Showing posts with label Teknikal. Show all posts
Showing posts with label Teknikal. Show all posts
21:23 | Posted in



It's kid's stuff, I know. I learned the above trick when I was still a very young boy. Almost all of my neighbors knew the trick. I was thinking of sharing the trick with the rest of the world. The price that I was thinking to place is USD 3.99, which is almost like giving it for free. However I am a little bit pessimistic. My right brain said I can sell this trick but the other brain did not agree.

I am not sure whether there is a market for it. In other words, is there anybody out there willing to buy it. Since I am not very confidence about the demand, I do not intend on learning online business. At least, not yet. Therefore, the method of payment, such as Paypal or whatever, is still yet to be detailed. I do need feedback. Please advice by leaving comments, such as, 'go for it', 'forget it', 'stupid trick', 'sell it for 99 cents' or whatever.
Category:
��
20:16 | Posted in
Panduan bagi meletakkan ikon sendiri pada blog:-

1. Download dan Install Photo Filtre, ianya percuma.
2. Open gambar pilihan untuk dijadikan sebagai ikon.
3. Klik pada tab image dan image size untuk kecilkan gambar.
4. Klik pada tools dan pilih export as icon dan save.
5. Pergi ke Google Sites, Register dan create site.
6. Pada Attach a File klik Browse dan pilih gambar yang telah dijadikan ikon tadi.
7. Diblog anda, pilih Layout dan Edit HTML.
8. SelepasPastekan

Category:
��
07:08 | Posted in
Penulisan ini adalah berdasarkan kepada siri TV Oprah. Ianya adalah berkaitan dengan khunsa, iaitu manusia yang dilahirkan dengan kedua-dua alat sulit lelaki dan wanita. Di dalam istilah perubatan ianya dipanggil sebagai Hermaphrodite atau Intersex. Sebelum ini saya pernah terdengar akan fenomena khunsa ini tapi susah nak bayangkan. Dalam siri Oprah tersebut tiga orang tetamu yang mempunyai masalah tersebut berjaya dijemput untuk menerangkan keadaan mereka.

Katie

Tetamu pertama adalah Katie, seorang pelajar perubatan. Walaupun Katie mempunyai vagina, iaitu alat sulit wanita tetapi tidak mempunyai ovari. Seorang wanita sepatutnya mempunyai ovari tetapi sebaliknya beliau mempunyai testes. Ovari adalah sebahagian daripada sistem pembiakan dalaman wanita manakala testes adalah sebahagian daripada sistem pembiakan dalaman lelaki. Ini bermakna Katie mempunyai sistem luaran wanita tetapi sistem dalaman seorang lelaki.

Hida

Tetamu kedua adalah Hida, beliau mempunyai vagina. Beliau juga mempunyai clitoris yang kelihatan seperti zakar yang kecil yang mampu menegang. Sifat beliau pula lebih kepada sifat seorang lelaki. Beliau mengaku meminati wanita walaupun beliau dibesarkan sebagai wanita.


Lynnell

Tetamu ketiga adalah Lynnell, beliau pernah hidup sebagai lelaki dan dikenali sebagai Steve. Beliau dilahirkan dengan mempunyai zakar dan vagina. Semasa dilahirkan doktor telah menjahit vagina beliau dan mengisyhtiharkan beliau sebagai lelaki. Beliau pernah berkahwin sebelum merasai ada sesuatu yang tidak kena dengan diri beliau.

Category:
��
21:18 | Posted in
Jom Fit...80Kg ke 60Kg
Sila Like dan Subscribe 

Saya selalu lepak di kedai mamak samada untuk makan atau minum sahaja. Pemergian saya ke kedai mamak adalah samada dengan keluarga, kawan-kawan, atau seorang diri. Yang menjadi tandatanya kepada saya adalah, kebanyakan kedai mamak mempunyai logo yang hampir sama. Ada bulan, bintang dan nombor 786. Bulan dan bintang adalah lambang Islam. Sebab itu banyak negara-negara Islam mempunyai bulan dan bintang pada bendera mereka, termasuklah, negara kita, Malaysia. Tapi apa maksud 786? Banyak kali saya bertanya kepada kawan-kawan atau sanak saudara akan maksud 786 tersebut. Banyak yang jawab, tak tahu, entohle... Ada yang kata, itu adalah nombor persatuan dan sebagainya. Ada juga kawan-kawan yang cakap 786 itu adalah basmallah. Tapi dimana 'basmallah'nya. Akhirnya saya berjaya menemui jawapannya dan izinkan saya untuk berkongsi pengetahuan itu di sini. Pengetahuan ini adalah mengenai ilmu abjad yang mana ayat atau perkataan dalam al-Quran digantikan dengan nombor. Tujuan digantikan ayat atau perkataan dengan nombor adalah untuk, meringkaskan ayat-ayat yang panjang, memendekkan masa menulis, dan yang paling penting sekali pada pandangan saya adalah, untuk menghormati ayat-ayat Allah. Maksud menghormati itu adalah supaya ayat-ayat al-Quran yang digunakan untuk tujuan-tujuan yang tertentu tidak di bawa ke tempat-tempat yang dilarang atau dibuang merata-rata. Sebaliknya yang dibawa adalah nombor-nombor yang digunakan sebagai ganti ayat-ayat al-Quran tersebut. Ilmu abjad ini adalah sebahagian ilimu ta'widh atau azimat dalam amalan Sufi Chishtiyyah dari India. Berikut adalah jadual huruf-huruf Arab dan nombor gantinya:-
Maka untuk bismillah, kodnya adalah seperti berikut:-
Category:
��
20:39 | Posted in
Pelajari beberapa Street Magic atau silap mata jalanan ala David Blaine atau Fuyo Magic...

Category:
��
06:42 | Posted in
Category:
��