21:01 | Posted in
Seorang pelatih PTD, Norhashimah Wahid meninggal dunia semasa menjalani latihan ala komando. Latihan sebegini adalah sebahagian perkara yang terpaksa ditempuh oleh semua PTD. Beliau disyakki terkena pneumonia. Takziah saya ucapkan kepada keluarga allahyarhamah. Walau apapun yang diperkatakan, beliau telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Allahyarhamah telah berjuang sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Seorang PTD sejati. Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya setiap insan pasti akan menemui maut dan apabila ia datang, tidak dapat diperlengahkan atau dipercepatkan walau sesaat. Itulah ketentuan Allah. Kepada sesiapa yang membaca posting ini, marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada allahyarhamah dan sama-sama berdoa agar beliau diampunkan segala dosa oleh Allah.
Category:
��

Comments

1 Response to "Kadet PTD Meninggal"

  1. Anonymous On 1 June 2010 at 00:17

    alfatihah dan takziah. Allahyarhamah sememangnya memiliki semangat PTD sejati! meninggalkan kita sebagai wira, PTD yg berjuang sehingga ke akhir hayatnya!Kepada semua PTD, tanamkan semangat juang PTD kita agar terus kuat menempuh badai!jangan kita pula yg merobek skim sendiri!Hidupkan kembali semangat juang yg telah diisi di dalam diri kita. alfatihah untuk Allahyarhammah.