07:33 | Posted in
Gambar Hiasan Semata-mata

Rasulullah SAW adalah seorang pendekar yang sangat hebat. Setakat yang diketahui oleh umum, baginda pernah bertarung secara persahabatan dengan dua orang yang gagah perkasa di bumi Arab. Perlawanan tersebut pada ketika itu lebih dikenali sebagai perlawanan gusti. Kalau di tanah melayu mungkin boleh diklasifikasikan sebagai pertarungan silat atau silat olahraga. Di dalam kedua-dua perlawanan itu baginda telah berjaya menewaskan pencabar baginda.

Pertarungan yang pertama adalah menentang Rukanah, seorang jaguh gusti yang terkenal di kota Mekah. Beliau dikatakan mempunyai tubuh yang sasa. Kalau dalam WWF, mungkin macam Hulk Hogan, The Rock, Steve McMahon Dsb. Diriwayatkan bahawa baginda telah membanting Rukanah sebanyak tiga kali itupun setelah Rukanah mengaku kalah. Kalau dalam WWF, membanting itu mungkin macam
smack down.

Di dalam pertarungan yang kedua, baginda telah bertemu dengan Abu Aswad. Beliau merupakan seorang yang gagah perkasa. Dikatakan bahawa, Abu Aswad pernah berdiri di atas kulit lembu dan disuruhnya sepuluh orang menarik keluar kulit tersebut. Mereka gagal menarik kulit itu, sebaliknya kulit itu yang terkoyak. Begitulah kehebatan Abu Aswad. Beliau, walaubagaimanapun ditewaskan oleh baginda Rasulullah.

Category:
��

Comments

0 responses to "Keperkasaan Rasulullah SAW"