20:33 | Posted in
Tajuk: Ajaran Nasrul Haq

Fatwa:
Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Fatwa yang telah dibuat dan diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 11(2) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, 1977, telah disahkan oleh Majlis dan Fatwa tersebut adalah disiarkan di bawah ini mengikut seksyen 11(3) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Tahun 1977 sebagai berikut ;

Memandangkan ajaran Nasrul Haq bukan daripada ajaran Islam dan boleh membawa pengikut-pengikutnya menyeleweng daripada akidah Islam yang sebenar, maka dengan ini:-

1. Sumpah yang terkandung dalam bai'ah Nasrul Haq hendaklah dimansuhkan.
2. Ahli-ahli Nasrul Haq yang telah bersumpah dalam bai'ahnya hendaklah membayar kaffarah.
3. Perkataan khalifah hendaklah dimansuhkan.
4. Segala zikir hendaklah semata-mata kerana Allah.
5. Kegiatan berjurus hendaklah jangan dilakukan di Masjid-masjid di Surau-surau dan dikawasan/kawasannya.

Rujukan Pewartaan: No.466
Tarikh Pewartaan: 8 Jun 1978
Category:
��
16:50 | Posted in
Ceritanya bertajuk Haq. Dari trailer, ada nampak macam Nasrul Haq sikit, macam Dragon Ball ada sikit, macam The Covenantpun ada...Good Job bro!!! Tq Anonymous On 21 April 2010 09:42 yang beri komen yang ke 34 dalam penulisan "Jurus Pertama Nasrul Haq", for the info...

Category:
��
17:14 | Posted in

Dibeli di Perhentian R n R Plus dalam perjalanan ke Port Dickson beberapa tahun yang lalu. Semasa anak saya membayarnya penjual ada menceritakan kepada anak saya tentang cara-cara mengamalkannya. Harganya RM10. Saya gantung dalam kereta. Anak saya tak ingat cara yang diajarkan oleh penjual tersebut. Tetapi cara yang diajarkan oleh Arwah Ustaz Mat Nahu akan diblogkan nanti.

Ada satu kedai makan disini, punyalah ramai orang sampai berebut -rebut kerusi nak makan. Saya nampak ada Khatamun Nubuwwah dalam bentuk frame yang besar digantung di kaunter. Saya pernah tanya juruwang kedai tersebut mana dapat? Dia cakap dia beli di kedai frame. Setiap kali saya lalu kedai jual frame seni khat saya cuba cari, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Menurut salah seorang anak murid Arwah Ustaz Mat Nahu, Khatamun Nubuwwah boleh dijadikan doa untuk pelbagai hajat.
Category:
��