat masing-masing. Saya teruja, pertunjukkan akan dimulakan tidak lama lagi.

Bersambung...
Category:
��