17:14 | Posted in

Dibeli di Perhentian R n R Plus dalam perjalanan ke Port Dickson beberapa tahun yang lalu. Semasa anak saya membayarnya penjual ada menceritakan kepada anak saya tentang cara-cara mengamalkannya. Harganya RM10. Saya gantung dalam kereta. Anak saya tak ingat cara yang diajarkan oleh penjual tersebut. Tetapi cara yang diajarkan oleh Arwah Ustaz Mat Nahu akan diblogkan nanti.

Ada satu kedai makan disini, punyalah ramai orang sampai berebut -rebut kerusi nak makan. Saya nampak ada Khatamun Nubuwwah dalam bentuk frame yang besar digantung di kaunter. Saya pernah tanya juruwang kedai tersebut mana dapat? Dia cakap dia beli di kedai frame. Setiap kali saya lalu kedai jual frame seni khat saya cuba cari, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Menurut salah seorang anak murid Arwah Ustaz Mat Nahu, Khatamun Nubuwwah boleh dijadikan doa untuk pelbagai hajat.
Category:
��

Comments

2 responses to "Khatamun-Nubuwwah II"

  1. Anonymous On 12 May 2011 at 00:52

    di angsana johor bahru ada kedai yang banyak menjualnya RM120

     
  2. onezriey On 2 February 2012 at 10:22

    untuk keterangan boleh layari web:
    http://enjoylifecorp.multiply.com/
    Facebook : Khatamun Nubuwwah-Selftechgroup