06:15 | Posted in

Semasa saya mula-mula berkhidmat sebagai PTD, kesemua Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan berselerak di sekitar Kuala Lumpur. Sekarang hampir kesemuanya telah ditempatkan di Putrajaya. Saya sebenarnya tak sempat berkhidmat di sana kerana Kementerian Kewangan, iaitu, Kementerian terakhir saya masih belum berpindah semasa saya bertukar ke Perak.

Pegawai Tadbir dan Diplomatik: Dari Putrajaya ke Selama, ini sebenarnya lebih kepada untuk memberi sedikit gambaran tentang bidang tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik atau PTD. Banyak teori-teori telah ditulis di www(internet) tentang hal tersebut. Bidang tugas PTD telah dinyatakan sebagai merancang kepadalah menyelia perkara-perkara dari Ekonomi kepada Keselamatan.

Perkara di atas akan saya huraikan sedikit demi sedikit. Saya juga akan cuba mengaitkan perkara tersebut dengan pengalaman saya sendiri berkhidmat dengan beberapa buah Kementerian dan Agensi dari mula perkhidmatan sehingga sekarang. Sementara itu, kalau sudi, tengok-tengoklah beberapa gambar kenangan yang masih tersimpan sepanjang perjalanan dari Putrajaya ke Selama...



Semasa Kursus DPA

Berkhidmat di MITI Semasa Sidang G15

Kementerian Kewangan, Selepas Memberi Taklimat di JPM



Sambutan 5o Tahun Merdeka di Selama
Category:
��

Comments

0 responses to "PTD: Putrajaya - Selama 1"