Sebenarnya semasa saya sedang menulis posting ini saya telahpun selesai menerima pingat. Disebabkan oleh kesibukan tugas dan ketandusan ilham maka posting ini muncul terlewat dari sepatutnya. Hari tu sibuk menunggu kehadiran Hari Penganugerahan, sedar-sedar dahpun habis. Nantilah segala pengalaman semasa majlis penganugerahan tersebut akan dicatatkan. Buat sementara itu, saya akan menulis tentang songkok.
Seperti yang dirancangkan saya telah pergi untuk mengambil songkok untuk Pakaian Istiadat pada hari Jumaat. Sebenarnya hari itu dipilih sebab saya akan bertugas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada hari tersebut. Walaubagaimanapun Persidangan DUN Perak telah ditangguhkan. Tapi saya pergi juga ke Ipoh semata-mata untuk mengambil songkok. Nak buat macamana, nak kena pakai.
Untuk rujukan sesiapa sahaja kemudian nanti, jika anda menghadapi masalah yang sama dengan saya, iaitu, tukang jahit yang tak berapa pandai, bolehlah merujuk kepada gambar-gambar yang disediakan. Ini adalah gambar-gambar songkok yang saya ambil di kedai 'satu lagi' pada hari Jumaat tempohari.
0 responses to "Songkok Pegawai PTD Perak"