Sebenarnya saya tidaklah meneroka keseluruhan negeri tersebut tapi cuma berada di Kuching iaitu ibu negeri Sarawak. Mungkin burung tersebut hanya berada di kawasan hutan. Tak pastilah saya. Tapi di Kuching ada sungai yang besar dalam bandar. Sepatutnya bolehlah burung tersebut berkeliaran di bandar. Bukankah Sarawak dikenali sebagai bumi Kenyalang. Sepatutnya burung ini boleh dilihat di mana-mana sahaja.
Gambar-gambar yang saya paparkan disini adalah gambar sebenar yang saya ambil di sini (kawasan pantai barat Perak). Sebenarnya sebelum saya dapat mengambil gambar-gambar tersebut saya telah beberapa kali melihat burung-burung tersebut di kawasan bandar. Saya pernah bertanya dengan kawan-kawan saya yang telah lama berkhidmat disini tentang burung tersebut. Ada yang tidak mengetahui mengenainya. Ada beberapa orang yang berkata, "oooh yang sepasang ituka?". Adakah ini bermakna cuma ada sepasang itu sahaja? Saya yakin tidak.
Pada suatu hari selepas sarapan pagi, saya terlihat sepasang burung tersebut berada di atas tiang lampu disebelah rumah. Saya dengan segera telah menyuruh anak saya masuk ke rumah dan mengambil kamera. Tiga gambar yang saya uploadkan di sini adalah gambar-gambar sebenar burung kenyalang yang berjaya saya tangkap...
0 responses to "Menangkap Kenyalang"