23:06 | Posted in

Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia telah diasaskan oleh Shamsulazam bin Zulkifli pada awal tahun 1990. Saya telah menyertai persatuan ini pada 25 November tahun 1998 setelah terbaca mengenainya dalam sebuah akhbar tabloid. Kebetulan pusat latihan terletak di Gombak, dekat dengan rumah saya di Selayang. Pada ketika itu pengasas pertubuhan ini dikenali sebagai Ustaz Azam. Tetapi khabarnya sekarang ini anak-anak muridnya memanggil beliau sebagai Tuanku Azam.



Silat ini mempunyai latihan fizikal dan juga spiritual. Saya hanya mengambil bahagian spiritual sahaja dari silat ini dengan menyertai kursus tiga jam dan beberapa tahun kemudian kursus tiga hari. Dari segi spiritual, amalan-amalan tertentu dalam bentuk wirid dan doa diajarkan dalam masa tiga jam tersebut. Selepas itu diuji dengan menetak dan bersilat.



Ada beberapa pengalaman yang menarik sebaik sahaja saya menyertai silat ini. Antaranya, 'Pagar Ghaib', 'Sesat', berhadapan dengan penyeluk saku dan beberapa pengalaman lagi. Kalau ada masa nanti saya sambung.
Category:
��

Comments

2 responses to "Gayong Maarifat"

  1. Kradz Review On 19 February 2010 at 07:14

    Salam,
    Sila lawati
    http://freehosting.gayongmaarifatgroup.com
    untuk maklumat lanjut/pertanyaan email ke info@gayongmaarifatgroup.com

    Pendekar Setia Shaiful

     
  2. api_insaid On 13 April 2012 at 08:18

    m0hon copy paste ley?