Category:
��
05:28 | Posted in
Ahad, 10 Mei 2009



Category:
��
06:54 | Posted in
Dulu saya dah pernah tempah sekali, masa konvokesyen Diploma Pengurusan Awam atau DPA, lebih terkenal dengan baju P.T.D. atau Pegawai Tadbir dan Diplomatik, tapi dah lama dah. Lebih sepuluh tahun dulu. Baru-baru ini saya dapat maklumat bahawa saya akan dianugerahkan dengan Pingat Ahli Mahkota Perak (A.M.P.). Mula-mula kena ambil A.M.P. dulu. Lepas tu P.M.P., lepas tu pulak kalau ada rezeki D.P.M.P. (bergelar Dato'). Lambat lagila nak dapat Dato'. Hari penganugerahan pingat A.M.P. tersebut telah ditetapkan pada 12 Mei 2009. Raptai untuk Majlis tersebut adalah pada 11 Mei 2009.

Pada asalnya, saya cuma nak tempah baju melayu sahaja sebab lepas tu boleh pakai semula untuk hari raya atau apa. Kalau pakai No. 1 Dress atau Baju Istiadat, lepas ni tak boleh pakai pergi mana-mana dah. Tapi nak buat macamana, tanya kawan-kawan semua kata mesti pakai No.1. Buat ajelah.
Untuk buat baju ni saya teringat satu kedai yang saya pernah tempah baju ni kira-kira 2 tahun dulu. Tapi bila dia panggil fitting saya tak pergi. Saya saja tempah pada masa tu sebab dah lama saya tak tempah baju ni. Ikut kelayakkan saya boleh tempah 3 tahun sekali. Sajala saya tempah masa tu kalau-kalau nak pakai takla kalut sangat. Tapi saya tak pergi fitting sebab keadaan tak mendesak sangat.

Nasib baik baru-baru ni pergi kedai yang berkenaan, baju tempohari masih ada. Terus saya buat fitting dan sekarang dah siap dahpun. 5 hari aje dah siap. Tapi masalahnya pula adalah kedai ni tak tahu nak buat songkok. Peningla pulak. Mana nak cari songkok. Nampak gayanya kedai ni macam tak pernah buat baju No. 1. Habisla saya. Dia kata bawa songkok sendiri, nanti dia bubuh lambang. Saya tanya, takkan tak dak lining? Tokeh kedai kata mana ada lining. Ah sudah. Habisla.


Terpaksalah saya bertanya dengan kawan-kawan merata-rata. Semua kawan-kawan saya merasa hairan. Kedai tu tak tau buat. Patut dia tahu macamana nak buat dengan songkok sekali. Kenapa tak pergi kedai ni, kenapa tak pergi kedai tu. Macam-macam lagilah kata kawan-kawan. Tapi hari saya pergi tempah baju saya nampak dekat-dekat dengan kedai tu ada satu kedai lagi. Siap gantung No.1 Dress.

Oleh itu, sebaik sahaja saya ambil baju yang dah siap tu dan mengesahkan bahawa kedai tu tak tahu nak buat songkok. Saya ke kedai sebelah. Tokeh kedai siap keluarkan gambar sekali. Macamana nak buat songkok tu. Lining dimana. Lining Pegawai lain, Setiausaha Kerajaan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri lain dan Ahli Majlis Mesyuarat lain. Lambang di mana. Saya kembali bersemangat. Dia tahu nak buat. Tapi dia suruh saya pergi beli songkok dan tinggalkan di kedai beliau 2/3 hari. Hari Jumaat ni saya nak pergi ambil songkok. Tapi baju dah...
Category:
��
06:36 | Posted in
Category:
��
19:26 | Posted in
Tomok telah ditabalkan sebagai juara One in a Million musim ketiga (OIAM3).Tak sia-sia saya habiskan lebihkurang RM 100. Mungkin lebih dari itu sebab bilnya belum sampai, baru semalam guna. Dengan handphone saja setelah saya kira reply dari 33399 ada 43 reply. Setiap kali saya hantar undi akan ada reply dari 33399 ucap terima kasih sebab bagi dia orang kaya. Jumlah reply yang saya terima ada 43, jadi 43 kalilah jumlah undi yang saya hantar untuk memenangkan Tomok. Kalau satu sms 50 sen maka 50 sen kali 43 sama dengan RM21.50. Itupun saya tak masuk dengan handphone anak saya, tak pasti berapa, tapi tak banyak sangat lebih kurang RM6.00 sahaja sebab baki ada RM8.00, selepas undi tinggal RM2.00.

Dicampur pula lagi dengan telefon talian tetap di rumah. Disebabkan oleh talian 33399 mengalami kesesakan saya tak lagi guna talian tu sebab replynya dah lambat terima. Jadi kenapa nak buang masa. Terus saya guna talian tetap. Satu undi RM0.65, lagila mahal. Tak kira pula saya berapa kali saya dail. Banyak jugalah, lebih-lebih lagi bila saya dengar pengacara cakap Tomok sedang mendahului sedikit sahaja dengan saingan terdekat, iaitu Esther. Sepanjang-panjang iklan saya terus undi sampailah undian ditutup.

Tapi semuanya ini saya buat bukan sebab saya suka sangat dengan Tomok ni. Saya tak nak kejadian-kejadian sebelum ini berulang lagi. Sebelum ini Faizal Tahir cukup gah di OIAM. Para juripun cukup suka dengan beliau. Tapi beliau ditewaskan oleh faktor-faktor lain yang saya tidak hendak huraikan di sini. Begitu juga dengan Nita semasa Malaysian Idol dulu. Dia yang mendapat pujian juri sebagai pemenang. Tapi faktor lain telah menewaskan dia. Malam tadi juripun cakap Tomok yang patut menang. Dan dia menang...Tahniah saya ucapkan kepada beliau.
Category:
��
03:31 | Posted in
Mungkin ini adalah logo Nasrul Haq, yang saya jumpa di WWW...


Category:
��
02:48 | Posted in
Warganegara Indonesia yang juga guru silat yang saya maksudkan adalah Tuan Haji Johanes Choeldi, pengasas ilmu Nasrul Haq. Manakala Tan Sri Abdul Samad Idris adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk ilmu tersebut ke negara ini. Sekurang-kurangnya itulah kefahaman saya pada ketika itu. Setelah bersembang beberapa ketika dan menjamah hidangan yang disediakan tetamu-tetamu tersebut menaiki kereta arwah ayah saya bersama-sama dengan saya dan arwah ibu. Itulah adalah antara kenangan yang manis sekali bagi saya, saya menaiki satu kereta bersama-sama dengan pengasas Nasrul Haq. Kami berangkat menuju kesebuah padang sekolah. Padang sekolah tersebut adalah padang sekolah saya. Disitulah selepas itu saya bermain mewakili sekolah rendah dalam permainan bolasepak. Tetapi untuk separuh masa sahaja.


Setibanya kami di sana ramai yang telah menunggu. Wah, ramainya orang. Kalau tidak salah saya malam tersebut adalah Majlis Tamat Latihan Gelanggang Nasrul Haq Peringkat Daerah. Beberapa rakan-rakan sekolah saya kelihatan turut berada di sana. Meriah sungguh malam itu, begitu ramai sekali tetamu-tetamu yang hadir. Saya duduk di khemah tetamu bersama-sama dengan Tan Sri Samad, Tuan Haji Johanes, serta kedua-dua arwah ayah dan ibu saya. Pada zaman itu, sekiranya ada majlis-majlis yang diadakan di padang-padang awam atau sekolah ramai yang akan hadir. Tetapi sekarang ini sambutan terhadap majlis-majlis yang diadakan tidaklah semeriah seperti dulu-dulu. Mungkin disebabkan oleh terlalu banyak rancangan yang menarik yang disiarkan di Television.


Majlis dimulakan, seperti kebiasaannya, beberapa ucapan diberikan, arwah ayah memulakan ucapan beliau diikuti oleh Tan Sri Samad. Seingat saya, Tuan Haji Johanes tidak memberikan ucapannya tetapi sebaliknya merasmikan majlis. Selepas itu ketiga-ketiga mereka dibawa untuk bersalam-salaman dan kerkenalan dengan para ahli Persaudaraan. Para pesilat seingat saya pada masa itu tidak memakai uniform silat. Sebaliknya hanya memakai baju-t berwarna kelabu berlogo Nasrul Haq. Selepas bersalaman ketiga-tiga mereka balik ke khemah tetamu dan duduk di tempat masing-masing. Saya teruja, pertunjukkan akan dimulakan tidak lama lagi.

Bersambung...
Category:
��