Shamar Store

18:21 | Posted in
Kisah atau penulisan pada kali ini adalah sekadar untuk makluman sahaja. Tidak ada niat dalam diri saya untuk meyakinkan sesiapa sahaja yang membaca untuk mempercayai segala apa yang bakal dipaparkan. Kisahnya adalah tentang cincin Nabi Sulaiman. Sebelum itu, perlu saya ingatkan juga bahawa kisah cincin Nabi Sulaiman ini juga diragui kesahihannya. Kisah cincin ini ada dikatakan oleh sesetengah ulamak sebagai dongengan ahli kitab sahaja.

Kisah ini juga ada kaitannya dengan siri pertarungan saya dengan Raja Jin Ular. Kumpulan yang sama yang telah memperkenalkan saya dengan Khatamun-Nubuwwah juga telah memperkenalkan saya dengan Khatam Sulaiman. Jika Khatamun-Nubuwwah adalah tanda atau cop kenabian yang ada pada Baginda Rasulullah S.A.W., Khatam Sulaiman pula adalah Cop Kenabian yang ada pada Baginda Nabi Sulaiman.

Sebelum saya memaparkan dengan lebih lanjut mengenai Khatam Sulaiman izinkan saya menceritakan sedikit cerita tentang cincin Sulaiman. Walaubagaimanapun, sekali lagi diingatkan, cerita mengenai cincin ini ada dikatakan sebagai kisah dongeng sahaja dan bukan kisah benar. Cerita ini saya perolehi dari internet. Wallahualam.

Diriwiyatkan bahawa Baginda Nabi Sulaiman mempunyai cincin kekuasaan. Cerita mengenai kekuasaan Nabi Sulaiman yang terletak pada cincinnya ini diketahui oleh salah seorang musuhnya. Musuh ini adalah syaitan ataupun mungkin jin yang boleh merupa kepada pelbagai bentuk.

Pada suatu hari, Baginda Nabi Sulaiman telah menyerahkan cincin Baginda kepada salah seorang pembantunya kerana Baginda mahu ke tandas. Musuh Baginda telah menyamar sebagai Baginda dan keluar dari tandas lalu meminta cincin tersebut daripada pembantu tersebut. Selepas itu, musuh baginda terus memiliki singgahsana Baginda.

Apabila Baginda keluar dan meminta cincin tersebut daripada pembantunya, pembantu tersebut terkejut dan menyatakan yang beliau telahpun memberikan cincin tersebut kepada Baginda. Menyedari perkara tersebut Baginda telah keluar dari Istana dan tinggal di luar singgahsana Baginda sehinggalah cincin tersebut Berjaya ditemu semula.

Setelah selesai kerja mereka, kumpulan dari Pendang yang datang untuk membantu menyelesaikan ‘masalah’ di rumah saya, telah menceritakan kepada saya tentang Khatam Sulaiman. Khatam Sulaiman adalah cop kenabian Nabi Sulaiman yang terdapat pada cincin Baginda. Mereka menceritakan bagaimana Baginda telah hilang kerajaan Baginda setelah hilangnya cincin tersebut.

Mereka mahu saya datang berjumpa dengan Ustaz Mat Nahu bagi mendapatkan cincin tersebut. Walaubagaimanapun, bukanlah cincin Baginda Nabi Sulaiman yang ada pada Ustaz Mat Nahu, tetapi sebaliknya Khatam atau cop yang diukir pada cincin Perak. Bersambung…
Category:
��

Comments

0 responses to "Khatam-Sulaiman"