03:56 | Posted in
Darjah Kebesaran
Ahli Mahkota Perak
(A.M.P.)


Bersempena dengan Hari Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang disambut pada 19 April setiap tahun, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan menganugerahkan Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Negeri Perak Darul Ridzuan. Penganugerahan ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Perak kepada mereka yang telah banyak menabur jasa-jasa serta menyumbangkan khidmat bakti kepada Negeri Perak Darul Ridzuan khasnya dan negara amnya.

Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Negeri Perak Darul Ridzuan biasanya dianugerahkan kepada mereka yang berbakti dan memberi perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perak Darul Ridzuan khasnya dan Negara amnya, bersesuaian dengan taraf kedudukan mereka adalah daripada kumpulan atau jenis.

Di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Bahagian Kedua Bab X(a) Tercatit Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan mempunyai milik pancuran kemuliaan(FOUNTAIN OF HONOURS) budibicara (prerogatives) yang mutlak.

Bab XXV Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan bahagian kedua seterusnya menerangkan:

"Maka Raja Pemerintah itu ialah pancuran semua kemuliaan-kemulian dan darjat-darjat dalam negeri ini dan Bagindalah seorang sahaja yang boleh mengurniakan gelaran-gelaran dan darjat-darjat dan mengadakan pangkat-pangkat dan pingat-pingat kemuliaan dan darjat, samada gelaran-gelaran,darjat-darjat,pangkat-pangkat atau pingat-pingat itu telah sedia ada atau tidak terlebih dahulu di kurniakan atau diadakan.

Tetapi hendaklah di isyaratkan sebelum mana-mana gelaran, darjat,pangkat atau pingat baharu dilembagakan atau apa-apa lantikan kepada gelaran atau darjat yang sedemikian itu diperbuat, patutlah diminta nasihat Dewan Negara itu dan jikalau sekiranya perlembagaan bagi mana-mana gelaran, darjat, pangkat atau pingat mengenai perbelanjaan daripada hasil negeri, maka hendaklah perbelanjaan yang sedemikian itu di persetujui oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri".

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah berkenan untuk menganugerahkan blogger dengan anugerah:-

Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)
1. Darjah ini adalah peringkat keempat daripada kumpulan Darjah Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak. Dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang atau berbuat jasa kepada Negeri Perak.


2. Dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan sekurangkurangnya Gred 41 dan ke atas dalam Sistem Saraan Malaysia yang berkebolehan istimewa (exceptional merit) atau yang setaraf dengannya;


3. Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang berpangkat Mejar/Kapten/Leftenan/Leftenan Muda (Tentera Darat), Leftenan Komander/Leftenan Madya/Leftenan Muda (Tentera Laut), Mejar TUDM/Kapten TUDM/Leftenan TUDM/Leftenan Muda (TUDM) atau yang setaraf dengannya; dan


4. Dikurniakan kepada anggota Pasukan Polis yang berpangkat Deputi Superintenden Polis (DSP)/Asisten Superintenden Polis (ASP) atau yang setaraf dengannya.


Ikuti persiapan blogger untuk Majlis Penganugerahan tersebut, seperti menempah baju, raptai dan hari penganugerahan nanti, di posting-posting yang akan datang.


Ampun Tuanku.
Category:
��

Comments

0 responses to "Blogger Akan Bergelar AMP"