03:58 | Posted in


Kiub Rubik percuma seperti di atas yang bernilai RM70++ akan diberikan percuma. Ya percuma. Saja-saja saya nak bersedekah. Asalnya saya nak berikan kiub gergasi seperti dalam video youtube saya tu, tapi kiub tu murah saja. Saya beli RM10 sahaja di Cameron Highland.

Pemberian percuma ini adalah sebagai menghargai pengunjung-pengunjung ke blog ini. Blog ini asalnya diadakan sekadar untuk syok sendiri saja. Ingatkan tak ada orang nak datangpun. Tapi okayla, takla ramai sangat yang datang, tapi ada.

Ada yang yang datang sebab Nasrul Haq, Kiub Rubik, PTD dan yang paling banyak sekali tentang Arwah Mikaiil. Yang lain-lain tak bolehla nak bagi. Takkan nak bagi Arwah pula. Oleh itu saya nak bagi Kiub Rubik secara percuma.

Untuk mendapatkan kiub tersebut, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:-

1. Meninggalkan komen terbanyak pada posting/penulisan ini sahaja, tapi sehari cuma boleh sekali. Setiap satu komen, saya bagi 1 mata. Komen boleh dibuat memadai dengan ayat-ayat mudah sahaja, cth, 'Hi'.

2. Mendaftar sebagai 'Followers' pada blog ini sekali sahaja. Jika berdaftar, saya bagi 10 mata. Untuk mendaftar tekan butang 'Join this site' di kanan blog ini, dan ikut arahan yang diberikan.

3. Membawa seorang kawan ke blog ini. Setiap seorang kawan saya akan beri 5 mata. Kawan tersebut hendaklah meninggalkan komen dengan memberitahu bahawa dia disuruh oleh anda. Contoh nama anda Ahmad dan membawa Kulop. Kulop akan meninggalkan komen, 'dirujuk oleh Ahmad' atau ayat-ayat yang seerti dengannya. Selepas itu pula Ahmad akan meninggalkan komen, 'saya bawa kulop' atau seerti dengannya. Komen itupun, saya akan bagi 1 mata. Setelah dibawa oleh Ahmad Kulop juga layak untuk memenangi kiub tersebut dengan syarat-syarat seperti di atas.

4. Orang yang paling banyak mengumpul mata akan dianggap sebagai pemenang.

5. Terbuka kepada yang berminat sahaja. Kalau tak minat tak apalah, selamat duit saya.

6. Keputusan saya adalah muktamad dan saya dan ahli keluarga saya adalah dilarang dari menyertai pertandingan ini.

7. Saya berhak untuk meminda syarat-syarat dan peraturan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian.

Tarikh tutup pertandingan adalah apabila 'hit counter' di bawah mencecah 10000 (sepuluh ribu). Lama lagi tu...



Free Counter
Category:
��

Comments

6 responses to "Kiub Rubik Percuma"

  1. Shahril Ismail On 9 August 2009 at 02:13

    Kenapa tiada yg berminat??????

     
  2. Unknown On 25 October 2009 at 16:50

    saya berminat tapi dah terlepas ye

     
  3. Shahril Ismail On 2 November 2009 at 05:32

    Secara teknikalnya begitulah... tak tahu siapa dan macamana dia buat counter tu bergerak laju sangat. Nantilah kl ada rezeki, saya nak buat lain. Formula saya boleh pakaike???

     
  4. norrohaniza On 23 June 2012 at 00:27

    hai..tau tak kat mane ade jual rubik 5x5? jual secara online ke..kat kedai ke?setakat ni cari xjumpa la..huhu

     
  5. Anonymous On 17 November 2013 at 18:55

    hai flag counter 96,021

     
  6. zahid On 29 December 2018 at 18:37

    hai...bagus betul buat rubik percuma ni