02:59 | Posted in


Rakyat Didahulukan,


Pencapaian Diutamakan
Category:
��
18:48 | Posted in
Kumpulan Rock dulu-dulu (Rock Kapak?), Kiss, yang bertopeng, akan melancarkan album terbaru mereka. Album bertajuk 'Sonic Boom' akan dilancarkan pada 6 Oktober ini di Wal-Mart dan Sam's Club.

Category:
��
20:02 | Posted in
Hari ini NAFAS ini menjadi TASBIH,
Hari ini TIDUR ini menjadi IBADAH,
Hari ini DOA ini di IJABAH,
Hari ini PAHALA ini di LIPAT GANDAKAN.

Andai semua HARTA adalah RACUN,
Maka ZAKAT adalah PENAWARNYA,
Jika seumur HIDUP adalah DOSA,
Maka TAQWA dan TAUBAT adalah UBATNYA,
Jika seluruh BULAN adalah NODA,
Maka RAMADHAN adalah PEMUTIHNYA.

Salam Ramadhan al-MUbarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.
Semoga Diberkati, Dirahmati dan Diredhai ALLAH S.W.T. dan Diampuni Segala Dosa.
Category:
��
19:49 | Posted in
Untuk mencegah daripada dijangkiti oleh virus maut ini, antibodi atau sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit perlulah diperkuatkan. Untuk itu sila amalkan perkara-perkara berikut:-

1. Makan Bawang Putih dan Epal Hijau sebanyak mungkin. Supplement Garlic pun boleh juga. dan,

2. Ambil kurma 3 biji masak dalam air kelapa, biarkan sekejap (rendam) dan minum.

InsyaAllah, sila sebarkan...
Category:
��
06:27 | Posted in
Keputusan terkini BWF World Championship di India : Dato' Lee Chong Wei baru saja Kalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......... dengan Kuncoro . Menjadi plak mat ni malam ni. Nasiblee. Apa lah. Tensionnnnnnnnnnnnnnnnnn. Ni H1N1 punya pasallah....... Satu Malaya tertonggeng. Dah menang banyak sangat dah. Sekali sekala kenala kalah. Tapi dua regu Malaysia masuk semi. Zakry dengan Tazari dan Kean Keat dengan Boon Heong. Oklah tu. Takkan satupun tak boleh menang. Selalunya kalau Dato' kalah, beregu ada chance. Boleh kot??????????????
Category:
��
20:20 | Posted in

Ustaz Asri -Rabbani


Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Category:
��
07:08 | Posted in
Penulisan ini adalah berdasarkan kepada siri TV Oprah. Ianya adalah berkaitan dengan khunsa, iaitu manusia yang dilahirkan dengan kedua-dua alat sulit lelaki dan wanita. Di dalam istilah perubatan ianya dipanggil sebagai Hermaphrodite atau Intersex. Sebelum ini saya pernah terdengar akan fenomena khunsa ini tapi susah nak bayangkan. Dalam siri Oprah tersebut tiga orang tetamu yang mempunyai masalah tersebut berjaya dijemput untuk menerangkan keadaan mereka.

Katie

Tetamu pertama adalah Katie, seorang pelajar perubatan. Walaupun Katie mempunyai vagina, iaitu alat sulit wanita tetapi tidak mempunyai ovari. Seorang wanita sepatutnya mempunyai ovari tetapi sebaliknya beliau mempunyai testes. Ovari adalah sebahagian daripada sistem pembiakan dalaman wanita manakala testes adalah sebahagian daripada sistem pembiakan dalaman lelaki. Ini bermakna Katie mempunyai sistem luaran wanita tetapi sistem dalaman seorang lelaki.

Hida

Tetamu kedua adalah Hida, beliau mempunyai vagina. Beliau juga mempunyai clitoris yang kelihatan seperti zakar yang kecil yang mampu menegang. Sifat beliau pula lebih kepada sifat seorang lelaki. Beliau mengaku meminati wanita walaupun beliau dibesarkan sebagai wanita.


Lynnell

Tetamu ketiga adalah Lynnell, beliau pernah hidup sebagai lelaki dan dikenali sebagai Steve. Beliau dilahirkan dengan mempunyai zakar dan vagina. Semasa dilahirkan doktor telah menjahit vagina beliau dan mengisyhtiharkan beliau sebagai lelaki. Beliau pernah berkahwin sebelum merasai ada sesuatu yang tidak kena dengan diri beliau.

Category:
��
19:57 | Posted in
Senarai Pemenang:-

Filem Terbaik : Papadom
Pengarah Terbaik : Yasmin Ahmad (Talentime)*
Pelakon Lelaki Terbaik : Afdlin Shauki (Papadom)
Pelakon Wanita Terbaik : Liyana Jasmay (Papadom)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Mohd. Shafie Naswip (Talentime)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Salina Saibi (Bohsia)
Lakon Layar Terbaik : Yasmin Ahmad (Talentime)*
Cerita Asal Terbaik : Afdlin Shauki (Papadom)
Filem Komedi Terbaik : Los Dan Faun

*Orked Ahmad, adik kepada arwah Yasmin Ahmad menerima anugerah bagi pihak arwah.
Category:
��
07:26 | Posted in
Kalaulah saya diberi peluang untuk menyediakan soalan untuk ujian kemasukan ke Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD), saya akan menanyakan soalan tentang samada kemiskinan atau setinggan. Sebabnya kedua-dua perkara tersebut adalah sebahagian daripada bidang tugas saya sekarang ini di Pentadbiran Daerah.

Daripada kedua-dua topik tersebut saya lebih berminat untuk bertanyakan soalan mengenai kemiskinan. Ini adalah kerana pembasmian kemiskinan lebih diberi keutamaan berbanding setinggan. Setinggan ni susah sikit nak selesai, sebab cara penyelesaiannya melibatkan penguatkuasaan iaitu merobohkan rumah-rumah setinggan tersebut. Dengan itu, ianya mudah dipolitikkan.

Oleh itu, pada posting kali ini saya nak fokus pada kemiskinan. Soalan yang akan saya tanya berbunyi seperti berikut, "Kemiskinan dan Cara-Cara Mengatasinya?". Itu sahaja, carilah jawapannya. Untuk menjawab soalan tersebut perkara-perkara di bawah mungkin boleh membantu:-

1. Golongan Miskin/Paras Garis Kemiskinan(PGK).
a. Miskin Tegar = Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah RM400++
b. Miskin = Pendapatan KIR di bawah RM700++
c. Mudah Miskin = Pendapatan KIR di bawah RM1000

2. Punca Kemiskinan.
a. Sikap- Malas Berusaha.
b. Fizikal- Cacat/Tua.

3. Cara Mengatasi.
a. Bantuan Secara Langsung.
b. Bantuan Secara Tidak Langsung.

4. Kesimpulan
Kemiskinan tidak dapat dibasmi sepenuhnya tapi boleh dikurangkan.

Category:
��
21:21 | Posted in
Jurus yang kedua dalam Nasrul Haq dikenali sebagai "Sogok Terlentang". Cara-cara membuatnya adalah seperti berikut:-

1. Bengkokkan kedua-dua belah tangan lebih kurang 90 darjah, tapak tangan mengadap ke atas,

2. Bengkokkan lutut membentuk kekuda,

3. Langkah kaki kanan kedepan dan tolak kedua-dua belah tangan sedikit kedepan sedetik,

4. Langkah kaki kiri kedepan dan tolak kedua-dua belah tangan sedikit kedepan sedetik, dan

5. Langkah kaki kanan kedepan dan tolak kedua-dua belah tangan sedikit kedepan sedetik.
Category:
��
21:18 | Posted in
Jom Fit...80Kg ke 60Kg
Sila Like dan Subscribe 

Saya selalu lepak di kedai mamak samada untuk makan atau minum sahaja. Pemergian saya ke kedai mamak adalah samada dengan keluarga, kawan-kawan, atau seorang diri. Yang menjadi tandatanya kepada saya adalah, kebanyakan kedai mamak mempunyai logo yang hampir sama. Ada bulan, bintang dan nombor 786. Bulan dan bintang adalah lambang Islam. Sebab itu banyak negara-negara Islam mempunyai bulan dan bintang pada bendera mereka, termasuklah, negara kita, Malaysia. Tapi apa maksud 786? Banyak kali saya bertanya kepada kawan-kawan atau sanak saudara akan maksud 786 tersebut. Banyak yang jawab, tak tahu, entohle... Ada yang kata, itu adalah nombor persatuan dan sebagainya. Ada juga kawan-kawan yang cakap 786 itu adalah basmallah. Tapi dimana 'basmallah'nya. Akhirnya saya berjaya menemui jawapannya dan izinkan saya untuk berkongsi pengetahuan itu di sini. Pengetahuan ini adalah mengenai ilmu abjad yang mana ayat atau perkataan dalam al-Quran digantikan dengan nombor. Tujuan digantikan ayat atau perkataan dengan nombor adalah untuk, meringkaskan ayat-ayat yang panjang, memendekkan masa menulis, dan yang paling penting sekali pada pandangan saya adalah, untuk menghormati ayat-ayat Allah. Maksud menghormati itu adalah supaya ayat-ayat al-Quran yang digunakan untuk tujuan-tujuan yang tertentu tidak di bawa ke tempat-tempat yang dilarang atau dibuang merata-rata. Sebaliknya yang dibawa adalah nombor-nombor yang digunakan sebagai ganti ayat-ayat al-Quran tersebut. Ilmu abjad ini adalah sebahagian ilimu ta'widh atau azimat dalam amalan Sufi Chishtiyyah dari India. Berikut adalah jadual huruf-huruf Arab dan nombor gantinya:-
Maka untuk bismillah, kodnya adalah seperti berikut:-
Category:
��
03:20 | Posted in

Bernard(Kiri) dan Faizal(Kanan)


Dalam Contender Asia siri pertama telah dimenangi oleh Yodsaenklai dari Thailand. Siri ini adalah pertarungan Tomoi atau Muay Thai yang mempertemukan jaguh-jaguh dunia. Pada siri yang lepas telah diadakan di Singapura.

Saya difahamkan bahawa siri ini akan bersambung lagi tahun ini. Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah. Dua peserta Malaysia akan menyertai pertandingan ini. Mereka adalah Bernard Radin dan Faizal Ramli.

Dengar-dengar cerita akan diadakan di Terengganu. Tapi sampai sekarang, belum ada khabar berita. Dah nak habis tahun dah. Dalam TV tak sebut langsung. Tak jadi ka?
Category:
��