Burung Kenyalang adalah daripada spesis Enggang. Fakta tersebut saya perolehi dari sebuah dokumentari yang saya tidak ingat tajuknya yang disiarkan oleh stesen televisyen kerajaan. Burung ini sangat terkenal di Sarawak sehinggakan negeri tersebut dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang. Walaubagaimanapun saya telah pergi ke Sarawak beberapa kali tapi sekalipun saya tidak pernah terserempak dengan burung tersebut.
Sebenarnya saya tidaklah meneroka keseluruhan negeri tersebut tapi cuma berada di Kuching iaitu ibu negeri Sarawak. Mungkin burung tersebut hanya berada di kawasan hutan. Tak pastilah saya. Tapi di Kuching ada sungai yang besar dalam bandar. Sepatutnya bolehlah burung tersebut berkeliaran di bandar. Bukankah Sarawak dikenali sebagai bumi Kenyalang. Sepatutnya burung ini boleh dilihat di mana-mana sahaja.
Kira-kira setahun yang lepas saya telah diarahkan untuk bertugas di sebuah daerah di sebelah pantai barat negeri Perak. Maklumlah berkhidmat dengan kerajaan. Bila naik pangkat sahaja akan berubah tempat. Lebih-lebih lagi bagi saya yang tidak berapa memilih tempat. Bukan macam sesetengah kawan saya tu. Nak dekat situ-situ sahaja. Deme kabel besor. Itupun syukurlah naik juga pangkat. Tapi itu bukan kisahnya. Yang hendak saya kisahkan adalah tentang sepasang burung kenyalang.
Gambar-gambar yang saya paparkan disini adalah gambar sebenar yang saya ambil di sini (kawasan pantai barat Perak). Sebenarnya sebelum saya dapat mengambil gambar-gambar tersebut saya telah beberapa kali melihat burung-burung tersebut di kawasan bandar. Saya pernah bertanya dengan kawan-kawan saya yang telah lama berkhidmat disini tentang burung tersebut. Ada yang tidak mengetahui mengenainya. Ada beberapa orang yang berkata, "oooh yang sepasang ituka?". Adakah ini bermakna cuma ada sepasang itu sahaja? Saya yakin tidak.
Pada suatu hari selepas sarapan pagi, saya terlihat sepasang burung tersebut berada di atas tiang lampu disebelah rumah. Saya dengan segera telah menyuruh anak saya masuk ke rumah dan mengambil kamera. Tiga gambar yang saya uploadkan di sini adalah gambar-gambar sebenar burung kenyalang yang berjaya saya tangkap...

0 responses to "Menangkap Kenyalang"