19:26 | Posted in
Tomok telah ditabalkan sebagai juara One in a Million musim ketiga (OIAM3).Tak sia-sia saya habiskan lebihkurang RM 100. Mungkin lebih dari itu sebab bilnya belum sampai, baru semalam guna. Dengan handphone saja setelah saya kira reply dari 33399 ada 43 reply. Setiap kali saya hantar undi akan ada reply dari 33399 ucap terima kasih sebab bagi dia orang kaya. Jumlah reply yang saya terima ada 43, jadi 43 kalilah jumlah undi yang saya hantar untuk memenangkan Tomok. Kalau satu sms 50 sen maka 50 sen kali 43 sama dengan RM21.50. Itupun saya tak masuk dengan handphone anak saya, tak pasti berapa, tapi tak banyak sangat lebih kurang RM6.00 sahaja sebab baki ada RM8.00, selepas undi tinggal RM2.00.

Dicampur pula lagi dengan telefon talian tetap di rumah. Disebabkan oleh talian 33399 mengalami kesesakan saya tak lagi guna talian tu sebab replynya dah lambat terima. Jadi kenapa nak buang masa. Terus saya guna talian tetap. Satu undi RM0.65, lagila mahal. Tak kira pula saya berapa kali saya dail. Banyak jugalah, lebih-lebih lagi bila saya dengar pengacara cakap Tomok sedang mendahului sedikit sahaja dengan saingan terdekat, iaitu Esther. Sepanjang-panjang iklan saya terus undi sampailah undian ditutup.

Tapi semuanya ini saya buat bukan sebab saya suka sangat dengan Tomok ni. Saya tak nak kejadian-kejadian sebelum ini berulang lagi. Sebelum ini Faizal Tahir cukup gah di OIAM. Para juripun cukup suka dengan beliau. Tapi beliau ditewaskan oleh faktor-faktor lain yang saya tidak hendak huraikan di sini. Begitu juga dengan Nita semasa Malaysian Idol dulu. Dia yang mendapat pujian juri sebagai pemenang. Tapi faktor lain telah menewaskan dia. Malam tadi juripun cakap Tomok yang patut menang. Dan dia menang...Tahniah saya ucapkan kepada beliau.
Category:
��

Comments

0 responses to "Tomok Menang OIAM3"