Semasa zaman saya Kursus Diploma Pengurusan Awam Intan dijalankan selama 9 bulan. Kursus ini adalah dianggap sebagai Post-Graduate memandangkan kesemua yang mengikuti kursus telahpun mempunyai Basic Degree. Zaman-zaman sebelum saya kursus ini pernah dijalankan selama setahun dan peserta-peserta kursus dipanggil Kadet PTD. Sekarang dipanggil sebagai peserta DPA. Kadet lagi sedap rasanya. Bunyi garang sikit...
Kursus ini dibahagikan kepada beberapa modul. Secara amnya modul-modul terbahagi kepada dua iaitu modul dalam dan modul luar. Modul dalam diadakan di INTAN dengan mengikuti kursus-kursus seperti, Bahasa Inggeris, Perlembagaan, Metodologi Kajian, Pembangunan Wilayah dsb. Dah tak ingat...
Modul luar diadakan di luar INTAN. Modul-modul tersebut adalah Tentera, Polis, Bomba, Sabah/Sarawak, Bina Semangat dan Kenegaraan. Gambar dibawah adalah semasa mengikuti kursus Polis di Maktab Polis Kuala Kubu Baru. Gambar diambil semasa di Lapangan Sasar sedang mengikuti kursus menembak.
Modul ini adalah Modul Luar yang kedua selepas Tentera. Disini yang pastinya, mesti belajar berkawad, hari-hari kawad. Diberi pengalaman mengawal trafik di KL pada waktu puncak. Buat raid di kelab-kelab malam pada malam minggu. Meronda KL mencari penjenayah dan dapat tangkap beberapa penagih dadah. Tahan Mat Rempit. Menembak. Itu saja yang ingat...
Kalau tengok gambar dibawah PTD ni dah open kepada pelbagai bangsa dah lama dah. Boss-boss saya yang dah senior tupun ada dari pelbagai bangsa...Gambar bernilai lebih dari seribu perkataan. Bertanggungjawablah kepada negara apabila berkata-kata. Jangan semborono.
Tapi jangan ingat gambar ni lama sangat. Polis dah pakai baju biru gelap dah masa ni, cuma kami yang pakai baju lama...