Shamar Store

21:30 | Posted in
Ini adalah amalan Khatamun-Nubuwwah yang telah diajarkan kepada saya oleh kumpulan dari Pendang. Mereka adalah salah satu kumpulan pakar yang pernah datang ke rumah saya untuk berlawan dengan Jin Ular. Cerita tentang Jin Ular ada saya ceritakan serba sedikit dan sambungan mengenainya akan saya buat nanti.

1. Langkah pertama, print Khatamun-Nubuwwah (KN), seperti yang telah dicatatkan di sini.

2. Balut dengan plastik atau dengan apa cara sekalipun bagi mengelakkannya daripada basah terkena air.

3. Tapak tangan seperti dalam keadaan berdoa dan letak KN diatas tapak tangan.

4. Sambil memandang KN baca ayat KN tersebut seperti berikut:- Allahu La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah Muhammadan 'abduhu wa rasuluh, Tawajah, Haisu, Si'ta, Fainnaka, Mansur.

5. Selawat 11X/33X/99X, bergantung kepada kemampuan dan kekuatan hajat.

7. Kucup KN sambil niatkan sebarang hajat yang dikehendaki.

Selepas itu boleh disimpan di dalam kocek dan dibawa kemana-mana, diletakkan dipintu rumah sebagai pendinding, juga boleh disimpan didalam kereta untuk tujuan yang sama, boleh dijadikan pelaris dan sebagainya.

Wallahu'alam. Sekiranya anda mempunyai kaedah yang lain bolelah berkongsi bersama.
Category:
��

Comments

15 responses to "Amalan K-Nubuwwah"

  1. Anonymous On 27 July 2010 at 02:52

    Salam ..

    saya juga lantikan tahun 1995..batch 1..mungkin tak pernah bertemu kot.
    TQ dgn amalan Khataman Nabuwwah..mohon izin untuk gunakan...wassalam.

     
  2. Anonymous On 1 August 2010 at 21:02

    Salam ..


    TQ dgn amalan Khataman Nabuwwah..mohon izin untuk gunakan..mudah-mudahan hidup kita diberkati oleh Allah...wassalam.

     
  3. Anonymous On 16 August 2010 at 00:09

    salam
    mohon keizinan..

     
  4. Wan On 10 October 2011 at 16:40

    salam.

    mohon izin untuk digunakan.semoga allah merahmati dan memberkati hidup kita semua :)

     
  5. faizal On 17 January 2012 at 00:44

    salam...
    terima kasih
    mohon izin untuk menggunakan

     
  6. Anonymous On 21 March 2012 at 03:21

    salam,
    mohon izin utk amalan, terima kasih

     
  7. Syams ibnu Naim al-Husein On 24 March 2012 at 15:20

    setiap amalan mestilah berguru..jangan post2 sesuka hati..anda yang akan menanggung siapa yang mengamalkan.. sanggup anda tanggung dan jawab ?

     
  8. Anonymous On 16 January 2013 at 22:36

    nk blaja ape2 pn kna la ade guru..

     
  9. Anonymous On 22 February 2014 at 06:45

    berguru memang pentingutk elak kesilapan dan mengesahkan yg betul. tp berguru bukan jaminan tidak sesat atau anak murid menyeleweng. malah hamper semua ajaran sesat adalah berguru. dan byknya kitab2 agama dlm pasaran boleh dirujuk walaupun tanpa guru. maka apakah haram buku2 agama yg tersebar dipasaran?

     
  10. ejam Z On 27 September 2015 at 01:04

    apa yg dikatakan anonymous itu ada benar nya. .sebenar diri kita sendiri yg tentukan baik buruk amalan itu..kan allah beri kita akal. .guna kanlah sebaik2nya.

     
  11. Han Isac On 6 October 2015 at 00:23
    This comment has been removed by the author.
     
  12. Han Isac On 6 October 2015 at 00:25

    Lepas baca hujan.... @ mmm

     
  13. Zuhri Jamaah On 29 January 2016 at 23:37

    adakah dalilnya.amalan diatas ??!

     
  14. Mr Farhan Mazlan On 7 March 2016 at 18:00

    Dkt tgn sy skrg ni pun ada ayat KN dalam bentuk 3 segi...

    Bukan x nak percaya...
    Tapi jangan mudah terpedaya...

    Xpernah lagi saya tgk org berubat siap bawak ayat2, tulis, pastu cium... adeh mcm2 la..

    Sy yakin yang allah itu ada dan DOA ADALAH SENJATA BAGI SETIAP MUSLIM.

    Wallahualam. Mohon perkongsian ilmu.

     
  15. Anonymous On 13 June 2016 at 16:07

    Ayat ini boleh diamalkan tp jgn sampai mengagungkan ayat smpi dirasakan ayat ini mujarab utk hal itu hal ini.....ingat siapa yg memakbulkan....semua org berkata allah yg makbulkan tp dihati keyakinan berada pd ayat itu...jgn smpi kita ditipu syaitan dlm beramal