Saya selalu lepak di kedai mamak samada untuk makan atau minum sahaja. Pemergian saya ke kedai mamak adalah samada dengan keluarga, kawan-kawan, atau seorang diri. Yang menjadi tandatanya kepada saya adalah, kebanyakan kedai mamak mempunyai logo yang hampir sama. Ada bulan, bintang dan nombor 786. Bulan dan bintang adalah lambang Islam. Sebab itu banyak negara-negara Islam mempunyai bulan dan bintang pada bendera mereka, termasuklah, negara kita, Malaysia. Tapi apa maksud 786?
Banyak kali saya bertanya kepada kawan-kawan atau sanak saudara akan maksud 786 tersebut. Banyak yang jawab, tak tahu, entohle... Ada yang kata, itu adalah nombor persatuan dan sebagainya. Ada juga kawan-kawan yang cakap 786 itu adalah basmallah. Tapi dimana 'basmallah'nya. Akhirnya saya berjaya menemui jawapannya dan izinkan saya untuk berkongsi pengetahuan itu di sini.
Pengetahuan ini adalah mengenai ilmu abjad yang mana ayat atau perkataan dalam al-Quran digantikan dengan nombor. Tujuan digantikan ayat atau perkataan dengan nombor adalah untuk, meringkaskan ayat-ayat yang panjang, memendekkan masa menulis, dan yang paling penting sekali pada pandangan saya adalah, untuk menghormati ayat-ayat Allah.
Maksud menghormati itu adalah supaya ayat-ayat al-Quran yang digunakan untuk tujuan-tujuan yang tertentu tidak di bawa ke tempat-tempat yang dilarang atau dibuang merata-rata. Sebaliknya yang dibawa adalah nombor-nombor yang digunakan sebagai ganti ayat-ayat al-Quran tersebut. Ilmu abjad ini adalah sebahagian ilimu ta'widh atau azimat dalam amalan Sufi Chishtiyyah dari India.
Berikut adalah jadual huruf-huruf Arab dan nombor gantinya:-
Banyak kali saya bertanya kepada kawan-kawan atau sanak saudara akan maksud 786 tersebut. Banyak yang jawab, tak tahu, entohle... Ada yang kata, itu adalah nombor persatuan dan sebagainya. Ada juga kawan-kawan yang cakap 786 itu adalah basmallah. Tapi dimana 'basmallah'nya. Akhirnya saya berjaya menemui jawapannya dan izinkan saya untuk berkongsi pengetahuan itu di sini.
Pengetahuan ini adalah mengenai ilmu abjad yang mana ayat atau perkataan dalam al-Quran digantikan dengan nombor. Tujuan digantikan ayat atau perkataan dengan nombor adalah untuk, meringkaskan ayat-ayat yang panjang, memendekkan masa menulis, dan yang paling penting sekali pada pandangan saya adalah, untuk menghormati ayat-ayat Allah.
Maksud menghormati itu adalah supaya ayat-ayat al-Quran yang digunakan untuk tujuan-tujuan yang tertentu tidak di bawa ke tempat-tempat yang dilarang atau dibuang merata-rata. Sebaliknya yang dibawa adalah nombor-nombor yang digunakan sebagai ganti ayat-ayat al-Quran tersebut. Ilmu abjad ini adalah sebahagian ilimu ta'widh atau azimat dalam amalan Sufi Chishtiyyah dari India.
Berikut adalah jadual huruf-huruf Arab dan nombor gantinya:-
Maka untuk bismillah, kodnya adalah seperti berikut:-


20 responses to "Maksud 786"
salam...
ajaran menggunakan kod nombor sememangnya berasal dari India.
1. amalan ini adalah salah dari segi agama dan tidak ada satu nas al-Quran dan hadis yang membenarkan al-Quran dibaca menggunakan kod nombor.
2. Sistem kod ini asalnya adalah digunakan dalam kaedah mencari keserasian antara lelaki dan wanita yang ingin mencari pasangan,kaedah ini amat terkenal dan terdapat dalam kitab lama seperti Tajul Muluk dan juga beberapa buku-buku ilmu hikmat yang lain.
3. Alasan untuk menjaga kesucian ayat al-Quran dari tercemar dengan diganti dengan sistem kod adalah tidak munasabah.Kaedah menjaga kesucian al-Quran adalah melalui hafazan,ini kaedah asal yang diajar oleh Nabi s.a.w dan ditulis oleh beberapa orang penulis wahyu Rasulullah. tidak pernah ada satu buktipun yang menunjukkan bahawa nabi menyuruh menggantikan ayat dengan kod nombor.
4. Kaedah ini dianggap satu ajaran sesat kerana mengubah wahyu al-Quran.seperti sabda nabi dalam sebuah hadis baginda yang lebih kurang maksudnya :" sesiapa yang menulis selain dari apa yang aku bacakan,dia akan kekal ke dalam neraka" ( man kataba alaiya muta'ammidan fal yatabauwak ma'adahu finnar"(au kama qal)
5. Mengubah ayat kepada sistem kod adalah menyamai kitab-kitab Taurat dan Injil yang telah diubah suai dari yang asal.
Kesan Mempelajari Kaedah KOD ini
1. sekiranyanya sekadar mengambil tahu,ianya tidak mendatangkan apa-apa kesan dosa dan pahala
2. Jika bertujuan untuk mendalami ilmu dan mengamalkan ilmu ini,ianya akan merosakkan akidah
3. Kaedah pengiraan huruf abjad arab berdasarkan kod juga merupakan salah satu kaedah ilmu tilik dan hukum menilik adalah haram.
4. Menjadikannya sebagai hujah dalam persoalan akidah dan syariat adalah berdosa
(Ilmu abjad ini adalah sebahagian ilimu ta'widh atau azimat dalam amalan Sufi Chishtiyyah dari India)
1. Tidak semua ajaran Tariqat sufi itu adalah betul,terdapat banyak aliran sufi yang sesat
2.Asas sufi ialah mendekatkan diri dengan Allah melalui Taqarrub secara zikir disamping ibadat wajib,bukan mempercayai azimat.
3. Amalan azimat ini/wafaq ini adalah kesan dari pengaruh hindu yang menyerap ke dalam ajaran Islam terutamaman semasa era pemerintahan Sultan Akhbar Agung di India (untuk maklumat lebih tepat sila rujuk buku sejarah Islam di India) yang mewujudkan aliran/agama BAHAI iaitu percampuran semua agama termasuk ISlam.
Wasalam, terimakasih atas komen...
HEHHE..WAH TERUS CARI INFO ....KO YE ...
bgus
Salam,
Majlis fatwa Johor telah mengeluarkan fatwa bahawa 786 ialah haram digunakan dan ia telah diterima dengan hati yang terbuka oleh masyarakat iandia muslim di Johor khasnya. Malah JMMNJ yang logonya punya nombor 786 itu pun telah ditukarkan logo mereka. Mungkin di India, Pakistan dan Bangladesh mereka masih menggunakan tetapi di malaysia fatwa telah dikeluarkan maka ikut lah ye.
ooo, bru tw~~,
pernah tak korang dengar cerita tentang seorang ulama (tak silap saya) telah meng-Islam-kan beribu orang kristian termasuk pederi dengan hanya mencabar kebijaksanaan mereka tentang nombor dalam agama ini?
saya hanya ingin tahu kepastian bahawa kisah itu benar atau tidak
Kalaulah nombor menjadi sumber ilmu dan dalil untuk berdakwah...nescaya Rasulullah S.A.W tidak diturunkan Al Quran kepada baginda...malah diturunkan ilmu matematik....
...dan Islam tidak dibuktikan dengan cerita-cerita yang tak pasti..tetapi bersumberkan Nas-nas yang sohih dari Al-Quran dan As-Sunnah (hadith) - Wallahu 'alam.
Cuba rujuk website ini:
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=950
tapi kalau kita cuma nak guna je perkataan tu? maksud disini. contoh duit, ada 3 angka. 786. boleh x suka suka nk simpan ? mcm..
salam . . nk tnye nih....7 tuh pe??? 8 tu pe??? n 6 tu ape??? bley tolong??
7 tu modal, 8 tu jual, 6 tu modal pusingan
HAMBA TERTANYA2..BAGAIMANA PULA KALAM@AYAT@HURUF@ATAU@ABJAD AL-QURAN YG DITERJEMAHKAN DALAM BAHASA RUMI?..DALAM BAHASA KITA NIE?..TP BG AKU SETIAP PERKARA DGN NIAT KERANA ALLAH AKAN JD ZIKIRULLAH..
HANYA YANG TAHU SAHAJA TAHU...
WAHAI JIWA JIWA YANG TENANG..
JANGAN SEKALI KALI KAMU!!..MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI..
BAHAWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.
KEMENANGAN HARI INI.BUKANLAH BERERTI KEMENANGAN ESOK HARI.KEBENARAN SAAT INI BUKANLAH BERERTI KEBENARAN SAAT NANTI.KEBENARAN TIDAK SEMESTINYA HAKIKAT ATAU KENYATAAN..WALLAHU'ALAM.
Boleh share maklumat ini.
http://www.youtube.com/watch?v=WersEH0T-3c
What is actual meaning of 786
www.youtube.com
cuba paham...tapi makin x paham..banyak sgt pedapat
yang saya tahu itu no.ayat surah syukur...
salam...kalau semua nak thu kepastian sila rujuk kitab syamsul maarif....jgan mudah menyesatkan sesuatu
sila rujuk guru yang mursyid dalam sesuatu bab.....fas aluu ahlaz zikri in kuntum ta'lamuun
a'la ssowaab "in kuntun laa ta'lamuun