07:08 | Posted in
Penulisan ini adalah berdasarkan kepada siri TV Oprah. Ianya adalah berkaitan dengan khunsa, iaitu manusia yang dilahirkan dengan kedua-dua alat sulit lelaki dan wanita. Di dalam istilah perubatan ianya dipanggil sebagai Hermaphrodite atau Intersex. Sebelum ini saya pernah terdengar akan fenomena khunsa ini tapi susah nak bayangkan. Dalam siri Oprah tersebut tiga orang tetamu yang mempunyai masalah tersebut berjaya dijemput untuk menerangkan keadaan mereka.

Katie

Tetamu pertama adalah Katie, seorang pelajar perubatan. Walaupun Katie mempunyai vagina, iaitu alat sulit wanita tetapi tidak mempunyai ovari. Seorang wanita sepatutnya mempunyai ovari tetapi sebaliknya beliau mempunyai testes. Ovari adalah sebahagian daripada sistem pembiakan dalaman wanita manakala testes adalah sebahagian daripada sistem pembiakan dalaman lelaki. Ini bermakna Katie mempunyai sistem luaran wanita tetapi sistem dalaman seorang lelaki.

Hida

Tetamu kedua adalah Hida, beliau mempunyai vagina. Beliau juga mempunyai clitoris yang kelihatan seperti zakar yang kecil yang mampu menegang. Sifat beliau pula lebih kepada sifat seorang lelaki. Beliau mengaku meminati wanita walaupun beliau dibesarkan sebagai wanita.


Lynnell

Tetamu ketiga adalah Lynnell, beliau pernah hidup sebagai lelaki dan dikenali sebagai Steve. Beliau dilahirkan dengan mempunyai zakar dan vagina. Semasa dilahirkan doktor telah menjahit vagina beliau dan mengisyhtiharkan beliau sebagai lelaki. Beliau pernah berkahwin sebelum merasai ada sesuatu yang tidak kena dengan diri beliau.

Category:
��

Comments

0 responses to "Hermaphrodite"