
Dulu saya dah pernah tempah sekali, masa konvokesyen Diploma Pengurusan Awam atau DPA, lebih terkenal dengan baju P.T.D. atau Pegawai Tadbir dan Diplomatik, tapi dah lama dah. Lebih sepuluh tahun dulu. Baru-baru ini saya dapat maklumat bahawa saya akan dianugerahkan dengan Pingat Ahli Mahkota Perak (A.M.P.). Mula-mula kena ambil A.M.P. dulu. Lepas tu P.M.P., lepas tu pulak kalau ada rezeki D.P.M.P. (bergelar Dato'). Lambat lagila nak dapat Dato'. Hari penganugerahan pingat A.M.P. tersebut telah ditetapkan pada 12 Mei 2009. Raptai untuk Majlis tersebut adalah pada 11 Mei 2009.
Pada asalnya, saya cuma nak tempah baju melayu sahaja sebab lepas tu boleh pakai semula untuk hari raya atau apa. Kalau pakai No. 1 Dress atau Baju Istiadat, lepas ni tak boleh pakai pergi mana-mana dah. Tapi nak buat macamana, tanya kawan-kawan semua kata mesti pakai No.1. Buat ajelah.
Pada asalnya, saya cuma nak tempah baju melayu sahaja sebab lepas tu boleh pakai semula untuk hari raya atau apa. Kalau pakai No. 1 Dress atau Baju Istiadat, lepas ni tak boleh pakai pergi mana-mana dah. Tapi nak buat macamana, tanya kawan-kawan semua kata mesti pakai No.1. Buat ajelah.

Nasib baik baru-baru ni pergi kedai yang berkenaan, baju tempohari masih ada. Terus saya buat fitting dan sekarang dah siap dahpun. 5 hari aje dah siap. Tapi masalahnya pula adalah kedai ni tak tahu nak buat songkok. Peningla pulak. Mana nak cari songkok. Nampak gayanya kedai ni macam tak pernah buat baju No. 1. Habisla saya. Dia kata bawa songkok sendiri, nanti dia bubuh lambang. Saya tanya, takkan tak dak lining? Tokeh kedai kata mana ada lining. Ah sudah. Habisla.
Terpaksalah saya bertanya dengan kawan-kawan merata-rata. Semua kawan-kawan saya merasa hairan. Kedai tu tak tau buat. Patut dia tahu macamana nak buat dengan songkok sekali. Kenapa tak pergi kedai ni, kenapa tak pergi kedai tu. Macam-macam lagilah kata kawan-kawan. Tapi hari saya pergi tempah baju saya nampak dekat-dekat dengan kedai tu ada satu kedai lagi. Siap gantung No.1 Dress.

1 Response to "Baju Istiadat PTD"
tahniah untuk kurniaan pingat itu. ni kena buat senarai rekomendasi kedai mana yang sesuai ni, boleh mintak royalti ngan tokei kedai. hehehe