06:10 | Posted in

Asal kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) INTAN ni adalah selama setahun. Saya juga dimaklumkan bahawa dulu-dulu masuk PTD terus pergi kursus jadi kadet PTD. Batch sebelum saya, iaitu batch 94 dipecahkan kepada 2, kumpulan 1, terus masuk DPA. Manakala kumpulan 2, masuk kerja dulu. Masa ini, kalau tak salah saya, kursus DPA dah tinggal 9 bulan, termasuklah batch saya. 9 bulan adalah syarat minima standard United Kingdom untuk kursus Diploma, kata penyelaras, bukan tempoh kandungan (kalau kahwin masa masuk kursus, habis kursus boleh dapat anak).

Batch saya pula, semua masuk kerja dulu. Kemudian kumpulan satu dipanggil untuk berkursus. Habis kumpulan 1, berkursus kumpulan 2 pula masuk. Tempoh kursus adalah 9 bulan. Batch selepas saya masih sama macam batch saya. Tapi selepas tu dah jadi macam-macam. Ada six plus 3 dan selepas itu saya dah tak ikut perkembangan sehinggalah sekarang tinggal 6 bulan sahaja.

Walaupun telah dipendekkan, modul-modul masih sama, cuma mungkin, tempoh modul-modul tersebut yang dikurangkan. Sebagai contoh, dulu-dulu modul ketenteraan mengambil masa sebulan. Itu masa kursus setahun. Apabila masa dah disingkatkan kepada 9 bulan modul tersebut tinggal 2 minggu. Sekarang, dah tinggal seminggu.

Antara modul-modul yang saya masih ingat adalah, Perlembagaan, Bahasa Inggeris, Pengurusan Kewangan, Metodologi Penyelidikan dan Pembangunan Luar bandar dan Wilayah (mungkin ada lagi, tapi dah tak ingat). Itu adalah modul dalam.

Modul luar, Tentera, Polis, Biro Tatanegara, Outward Bound dan Bomba. Boring kalau nak cerita tentang modul dalam. Masuk kelas, keluar kelas. Bagi modul Tentera, kami telah dihantar ke Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAW) Ipoh. Sebenarnya,PLAW ni adalah ibarat rumah ketiga bagi saya. rumah pertama, rumah mak dan bapa saya, rumah kedua adalah asrama saya dan ketiga adalah PLAW.

Semasa di sekolah menengah saya belajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Ipoh. Disitu saya masuk Persatuan Kadet Bersatu. Hampir tiap-tiap minggu kena pergi berlatih di sana. Dekat saja dengan sekolah. Saya pernah juga bermalam seminggu di sana masa tingkatan 2. Pernah juga saya direndam di kolam 'dewa-dewa' di sana. Jadi tak adalah gerun sangat masa dapat maklumat umtuk dihantar ke sana.

Di sana, lapor diri, gunting rambut, ambil uniform dan peralatan-peralatan lain. Lepas itu, kawad, kawad dan kawad. Waktu paling afdal, tengahari, tengah panas. Lepas tu belajar tentang senjata dan menembak. Larian berhalanganpun ada, senaman, absailing, lawatan ke Sungai Petani ke Kem Armour dan TLDM Lumut. Patut masuk Gua Tempurung, tapi tak jadi sebab gua ditutup sebab ada persiapan untuk kunjungan tetamu DiRaja diganti dengan panjat Gunung Kledang (ini pun tempat saya be_ _ k dan ken_ _ n g). Serupa macam balik kampung jugalah Ipoh dan Sungai Petani. Air paippun sedap masa kursus ini.

Belek punya belek, tinggal satu saja gambar yang ada di PLAW. Gambar-gambar lain semua dah hilang. Maklumlah, pindah randah merata. Saya yang dihujung sebelah kanan gambar. Bersambung...Kisah Polis pula lepas ini...


Category:
��

Comments

2 responses to "Kursus DPA Intan 2"

  1. Anonymous On 24 May 2013 at 10:00

    Also, this may also be because with the less acid
    and caffeine content. It's specially engineered to meet the requirements a crowd, anywhere from 1 approximately 50, and the most popular feature will be the Auto-Eject, meaning no one ever has got to deal with hot pods any longer. Also, regular ground coffee should remain in contact with the water for between six or eight min.

    Here is my homepage: coffee maker

     
  2. Anonymous On 28 May 2013 at 10:51

    Your friends are having so much fun with all the beautiful beaded jewelry they make;
    to wear themselves and for gifts. The gift of a pink pearl can leave
    a wonderful impression of delight and happiness in someone.
    A pearl collar generally contains 2 or more strands (often 3 or more) and sits right in the middle of
    your neck.

    My homepage :: accessories