20:33 | Posted in
Tajuk: Ajaran Nasrul Haq

Fatwa:
Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Fatwa yang telah dibuat dan diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 11(2) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, 1977, telah disahkan oleh Majlis dan Fatwa tersebut adalah disiarkan di bawah ini mengikut seksyen 11(3) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Tahun 1977 sebagai berikut ;

Memandangkan ajaran Nasrul Haq bukan daripada ajaran Islam dan boleh membawa pengikut-pengikutnya menyeleweng daripada akidah Islam yang sebenar, maka dengan ini:-

1. Sumpah yang terkandung dalam bai'ah Nasrul Haq hendaklah dimansuhkan.
2. Ahli-ahli Nasrul Haq yang telah bersumpah dalam bai'ahnya hendaklah membayar kaffarah.
3. Perkataan khalifah hendaklah dimansuhkan.
4. Segala zikir hendaklah semata-mata kerana Allah.
5. Kegiatan berjurus hendaklah jangan dilakukan di Masjid-masjid di Surau-surau dan dikawasan/kawasannya.

Rujukan Pewartaan: No.466
Tarikh Pewartaan: 8 Jun 1978
Category:
��

Comments

8 responses to "Fatwa Tentang Nasrul Haq"

  1. Anonymous On 5 May 2010 at 09:31

    No Comment. Hanya jauhari yang mengenal maknikam.

     
  2. Anonymous On 3 July 2011 at 17:27

    Yang lama dikelek, yang baharu didukung
    ...........2011

     
  3. Anonymous On 13 December 2011 at 22:37

    hai orang melayu jagan lah asal cakap dan faham lah betul dan jagan lah asal tuduh nasrul haq itu haram...he..he..he..diharamkan nasrul haq ada lah semata2 alasan politik mahathir.takut nasrul haq akan besar lebih dari umno.dan pendiri nasrul haq tidak pernah terfikir untuk berpolitik kerana mereka sendiri di dalam umno seperti tan sri samad idris serta bekas perdana menteri malaysia abdulah ahmad badawi dll.mereka hanya diam nasrul haq di haramkan kerana tidak mau perpecahan di dalam umno dan utk memberi dr mahathir memerentah sepenuh nya .pendiri nasrul haq haji yohanis berusaha membawa anwar ibrahim masuk umno kerana bapak anwar ibrahim dan haji yohanis berteman baik dan bersebelahan rumah di kampung tengku, selangor dan anwar masuk umno.bersama2 di kerajaan dengan dr mahatir muhammad.jadi nasrul haq tidak marah di haramkan oleh kerajaan kerana tujuan utama nasrul haq ada lah utk perkuat kaum melayu.penasehat nasrul haq ada lah profesor muhtar lintang tamatan alhazhar mesir dan hafiz al quran .pelajari lah dulu nasrul haq dan baru cakap.... allah maha tahu...

     
  4. Anonymous On 6 June 2013 at 00:57

    status haram NH adalah dari segi penghukuman yg di nilai dari sudut politik..cuba kita tgk..kenapa sumpah atau bai'ah ahli perlu di mansuhkan..?salah ke dlm islam apabila kita bersumpah utk taat setia kpd allah,rasul..?kedua..kenapa perkataan khalifah hendaklah di mansuhkan..?rasanya silat2 lain pun ada perkataan kahlifah yg bermaksud sebagai pemimpin kpd kumpulan silat itu..?adakah salah..?..segala zikir hendaklah semata2 kerana allah..sebab tu lah dlm proses utk memantapkan lagi NH ni..semua ahli2 wajib belajar fekah..tauhid..usuludin..tasauf..supaya mereka tau kemana arah zikir yg wajib mereka tujukan..disinilah yg kita kena tgk semula..supaya NH jgn disalah anggap sebagai ada unsur JIN dan sebagainya yg terang2 syirik kpd allah..dan jgn lakukan gerak jurus di dlm kwsan masjid dan surau..?jikalau inilah..mcmana kita nak mendidik anak2 muda supaya faham dan tau..akidah..tauhid..usuludin kiranya kita tidak buat dikwsan2 masjid dan surau..?sebelum latihan jurus diadakan..anak2 muda berkumpul di masjid2 surau2..menadah kitab..menadah telinga utk mempelajari apa itu tauhid..apa itu fekah..apa itu tasauf..dgn sendirinya..mereka akan faham akan apa tujuan berzikir td..kemana arah zikir itu yg mereka patut tuju..

     
  5. Unknown On 16 December 2013 at 19:23

    Tah... semuanye salah nabi pon berkata menuntutlah ilmu sampai ke negeri cina.., mcm mane pulak tu..

     
  6. Anonymous On 27 January 2014 at 15:10

    Adakah pengasas merupakan ketua Pertubuhan Revolusi Indonesia yg pernah ditangkap menceroboh perairan Malaysia bersama 29 orang ahli revolusi lengkap bersenjata pada tahun 1960 dan ingin bertapak di sini? Mungin pengharaman ini dibuat atas fakta keselamatan memandangkan pergerakan ini telah berkembang.

     
  7. Nizam R On 27 September 2015 at 01:18

    sebenar banyak pertubuhan seperti nasrul haq difatwakan oleh jabatan agama. .ini disebabkan mereka tidak memahami apa sebanarnya ajaran yg dibawa setiap pertubuhan itu..Lihat lain siket je..dah kate sesat.
    nak tahu masuk dln pertubuhan itu dalami ilmu nya..baru boleh tahu sesat ke tidak. .

     
  8. Anonymous On 14 March 2016 at 19:06

    bnd logik kat mlysia ni sbnrnya segala bnd yg mmbawa mnfaat akn diharamkn..noktah...nasrul haq n segala ilmu silat kebatinan ni la kekuatan org islam sbnrnya.. boleh lawan tnpa guna senjata.. dgn izin allah...x sesat pon..sbb segalanya mohon dgn allah.. slh 1 sbb pgharaman jgk krana desakan org2 bkn islam sbb tkt ada lg ilmu2 mcm ni..lepas 13 mei bwu cina tau yg mlyu islam bukan calang2..pedang bgerak sndiri... wlupn kjdian 13 mei tu sndiri adalah permainan politik utk lagakan rakyat brbilang kaum...dan rakyat jd mngsa...tp kjdian tu dah buka mata yg mlyu bkn lekeh2 bab prtahan diri...tu slh 1 knp nasrul haq & seangkatan dgnnya diharamkn...boley p tnya researh sndiri smua nie... sama jgk mcm kitab2 sifat 20 yg ramai utz2 muda la kata sesat... tlg la...tok guru dulu2 punya brsengkang mata n fkiran nk mudahkn kita utk fhm sifat2 allah...sng2 sesatkn.. amik sorg yg mngaji kenal allah,,mngaji tauhid usuludin fekah etc complete...dgn org yg mngaji basic ats air...pasti brcanggah n dikatakn org yg dalami ilmu agama td yg kenal allah kenal diri tu sesat..sedangkn dia yg ikt ilmu allah sebenar..sbb tu awal ugama kenal allah...kenal diri.. pemahaman org yg xkenal allah xknal diri ni trlalu ckit..