06:05 | Posted in

Bolasepak, The 25th SEA GAMES 2009, Malaysia menang, 3-1, tahniah, good luck in the final...

Category:
��
05:40 | Posted in
Saya berasa amat teruja kerana terdapat komen dari Joserizal bin Haji Johannes Choeldi ditinggalkan di blog ini pada penulisan saya tentang jurus-jurus Nasrul Haq. Seperti yang pernah saya catatkan terdahulu Allahyarham Tuan Haji Johannes Choeldi adalah pengasas Nasrul Haq di Malaysia. Terima kasih dan salam perkenalan daripada saya. Catatan komen beliau adalah seperti berikut:-

"asww
perkenalkan saya joserizal bin haji johannes choeldi,anak dari almarhum khalifah nasrul haq.saya sendiri ikut dulu mengembangkan perguruan nasrul haq di malaysia.
nasrul haq ,sangat berpengaruh pada thn 70 dan sampai thn 80,yang mana berjasa membangkit kan percaya diri bangsa melayu untuk bangkit.dari ancaman bangsa lain,mudah2an semua anggota nasrul haq yang masih ada di malaysia selalu menjaga persaudaraan,dan negara.sebagaimana baiat dari sumpah persaudaraan."

"asww
bagi saudara2 yang berminat untuk lebih tahu dan berminat untuk konsultasi mengenai nasrul haq,insya allah saya akan berusaha untuk menjawab dan memberikan petunjuk dan memberikan masukan valid mengenai sejarah nasrul haq di malaysia.mudah2 saudara kita yang di malaysia yang mana di awal tahun 80 .hampir satu juta rakyat,malaysia menjadi anggota persaudaraan nasrul haq(yang terdaftar).wassalam .jose rizal bin haji johannes. jrizal.inon@gmail.com"
Category:
��
19:27 | Posted in
Semasa zaman saya Kursus Diploma Pengurusan Awam Intan dijalankan selama 9 bulan. Kursus ini adalah dianggap sebagai Post-Graduate memandangkan kesemua yang mengikuti kursus telahpun mempunyai Basic Degree. Zaman-zaman sebelum saya kursus ini pernah dijalankan selama setahun dan peserta-peserta kursus dipanggil Kadet PTD. Sekarang dipanggil sebagai peserta DPA. Kadet lagi sedap rasanya. Bunyi garang sikit...

Kursus ini dibahagikan kepada beberapa modul. Secara amnya modul-modul terbahagi kepada dua iaitu modul dalam dan modul luar. Modul dalam diadakan di INTAN dengan mengikuti kursus-kursus seperti, Bahasa Inggeris, Perlembagaan, Metodologi Kajian, Pembangunan Wilayah dsb. Dah tak ingat...

Modul luar diadakan di luar INTAN. Modul-modul tersebut adalah Tentera, Polis, Bomba, Sabah/Sarawak, Bina Semangat dan Kenegaraan. Gambar dibawah adalah semasa mengikuti kursus Polis di Maktab Polis Kuala Kubu Baru. Gambar diambil semasa di Lapangan Sasar sedang mengikuti kursus menembak.

Modul ini adalah Modul Luar yang kedua selepas Tentera. Disini yang pastinya, mesti belajar berkawad, hari-hari kawad. Diberi pengalaman mengawal trafik di KL pada waktu puncak. Buat raid di kelab-kelab malam pada malam minggu. Meronda KL mencari penjenayah dan dapat tangkap beberapa penagih dadah. Tahan Mat Rempit. Menembak. Itu saja yang ingat...

Kalau tengok gambar dibawah PTD ni dah open kepada pelbagai bangsa dah lama dah. Boss-boss saya yang dah senior tupun ada dari pelbagai bangsa...Gambar bernilai lebih dari seribu perkataan. Bertanggungjawablah kepada negara apabila berkata-kata. Jangan semborono.

Tapi jangan ingat gambar ni lama sangat. Polis dah pakai baju biru gelap dah masa ni, cuma kami yang pakai baju lama...

Jaya, Chin Too (Siam), Cikgu, Tan Beng Swee, Blogger, Mano, Patrick dan Yang Thai
Category:
��
04:04 | Posted in

Bebola Rubik




Kiub Rubik Pelbagai Saiz
Category:
��
05:56 | Posted in
Video Pengalaman Bersama Arwah Pak Wan



Baru ni Raya balik kampung, kebetulan pergi Taiping ada open house lalu ikut Kamunting. Teringat nak lalu rumah arwah Pak Wan, Bomoh Fotostat @ Buluh Kuning di Kampung Jana. Lengang sejak Pak wan pergi buat selama-lamanya. Kereta Mercedes, WBM _ _ _ _, masih ada. Kata pembantu arwah, Ibrahim namanya, kami panggil Pak Brahim, WBM bermaksud Wan Bomoh Malaysia. Lampu rumah menyala macam ada orang tinggal. Tak pasti siapa? Kalau dulu-dulu masa-masa macam saya lalu tu dah ramai orang tunggu kecuali kalau arwah tak berubat pada hari tu. Pembantu arwah akan tunggu beritahu yang arwah tak berubat. Al-Fatihah...
Rumah Pak Wan di Kampung Jana, Kamunting.
Category:
��
08:29 | Posted in

Retro habis,siapa ni dan buat apa tu?
Category:
��
07:53 | Posted in
Sudah menjadi kebiasaan setiap kali Ramadan, DYTM Raja Muda Perak akan berbuka puasa di Mesjid-mesjid di setiap daerah. Bagi daerah-daerah pula pada kebiasaannya akan memilih mesjid yang belum dirasmikan supaya majlis berbuka puasa tersebut disertakan juga dengan majlis perasmian mesjid dan beberapa acara lagi.



Kalau gambar dibesarkan lagi saya ada disebelah Pengerusi Mesjid yang berbaju merah tu.


Tahun dulu saya relax saja, tapi kali ni kena stress sikit, sebab boss tak ada, nasib baik sebelah sana dah penuh dengan para VVIP, berdirilah saya disebelah satu lagi...
Category:
��