01:39 | Posted in

Gambar atas adalah Ford Ranger Raptor yang saya Google. Memang yang warna putih macam inilah yang mula-mula menarik perhatian saya masa terpandang di atas jalan. Sebelum ini pernah bersembang dengan satu kawan pasal kereta. Selain dari BMW, dia ada Ranger yang dia paling suka. Mungkin lepas cerita dia itulah saya mula tengok Ranger kalau terlintas di jalan.

Ada banyak jenis Ranger. Kalau campur yang buatan lama dan baru lagi banyak. Kalau campur lagi dengan trak-trak lain macam Navara, Triton, Hilux, Colorado dan lain-lain, lagi-lagilah banyak. Tak pasti kenapa tapi yang paling berkenan bila nampak Ranger warna putih dan hitam macam kat atas tu.

Yang saya tahu Ranger ada XL, XLT, Wildtrak dan semestinya Raptor. Raptor yang paling mahal. Harga dalam RM200,000. Paling murah XL. Harga dalam RM100,000. Harga untuk yang lain-lain Ranger adalah antara XL dan Raptor. Ada yang lagi murah tapi manual. Yang itu untuk buat kerja, harga dalam RM 80,000. Saya minat bukan sebab nak buat kerja tapi nak buat main (Big Boys Toys)

Sebab nak buat main dan nak yang paling murah saya beli XL. Tapi saya nak cuba ubah bentuk kepada seakan-akan Raptor yang paling hampir yang boleh, pada kos yang paling minima. Ada kawan suruh pergi Siam buat sebab banyak pilihan dan murah tapi satu hal nak cari masa nak pergi sana. Sini pun banyak. Made in China pun okay. Janji berubah wajah. Rosak, barang mana pun rosak. Dibawah adalah Ford Ranger XL asal yang saya beli.

No Plet pun baru nak pasang...

Tunggu next posting untuk proses transformasi Ranger XL ke Raptor.
Bersambung...
Category:
��
04:43 | Posted in






Akan mengisahkan proses transformasi Ford Ranger XL untuk kelihatan seperti Ford Ranger Raptor...ie aksesori dan kos2 yang terlibat .
Category:
��
17:59 | Posted in
Fridge Magnets Silver Fern aka All Blacks percuma...





Akan diberikan kepada yang berjaya meneka ketiga-tiga tempat dibawah dengan tepat ie Manila, Filipina...

3 unit akan diberikan kepada 3 peneka pertama yang tepat.


Gambar A




Gambar B





Gambar C

*Clue: Gambar 2 tu bukan di NZ

Sila letakkan jawapan di ruangan komen. 3 peneka tepat yang pertama komen sahaja akan dapat hadiah...Tutup bila dah dapat 3 pemenang...
Category:
��
07:41 | Posted in


AKAN DATANG...
Category:
��
23:07 | Posted in
Senangkan???

Category:
��
18:45 | Posted in

Sebelum cerita pasal musang king nak cerita pasal New Zealand (NZ) dulu. Sebabnya saya dah booking flight untuk ke Turkey Januari tahun depan. Ini adalah officially percutian keluarga. Betul2 pergi bercuti dengan ahli keluarga. Bukannya rombongan ofis atau ikut pergi meeting atau urusan rasmi. Setakat ni lawatan keluarga ni saya dah buat 3 kali,

1. New Zealand
2. Indonesia  dan
3. Australia

InsyaAllah Turkey akan jadi yang keempat. So cerita dulu pasal NZ.

Lawatan bermula pada 1 Julai 2017. NZ terdiri daripada 2 pulau besar, iaitu North Island  dan South Island. Saya dan keluarga ke Auckland dulu di North Island. Tempat2 menarik yang dilawati di North Island adalah di Hobbiton, Hamilton, Rotorua selain daripada sekitar Auckland....

Manakala di South Island kami menginap di Queenstown. Banyak masa dihabiskan di Queenstown sebab tempat dia memang cantik. Sempat drive sampai Dunedin. Ada beberapa tempat lagi yang dapat drive dekat2 situ tapi dah tak ingat nama.

Lawatan ini kami tak menggunakan mana2 tour agency. Cuma beli tiket kapalterbang, sewa apartment dan kereta. Lepastu dah sampai sana google tempat2 menarik. Makan sebelum jumpa Papparich kami banyak makan restoran kebab. Ni masa di Auckland.

Di Queenstown selain makan kebab. Jumpa kedai makanan India yang ada tulis halal. Masa di Dunedin jumpa kedai makan nama Kuala Lumpur. Tapi owner orang Sri Lanka yang buat masakan Malaysia.

Lebih kurang 10 hari disini rasa macam tak nak balik. Menarik NZ ni. Patutlah ada satu jutawan yang saya kenal secara resmi tu pergi bercuti di NZ hampir setiap tahun. Natural beauty lah tempat 2 kat sini... Sayang depa kalah semi final World Cup Rugby baru2 ni. Tapi nasib baik kalah dengan England.

MASIH DI MALAYSIA 





NORTH ISLAND

Kampung Hobbit, Lord of the Ring

Rotorua

Excited tengok ladang 

SOUTH ISLAND 


Acah2 Beraya di Perantauan 


Queenstown 

Bersambung...
Category:
��
05:54 | Posted in
Selepas terbengkalai bertahun2. Tiba2 blog ni dapat perhatian...

Bermula dengan friend request, selepas approved dapat messenger ni:-


Terbaru dapat mesej dari kawan macamni:-

Next posting mungkin akan berblog pasal Musang King...

Bersambung...
Category:
��