18:45 | Posted in

Sebelum cerita pasal musang king nak cerita pasal New Zealand (NZ) dulu. Sebabnya saya dah booking flight untuk ke Turkey Januari tahun depan. Ini adalah officially percutian keluarga. Betul2 pergi bercuti dengan ahli keluarga. Bukannya rombongan ofis atau ikut pergi meeting atau urusan rasmi. Setakat ni lawatan keluarga ni saya dah buat 3 kali,

1. New Zealand
2. Indonesia  dan
3. Australia

InsyaAllah Turkey akan jadi yang keempat. So cerita dulu pasal NZ.

Lawatan bermula pada 1 Julai 2017. NZ terdiri daripada 2 pulau besar, iaitu North Island  dan South Island. Saya dan keluarga ke Auckland dulu di North Island. Tempat2 menarik yang dilawati di North Island adalah di Hobbiton, Hamilton, Rotorua selain daripada sekitar Auckland....

Manakala di South Island kami menginap di Queenstown. Banyak masa dihabiskan di Queenstown sebab tempat dia memang cantik. Sempat drive sampai Dunedin. Ada beberapa tempat lagi yang dapat drive dekat2 situ tapi dah tak ingat nama.

Lawatan ini kami tak menggunakan mana2 tour agency. Cuma beli tiket kapalterbang, sewa apartment dan kereta. Lepastu dah sampai sana google tempat2 menarik. Makan sebelum jumpa Papparich kami banyak makan restoran kebab. Ni masa di Auckland.

Di Queenstown selain makan kebab. Jumpa kedai makanan India yang ada tulis halal. Masa di Dunedin jumpa kedai makan nama Kuala Lumpur. Tapi owner orang Sri Lanka yang buat masakan Malaysia.

Lebih kurang 10 hari disini rasa macam tak nak balik. Menarik NZ ni. Patutlah ada satu jutawan yang saya kenal secara resmi tu pergi bercuti di NZ hampir setiap tahun. Natural beauty lah tempat 2 kat sini... Sayang depa kalah semi final World Cup Rugby baru2 ni. Tapi nasib baik kalah dengan England.

MASIH DI MALAYSIA 





NORTH ISLAND

Kampung Hobbit, Lord of the Ring

Rotorua

Excited tengok ladang 

SOUTH ISLAND 


Acah2 Beraya di Perantauan 


Queenstown 

Bersambung...
Category:
��

Comments

0 responses to "Lawatan ke New Zealand."