Shamar Store

05:56 | Posted in
Baru ni Raya balik kampung, kebetulan pergi Taiping ada open house lalu ikut Kamunting. Teringat nak lalu rumah arwah Pak Wan, Bomoh Fotostat @ Buluh Kuning di Kampung Jana. Lengang sejak Pak wan pergi buat selama-lamanya. Kereta Mercedes, WBM _ _ _ _, masih ada. Kata pembantu arwah, Ibrahim namanya, kami panggil Pak Brahim, WBM bermaksud Wan Bomoh Malaysia. Lampu rumah menyala macam ada orang tinggal. Tak pasti siapa? Kalau dulu-dulu masa-masa macam saya lalu tu dah ramai orang tunggu kecuali kalau arwah tak berubat pada hari tu. Pembantu arwah akan tunggu beritahu yang arwah tak berubat. Al-Fatihah...


Rumah Pak Wan di Kampung Jana, Kamunting.
Category:
��
08:29 | Posted in

Retro habis,siapa ni dan buat apa tu?
Category:
��
07:53 | Posted in
Sudah menjadi kebiasaan setiap kali Ramadan, DYTM Raja Muda Perak akan berbuka puasa di Mesjid-mesjid di setiap daerah. Bagi daerah-daerah pula pada kebiasaannya akan memilih mesjid yang belum dirasmikan supaya majlis berbuka puasa tersebut disertakan juga dengan majlis perasmian mesjid dan beberapa acara lagi.



Kalau gambar dibesarkan lagi saya ada disebelah Pengerusi Mesjid yang berbaju merah tu.


Tahun dulu saya relax saja, tapi kali ni kena stress sikit, sebab boss tak ada, nasib baik sebelah sana dah penuh dengan para VVIP, berdirilah saya disebelah satu lagi...
Category:
��
Category:
��
19:08 | Posted in


Maaf Zahir dan Batin

Jika ada tersilap dari segi apa-apapun...
Category:
��
23:06 | Posted in

Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia telah diasaskan oleh Shamsulazam bin Zulkifli pada awal tahun 1990. Saya telah menyertai persatuan ini pada 25 November tahun 1998 setelah terbaca mengenainya dalam sebuah akhbar tabloid. Kebetulan pusat latihan terletak di Gombak, dekat dengan rumah saya di Selayang. Pada ketika itu pengasas pertubuhan ini dikenali sebagai Ustaz Azam. Tetapi khabarnya sekarang ini anak-anak muridnya memanggil beliau sebagai Tuanku Azam.



Silat ini mempunyai latihan fizikal dan juga spiritual. Saya hanya mengambil bahagian spiritual sahaja dari silat ini dengan menyertai kursus tiga jam dan beberapa tahun kemudian kursus tiga hari. Dari segi spiritual, amalan-amalan tertentu dalam bentuk wirid dan doa diajarkan dalam masa tiga jam tersebut. Selepas itu diuji dengan menetak dan bersilat.



Ada beberapa pengalaman yang menarik sebaik sahaja saya menyertai silat ini. Antaranya, 'Pagar Ghaib', 'Sesat', berhadapan dengan penyeluk saku dan beberapa pengalaman lagi. Kalau ada masa nanti saya sambung.
Category:
��
21:25 | Posted in


Pemegang Rekod Dunia Kiub Rubik, Erik Akkersdijk , dari Belanda dengan kepantasan 7.08 saat.
Category:
��
23:20 | Posted in
Berikut disenaraikan Laman Web yang berada di senarai top ten dunia:-

  1. Google
  2. Yahoo!
  3. Facebook
  4. YouTube
  5. Windows Live
  6. Wikipedia
  7. Blogger.com
  8. MSN
  9. Baidu.com
  10. Yahoo! Jepun
-
-
-
6,595,332. langkahalam.blogspot.com
Category:
��
21:40 | Posted in
Saya adalah pemegang talipinggang biru Kalari Payat Malaysia. Buat sementara, saksikanlah dulu video ini...

Category:
��
23:10 | Posted in
Jurus yang ketiga dalam Nasrulhaq dikenali sebagai "Sogok Terlentang". Cara membuatnya adalah sama seperti Jurus Kedua, cuma tapak tangan menghadap ke bawah. Itu sahaja...
Category:
��