02:29 | Posted in

Pada posting yang terdahulu bertajuk Macamana Nak Masuk PTD? saya ada menulis bahawa untuk memasuki Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik perlulah melalui beberapa proses. Proses yang pertama adalah Ujian, diikuti dengan PTD Assesment Center (PAC), Temuduga dan akhir sekali mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Proses-proses itu akan cuba saya ceritakan satu persatu. Walaubagaimanapun saya akan bercerita dari belakang. Iaitu bermula dengan DPA sehinggalah kepada ujian. Mengenai DPA pula saya akan juga bercerita dari belakang, iaitu tentang Makan Malam Beristiadat. Tapi jangan anggap yang saya suka main belakang.

Makan Malam Beristiadat diadakan di akhir kursus DPA, iaitu selepas konvokesyen. Makan Malam ini merupakan majlis yang amat ditunggu-tunggu, kalau bukan oleh orang lain, sekurang-kurangnya oleh saya. Antara sebab-sebab kenapa ianya ditunggu-tunggu adalah seperti berikut.

Tamatlah sudah kursus DPA yang pada zaman saya makan masa selama sembilan bulan. Sekarang ni tinggal enam bulan sahaja. Dulu-dulu makan satu tahun. Penat juga kursus ni. Yang letih dan mencabar adalah kursus-kursus luar. Dengan tenteranya, polisnya, bina semangatnya dan bombanya. Nantilah semua ini akan diblogkan akhirnya.

Dapat makan free dan sedap. Masa mula-mula masuk kerja dapat makan free memanglah best, jarang dapat, tapi sekarang dah bosan, banyak sangatlah jamuan sampai kenduri kahwinpun dah malas nak pergi. Nak makan nipun kena berlatih etika makan. Tapi sambil berlatihpun dapat makan. Sudu mana nak pakai dan macamana nak letak sudu lepas makan. Masa tu dapat makan Western Food, pecah kepala...

Dapat pakai Monkey Jacket (Tuxedo Putih), saja-saja kalau tak kena dengan majlis bukan boleh pakai. Rasa macam James Bond la pulak. Tapi bestlah dapat rasa pakai baju ni masa tu maklumlah tak biasa dan bukan semua orang boleh pakai. Orang-orang tertentu sahaja. Tak dapat nak dicoretkanlah keseronokan tersebut. Dah rasa baru tahu. Rasa saya dalam perkhidmatan awam yang tidak beruniform, PTD saja yang boleh pakai No. 1 dan Jaket Monyet ni. Masuklah...



Category:
��

Comments

0 responses to "Makan Malam Beristiadat"