00:47 | Posted in
Saya diterima masuk ke PTD pada awal tahun 1995. Sebelum itu tak pernah tahupun apa itu PTD. Akan tetapi selalu dengar, kawan-kawan dan sanak saudara sibuk-sibuk pasal masuk PTD. Abang sayapun ada memohon tapi tak dapat. Selepas 'grad' saya rehat hampir setahun, saja tak minta kerja, tapi bila ibubapa dah mula 'kenen', kenala cari juga kerja. Tapi memang saya nak kerja 'gomen'.

Kerja pertama yang saya minta, langsung tak kena panggil. Yang kedua, dipanggil, sampailah ke saringan yang terakhir. Ada satu lagi kerja 'gomen', saya dah tak ingat. Tapi saya ambil borang SPA, minta kawan saya di KL tolong ambilkan dan poskan ke rumah. Tapi tak sempat isi borangpun. Tiba-tiba kecoh tentang PTD. Guna borang yang tak sempat diisi sebelum tu, terus hantar.

Tak lama selepas itu, saya dipanggil untuk menduduki ujian. Tak ada apapun yang saya buat sebagai persiapan. Adalah saya dengar sana dan sini yang pengetahuan am perlu tahu. Itu dan ini, tapi tak kisahlah apa yang saya tahu, itulah yang saya akan jawab.

Soalan-soalan yang ditanya, ada objektif dan subjektif. Soalan-soalan yang menguji minda dan pengetahuan am, semuanya objektif. Oleh itu, yang mana saya tak tahu, saya tembak. Nasib baik banyak yang saya tahu dan mungkin juga, banyak yang saya tembak, mengena. Sebelum saya menjawab, saya semak dulu pemarkahan untuk setiap bahagian. Soalan-soalan objektif, pemarkahannya tak begitu banyak berbanding soalan subjektif. Oleh itu, saya banyak menumpukan kepada soalan-soalan subjektif.

Soalan-soalan subjektif terbahagi kepada soalan-soalan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kedua-duanya mempunyai kefahaman atau 'comprehension' dan esei. 'Malangnya' kedua-dua soalan tersebut adalah saya punya 'favorite'. Untuk soalan kefahaman, bacalah esei yang diberikan dan cari jawapan yang terhampir mengikut kefahaman saya. Mudah. Esei pula, gorenglah.

Saya tak pasti samada soalan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, tapi yang saya ingat adalah ada satu soalan tentang gejala sosial. Kenapa saya masih ingat? Goreng punya goreng, sayapun memberi cadangan, salah satunya, untuk mengatasi gejala sosial ini, ibubapa perlu ada kemahiran keibubapaan (parenting skill). Selang beberapa minggu selepas itu. Cadangan saya itu telah disebut oleh Menteri Kebajikan Masyarakat. Itu yang buat saya ingat sampai sekarang.

Selepas peperiksaan, saya tak perduli sangatpun. Dapat atau tak dapat, saya dah buat yang terbaik. Akan tetapi tak lama selepas itu, ada berita gembira...

Oleh itu, sebagai tips atau panduan kepada sesiapa yang akan menduduki peperiksaan PTD, nasihat saya adalah seperti berikut:-

  1. Relax, dunia belum kiamat, tak dapatpun tak apalah, kurang separuh bebanan dah.
  2. Tumpukan kepada soalan Kefahaman dan Esei.
  3. Untuk pengetahuan am, apa yang kita tahu, itulah yang kita bawa ke ujian.
  4. Tapi kalau ilmu boleh ditambah, tambahlah. Dan
  5. Goreng, goreng dan terus goreng dari sekarang tapi biarlah berfakta.
Category:
��

Comments

1 Response to "Ujian PTD"

  1. Kimizo On 9 August 2010 at 08:08

    bukan senang nak dapat jadi PTD ni
    tetapi kalau berusaha, ada rezeki dapatlah