20:27 | Posted in
Sudah lama tidak berblog. Malas dah rasanya. Maklumlah, tak kaya-kayapun, balik modalpun tidak. Duit streamyx sebulan RM90.00. Dah 3/4 tahun bayar. Berapa agaknya saya dah bayar? Malaslah nak kira. Pendapatan di Nuffnang baru terkumpul sebanyak RM35.90 selepas 2 tahun berblog. Itupun tak dapat-dapat lagi, kena tunggu cukup RM50.00 baru dia bagi selepas tolak RM1.00 kos pengurusan. Niatnya nak buat duit dengan blog. Nak kaya. Walaubagaimanapun perjalanan yang beribu batu bermula dengan langkah yang pertama.

Saya cadang nak berblog tentang frame Khatamun-Nubuwwah yang saya beli beberapa bulan yang lepas hari ini, tapi gambar frame tersebut yang saya ambil menggunakan telefon e-touch saya yang murah tu tak berapa cantik. Kabur. Nantilah saya akan gunakan saya punya Kamera Digital jenis Samsung yang dah dibeli lebih setahun tapi jarang guna, nak charge bateripun malas. Jangan cari tak jumpa dahlah. Hilang insyaAllah tak.

Sementara itu saya nak maklumkan yang jiran saya yang saya ada tulis pada posting sebelum ini ada menelefon saya. Mereka telah mendapat maklumat melalui kawan-kawan mereka yang saya ada menulis tentang mereka. Mereka mahu saya menarik balik kata-kata saya. Antara kata-kata yang dicakapkan kepada saya untuk membuktikan yang mereka adalah tidak seperti yang saya cakapkan, yang saya masih ingat adalah seperti berikut:-
1. Kami adalah keluarga yang dihormati di kawasan ini.
2. Bukannya kami ada letak apapun di rumah tu, ada kotak dan tayar, tak bolehka?
3. Yang kami cuci dan potong rumput rumah tu kenapa tak cerita?
4. Memang kami nak beli, sebab tu kami cabut iklan tu, kalau youpun nak beli buat macamtu jugak. Habis tu kenapa tak datang bubuh balik?
5. Sayapun ,Graduate. dll. (dah tak ingat)

Perkara diatas adalah hujah daripada pihak satu lagi. Saya harap saya telah berlaku adil dengan meletakkan hujah mereka disini. Harap pembaca dapat menilainya. Sayapun tak sangka yang blog ini akan dibaca oleh orang sampai kesana. Ingatkan nak syok sendiri sahaja. Melepaskan 'tension'.

Ala mak ai! Dah panjang pula posting ni, ni belumpun cerita pasal, macamana Arwah Pak Wan buat gambar fotostat. Sebelum itu marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah Pak Wan dan juga Arwah kedua-dua ibubapa saya dan tidak lupa juga kepada arwah ibu mertua saya yang baru saja meninggal sebelum puasa. Al-Fatihah...

Ok, berbalik kepada cerita bagaimana Arwah Pak Wan menghasilkan Gambar Fotostat. Antara bahan-bahan yang arwah gunakan adalah:-
1. Kertas Komputer lama, dot matrix, yang ada lubang dekat tepi tu.
2. Kertas karbon warna hitam.
3. Gunting
4. Gambar mangsa.
5. Pinggan jernih.
6. Kain hitam.
7. Air gula
8. Minyak (tak pasti minyak apa?) dan
9. Ayat Power

Itu adalah ramuan-ramuannya. Cara 'memasaknya' lain kalilah, sebab posting ini dah cukup panjang. Banyak sangat cerita sampingan. Nanti boring nak baca. Bersambung...
Category:
��
23:09 | Posted in
Pada kali ini saya nak perkenalkan satu segmen baru yang dipanggil iklan. Segmen ini adalah untuk mengiklankan apa juga barangan untuk dijual. Ianya terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengiklankan barangan mereka. Perkhidmatan mengiklan ini disediakan secara percuma. Barangan pertama yang hendak saya iklankan adalah rumah saya sendiri.

Keterangan mengenai barangan tersebut adalah seperti berikut:-

Rumah Teres 2 Tingkat
Alamat: 29, Jalan Kesuma 7/11 (Bunyi macam 7-Eleven) 43700 Beranang, Selangor.


Saya telah beberapa kali cuba menjual rumah tersebut. Tetapi mungkin telah disabotaj oleh jiran sebelah. Beberapa kali saya pergi menampal iklan 'Rumah Untuk Dijual', jiran sebelah kanan telah mencabut iklan tersebut. Beliau juga telah meletakkan barang-barang dirumah tersebut bagi menggambarkan seolah-olah rumah tersebut berpenghuni, supaya tidak ada yang bertanya tentang rumah tersebut. Dan beberapa perkara lagilah yang dilakukan oleh 'jiran' yang susah saya nak tulis disini. Tujuannya adalah satu, iaitu untuk merendahkan harga rumah tersebut supaya dia sendiri yang nak beli rumah tu...

Rumah ini masih 'dara'. Saya beli rumah ini dengan tujuan untuk duduk masa bertukar ke Putrajaya. Tapi tak sempat duduk sebab belum sempat Kementerian Kewangan pindah ke sana, saya dah balik Perak. Semua dah pasang, lampu dan 'grill'. Api dan air dah kena potong, sebab dah lama tinggal. Harga boleh dirunding.

Depan rumah ada tanah lapang dan taman permainan. Suraupun ada depan di tanah lapan tersebut.

Lokasi Rumah adalah seperti gambaran melalui Google Earth seperti di bawah. Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.




Category:
��
21:01 | Posted in
Seorang pelatih PTD, Norhashimah Wahid meninggal dunia semasa menjalani latihan ala komando. Latihan sebegini adalah sebahagian perkara yang terpaksa ditempuh oleh semua PTD. Beliau disyakki terkena pneumonia. Takziah saya ucapkan kepada keluarga allahyarhamah. Walau apapun yang diperkatakan, beliau telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. Allahyarhamah telah berjuang sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Seorang PTD sejati. Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya setiap insan pasti akan menemui maut dan apabila ia datang, tidak dapat diperlengahkan atau dipercepatkan walau sesaat. Itulah ketentuan Allah. Kepada sesiapa yang membaca posting ini, marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada allahyarhamah dan sama-sama berdoa agar beliau diampunkan segala dosa oleh Allah.
Category:
��
20:34 | Posted in
Category:
��
19:46 | Posted in
Cuba teka ini Jurus apa?

Category:
��
21:30 | Posted in
Ini adalah amalan Khatamun-Nubuwwah yang telah diajarkan kepada saya oleh kumpulan dari Pendang. Mereka adalah salah satu kumpulan pakar yang pernah datang ke rumah saya untuk berlawan dengan Jin Ular. Cerita tentang Jin Ular ada saya ceritakan serba sedikit dan sambungan mengenainya akan saya buat nanti.

1. Langkah pertama, print Khatamun-Nubuwwah (KN), seperti yang telah dicatatkan di sini.

2. Balut dengan plastik atau dengan apa cara sekalipun bagi mengelakkannya daripada basah terkena air.

3. Tapak tangan seperti dalam keadaan berdoa dan letak KN diatas tapak tangan.

4. Sambil memandang KN baca ayat KN tersebut seperti berikut:- Allahu La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah Muhammadan 'abduhu wa rasuluh, Tawajah, Haisu, Si'ta, Fainnaka, Mansur.

5. Selawat 11X/33X/99X, bergantung kepada kemampuan dan kekuatan hajat.

7. Kucup KN sambil niatkan sebarang hajat yang dikehendaki.

Selepas itu boleh disimpan di dalam kocek dan dibawa kemana-mana, diletakkan dipintu rumah sebagai pendinding, juga boleh disimpan didalam kereta untuk tujuan yang sama, boleh dijadikan pelaris dan sebagainya.

Wallahu'alam. Sekiranya anda mempunyai kaedah yang lain bolelah berkongsi bersama.
Category:
��
20:33 | Posted in
Tajuk: Ajaran Nasrul Haq

Fatwa:
Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Fatwa yang telah dibuat dan diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 11(2) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, 1977, telah disahkan oleh Majlis dan Fatwa tersebut adalah disiarkan di bawah ini mengikut seksyen 11(3) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Tahun 1977 sebagai berikut ;

Memandangkan ajaran Nasrul Haq bukan daripada ajaran Islam dan boleh membawa pengikut-pengikutnya menyeleweng daripada akidah Islam yang sebenar, maka dengan ini:-

1. Sumpah yang terkandung dalam bai'ah Nasrul Haq hendaklah dimansuhkan.
2. Ahli-ahli Nasrul Haq yang telah bersumpah dalam bai'ahnya hendaklah membayar kaffarah.
3. Perkataan khalifah hendaklah dimansuhkan.
4. Segala zikir hendaklah semata-mata kerana Allah.
5. Kegiatan berjurus hendaklah jangan dilakukan di Masjid-masjid di Surau-surau dan dikawasan/kawasannya.

Rujukan Pewartaan: No.466
Tarikh Pewartaan: 8 Jun 1978
Category:
��