08:48 | Posted in
Esok nak kena mengadap Public Account Committee (PAC). Mula-mula audit datang, audit, cari salah. Tak ada yang betul. Buat betul orang tak nampak. Sebab tak ada orang caripun. Lagipun kalau buat betul dan bagus semua mengaku dia yang buat atau buat-buat tak nampak. Depa sajalah yang betul. Lepas tu kena jawab. Kata bila dah jawab tak masuk Laporan Audit, tapi masuk juga. Bila masuk Laporan Audit, kena mengadap PAC. Kena jawab, "That's Life". Buatlah apa hampa nak buat. Sebab tu lah "I Wanna be a Billionaire, so Freaking Bad".


Category:
��
08:33 | Posted in
Hari ini saya bersyukur kerana:-
1. Dapat bangun pagi,
2. Buang Air,
3. Gosok Gigi,
4. Mandi,
5. Cuci Muka,
6. Sabun,
7. Shave,
8. Keringkan Badan,
9. Solat Subuh,
10. Makan Pagi,
11. Dapat bersama-sama dengan Isteri dan anak-anak,
12. Tengok Video,
13. Solat Zuhur,
14. Bersenam,
15. Solat Asar,
16. Tengok "I'm Old Enough",
17. Makan Malam,
18. Solar Maghrib,
19. Mandi,
20. Solat Isyak,
21. Tengok T.V.,
22. Sebentar tadi, betulkan notebook yang terlalu 'slow',
23. Selesai satu lagi 'posting'.

Category:
��
18:21 | Posted in
Kisah atau penulisan pada kali ini adalah sekadar untuk makluman sahaja. Tidak ada niat dalam diri saya untuk meyakinkan sesiapa sahaja yang membaca untuk mempercayai segala apa yang bakal dipaparkan. Kisahnya adalah tentang cincin Nabi Sulaiman. Sebelum itu, perlu saya ingatkan juga bahawa kisah cincin Nabi Sulaiman ini juga diragui kesahihannya. Kisah cincin ini ada dikatakan oleh sesetengah ulamak sebagai dongengan ahli kitab sahaja.

Kisah ini juga ada kaitannya dengan siri pertarungan saya dengan Raja Jin Ular. Kumpulan yang sama yang telah memperkenalkan saya dengan Khatamun-Nubuwwah juga telah memperkenalkan saya dengan Khatam Sulaiman. Jika Khatamun-Nubuwwah adalah tanda atau cop kenabian yang ada pada Baginda Rasulullah S.A.W., Khatam Sulaiman pula adalah Cop Kenabian yang ada pada Baginda Nabi Sulaiman.

Sebelum saya memaparkan dengan lebih lanjut mengenai Khatam Sulaiman izinkan saya menceritakan sedikit cerita tentang cincin Sulaiman. Walaubagaimanapun, sekali lagi diingatkan, cerita mengenai cincin ini ada dikatakan sebagai kisah dongeng sahaja dan bukan kisah benar. Cerita ini saya perolehi dari internet. Wallahualam.

Diriwiyatkan bahawa Baginda Nabi Sulaiman mempunyai cincin kekuasaan. Cerita mengenai kekuasaan Nabi Sulaiman yang terletak pada cincinnya ini diketahui oleh salah seorang musuhnya. Musuh ini adalah syaitan ataupun mungkin jin yang boleh merupa kepada pelbagai bentuk.

Pada suatu hari, Baginda Nabi Sulaiman telah menyerahkan cincin Baginda kepada salah seorang pembantunya kerana Baginda mahu ke tandas. Musuh Baginda telah menyamar sebagai Baginda dan keluar dari tandas lalu meminta cincin tersebut daripada pembantu tersebut. Selepas itu, musuh baginda terus memiliki singgahsana Baginda.

Apabila Baginda keluar dan meminta cincin tersebut daripada pembantunya, pembantu tersebut terkejut dan menyatakan yang beliau telahpun memberikan cincin tersebut kepada Baginda. Menyedari perkara tersebut Baginda telah keluar dari Istana dan tinggal di luar singgahsana Baginda sehinggalah cincin tersebut Berjaya ditemu semula.

Setelah selesai kerja mereka, kumpulan dari Pendang yang datang untuk membantu menyelesaikan ‘masalah’ di rumah saya, telah menceritakan kepada saya tentang Khatam Sulaiman. Khatam Sulaiman adalah cop kenabian Nabi Sulaiman yang terdapat pada cincin Baginda. Mereka menceritakan bagaimana Baginda telah hilang kerajaan Baginda setelah hilangnya cincin tersebut.

Mereka mahu saya datang berjumpa dengan Ustaz Mat Nahu bagi mendapatkan cincin tersebut. Walaubagaimanapun, bukanlah cincin Baginda Nabi Sulaiman yang ada pada Ustaz Mat Nahu, tetapi sebaliknya Khatam atau cop yang diukir pada cincin Perak. Bersambung…
Category:
��
07:19 | Posted in
Ini betul-betul kisah buat duit dengan blog. Setelah saya mempelajari cara-cara membuat blog, saya telah memperturunkan ilmu tersebut kepada anak-anak saya. Sehingga ke hari ini saya baru sahaja mengumpul sebanyak RM41.16. Itupun belum dapat lagi. Kena tunggu cukup RM50.00 baru boleh dapat 'payment' selepas ditolak RM1.00 duit proses oleh nuffnang.

Anak lelaki saya pula, setakat ini telah mengumpul sebanyak RM100.00. Cikgu dia yang bayar untuk buat blog sekolah. RM50.00 untuk buat blog dan lagi RM50.00 untuk 'update'. Tahniahle. Mungkin selepas ini akan dapat lagi sekiranya perlu 'update'.
Category:
��
21:23 | Posted in



It's kid's stuff, I know. I learned the above trick when I was still a very young boy. Almost all of my neighbors knew the trick. I was thinking of sharing the trick with the rest of the world. The price that I was thinking to place is USD 3.99, which is almost like giving it for free. However I am a little bit pessimistic. My right brain said I can sell this trick but the other brain did not agree.

I am not sure whether there is a market for it. In other words, is there anybody out there willing to buy it. Since I am not very confidence about the demand, I do not intend on learning online business. At least, not yet. Therefore, the method of payment, such as Paypal or whatever, is still yet to be detailed. I do need feedback. Please advice by leaving comments, such as, 'go for it', 'forget it', 'stupid trick', 'sell it for 99 cents' or whatever.
Category:
��