07:26 | Posted in
Kalaulah saya diberi peluang untuk menyediakan soalan untuk ujian kemasukan ke Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), saya akan menanyakan soalan tentang samada kemiskinan atau setinggan. Sebabnya kedua-dua perkara tersebut adalah sebahagian daripada bidang tugas saya sekarang ini di Pentadbiran Daerah.

Daripada kedua-dua topik tersebut saya lebih berminat untuk bertanyakan soalan mengenai kemiskinan. Ini adalah kerana pembasmian kemiskinan lebih diberi keutamaan berbanding setinggan. Setinggan ni susah sikit nak selesai, sebab cara penyelesaiannya melibatkan penguatkuasaan iaitu merobohkan rumah-rumah setinggan tersebut. Dengan itu, ianya mudah dipolitikkan.

Oleh itu, pada posting kali ini saya nak fokus pada kemiskinan. Soalan yang akan saya tanya berbunyi seperti berikut, "Kemiskinan dan Cara-Cara Mengatasinya?". Itu sahaja, carilah jawapannya. Untuk menjawab soalan tersebut perkara-perkara di bawah mungkin boleh membantu:-

1. Golongan Miskin/Paras Garis Kemiskinan(PGK).
a. Miskin Tegar = Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah RM400++
b. Miskin = Pendapatan KIR di bawah RM700++
c. Mudah Miskin = Pendapatan KIR di bawah RM1000

2. Punca Kemiskinan.
a. Sikap- Malas Berusaha.
b. Fizikal- Cacat/Tua.

3. Cara Mengatasi.
a. Bantuan Secara Langsung.
b. Bantuan Secara Tidak Langsung.

4. Kesimpulan
Kemiskinan tidak dapat dibasmi sepenuhnya tapi boleh dikurangkan.

Category:
��

Comments

2 responses to "Soalan Spot Ujian PTD 1"

  1. huhu On 1 July 2010 at 05:19

    salam....sy terbaca post ni...sy nk tny..pasal yg ni...
    a. Miskin Tegar = Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah RM400++
    b. Miskin = Pendapatan KIR di bawah RM700++

    kenapa di kira rm400++ n RM700++??adkah pendapatan isi rumah bagi golongan miskin dikira berasingan dengan maslah setinggan??

     
  2. Anonymous On 15 July 2010 at 17:45

    Berdasarkan harga barangan asas.., setinggan adalah orang yang tinggal ditanah kerajaan secara tidak sah, tapi kebanyakan dari mereka punya pendapatan yang melebihi paras kemiskinan. Sebab tu ada rumah setinggan, tapi ada Astro dan kereta beberapa buah...Tapi ada juga setinggan yang miskin