04:56 | Posted in
"This is it: The Last Concerto." Pada bulan Julai nanti dunia akan menyaksikan persembahan Michael Jackson yang terakhir. Persembahan tersebut adalah Majlis Pengkebumian Michael Jackson sendiri. Ikuti video berikut...beliau sendiri yang mengumumkan bahawa: "...this is it, this is really it...these gonna be the final curtain call..." He knew it was coming, I presumed???

Category:
��
17:08 | Posted in
Saya difahamkan bahawa demam PAC telahpun bermula. Patutlah semasa saya berkursus di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) di Behrang minggu lepas beberapa tanda PAC telah mula ditampalkan. Untuk makluman INSTUN adalah salah satu tempat di mana PAC diadakan selain daripada INTAN Kampus Utama dan cawangan-cawangannya.

Saya pernah beberapa kali menjadi panel PAC ini. Tetapi mulai tahun lepas saya telah tidak lagi dipanggil. Format PACpun saya difahamkan juga telah berubah. Walau apapun disini saya hanya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berjaya kepada peserta-peserta. Nasihat saya, buatlah yang terbaik.

Biasalah PAC ni,beberapa aktiviti, akan diadakan seperti perbincangan, perdebatan, pengucapan awam dan sebagainya. Itu kalau ikut format dulu. Tapi saya yakin, tak banyak yang akan berubah. Jadilah orang yang banyak menyumbang idea semasa sesi-sesi tersebut. Bagi panel nampak...
Category:
��
06:05 | Posted in



Ben, the two of us need look no more
We both found what we were looking for
With a friend to call my own
I'll never be alone
And you, my friend, will see
You've got a friend in me
(you've got a friend in me)

Ben, you're always running here and there
You feel you're not wanted anywhere
If you ever look behind
And don't like what you find
There's something you should know
You've got a place to go
(you've got a place to go)

I used to say "I" and "me"
Now it's "us", now it's "we"
I used to say "I" and "me"
Now it's "us", now it's "we"
Ben, most people would turn you away
I don't listen to a word they say
They don't see you as I do
I wish they would try to
I'm sure they'd think again
If they had a friend like Ben
(a friend) Like Ben
(like Ben) Like Ben
Category:
��
20:15 | Posted in

Nama-nama Kesemua 17 Jurus Nasrulhaq adalah seperti berikut:-

1. Kepal,

2. Sogok Terlentang,

3. Sogok Terlungkup,

4. Siku Dua,

5. Sogok Terlentang Kebawah dan Kehadapan,

6. Sogok Terlungkup Kebawah dan Kehadapan,

7. Stir,

8. Kewal,

9. Lewatan,

10. Tended,

11. Siku Satu,

12. Gilis,

13. Pitis,

14. Kendor,

15. Buka Sogok,

16. Sogok Ke atas dan Kebawah, dan

17. Seperempat Alif.
Category:
��
06:15 | Posted in

Semasa saya mula-mula berkhidmat sebagai PTD, kesemua Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan berselerak di sekitar Kuala Lumpur. Sekarang hampir kesemuanya telah ditempatkan di Putrajaya. Saya sebenarnya tak sempat berkhidmat di sana kerana Kementerian Kewangan, iaitu, Kementerian terakhir saya masih belum berpindah semasa saya bertukar ke Perak.

Pegawai Tadbir dan Diplomatik: Dari Putrajaya ke Selama, ini sebenarnya lebih kepada untuk memberi sedikit gambaran tentang bidang tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik atau PTD. Banyak teori-teori telah ditulis di www(internet) tentang hal tersebut. Bidang tugas PTD telah dinyatakan sebagai merancang kepadalah menyelia perkara-perkara dari Ekonomi kepada Keselamatan.

Perkara di atas akan saya huraikan sedikit demi sedikit. Saya juga akan cuba mengaitkan perkara tersebut dengan pengalaman saya sendiri berkhidmat dengan beberapa buah Kementerian dan Agensi dari mula perkhidmatan sehingga sekarang. Sementara itu, kalau sudi, tengok-tengoklah beberapa gambar kenangan yang masih tersimpan sepanjang perjalanan dari Putrajaya ke Selama...



Semasa Kursus DPA

Berkhidmat di MITI Semasa Sidang G15

Kementerian Kewangan, Selepas Memberi Taklimat di JPM



Sambutan 5o Tahun Merdeka di Selama
Category:
��
03:25 | Posted in
Category:
��
21:03 | Posted in
Ini ada berita yang saya baru terima kira-kira pukul 10.00 pagi tadi. Pak Wan yang terkenal sebagai Bomoh Fotostat telah meninggal dunia pada pukul 4.00 pagi tadi 13 Jun 2009, akibat sakit jantung. Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga beliau.
Category:
��
02:07 | Posted in

Video Pengalaman Bersama Arwah Pak Wan

Terlanjur bercerita tentang Pak Wan, teruja pula saya untuk menceritakan tentang kebolehan yang ada pada hamba Allah ini. Oleh itu satu posting khas ditujukan kepada beliau. Saya mula-mula berkenalan dengan Pak Wan ini apabila kawan saya menghadapi masalah. Kawan saya itu adalah seorang kontraktor. Apabila siap satu projek beliau sangat yakin yang projek itu telah dibina dengan sebaik mungkin. Beberapa orang pakar teknikal yang dijemput untuk memeriksa projek tersebut juga yakin yang binaan tersebut adakah kukuh. Walaubagaimanapun terdapat sedikit kecacatan kepada projek tersebut dan dia yakin yang itu adalah sabotaj. Dipendekkan cerita beliau dan saya pergi ke rumah Pak Wan yang disyorkan oleh kawan-kawan. Difahamkan bahawa Pak Wan boleh memberikan gambar orang yang menganiaya seseorang. Jika seseorang itu kehilangan sesuatu, Pak Wan boleh memberikan gambar orang yang mencuri barang kita itu. Setibanya kami ke rumah Pak Wan pada malam tersebut, ramai sungguh orang yang sedang menunggu di rumah beliau. Kebanyakkannya adalah kes curi seperti, kereta hilang, duit hilang atau komputer hilang. Tak sabar rasanya nak tahu, macamana gambar orang yang menganiaya seseorang itu boleh dihasilkan? Takut juga nak jumpa bomoh ni. Setelah menunggu agak lama, sampailah giliran kami. Kami dipanggil untuk berjumpa dengan Pak Wan. Pak Wan bertanya tentang hajat kami dengan nada yang berseloroh. Baik rupanya Pak Wan ni. Pak Lawak orangnya. Setelah kawan saya menceritakan hajat beliau Pak Wanpun memulakan kerja beliau. Keluarlah gambar, kawan-kawan juga yang buat aniaya rupanya... Bagaimanakah gambar itu dihasilkan dan apakah proses-proses yang dilakukan sebelum gambar terhasil? Bukan tiba-tiba saja keluar dari langit, ada proses-prosesnya. Cukup mengagumkan. Memang gambar, hitam putih, bukan setakat lakaran. Nantilah, pada posting yang akan datang. Lagipun penulisan ini dah panjang dahpun. Nanti bosan pula nak baca. Bersambung...
Category:
��
07:26 | Posted in
Ini adalah kisah benar, pengalaman saya berlawan dengan hantu ular. Di dalam Islam tidak ada hantu tetapi ada alam ghaib yang antaranya didiami oleh Iblis dan Jin. Difahamkan bahawa mereka ini boleh merupa atau menukar bentuk. Mungkin mereka adalah hantu yang sebenarnya. Gambar di bawah adalah rumah yang saya diami suatu ketika dahulu. Rumah tersebut adalah Rumah Rasmi Kerajaan. Rumah lama yang mungkin telah berusia seratus tahun. Di situlah kejadian itu berlaku.




Gambar di bawah ini pula adalah gambar ular. Ya ular! Kalau seekor atau dua ekor sahaja mungkin boleh dianggap sebagai perkara biasa. Tetapi seratus ekor ular yang dijumpai di dalam rumah. Mungkin biasa bagi Raja Ular, tetapi tidak bagi orang biasa. Gambar ini adalah antara gambar-gambar yang berjaya dirakamkan. Ianya dirakam hanya dengan menggunakan Kamera Handphone jenama Samsung. Ada lagi gambar di dalam video kamera yang sedang saya usahakan untuk disimpan dalam komputer. Nantilah sedang mencari kabel untuk disambung dengan komputer. Doakan saya berjaya uploadkan gambar-gambar tersebut.



Sebenarnya ada lagi gambar-gambar yang ditangkap dengan menggunakan kamera biasa. Iaitu kamera yang menggunakan filem. Gambar-gambar itu lagi best sebenarnya. Ianya diambil semasa operasi dijalankan bersama-sama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (Perhilitan) atau lebih dikenali dengan Mergastua oleh orang-orang lama. Turut terlibat adalah Jabatan Bomba dan kontraktor. Operasi tersebut adalah untuk mencari sarang ular tersebut.

Menurut Perhilitan kalaulah begitu bilangan ular-ular tersebut sudah tentu ada sarangnya dirumah. Operasi adalah untuk mencari sarang ular disekitar rumah. Bumbung rumah dibuka satu persatu oleh kontraktor tapi gagal menemuinya. Tapi pada hari tersebut sahaja, hampir 20 ekor berjaya dikesan dan disimpan di dalam balang. Kawan saya mengambil gambar ular-ular tersebut yang di dalam balang. Tapi apabila dihantar ke kedai gambar untuk dicuci, gambar-gambar tersebut rosak.



Ikuti kisah ini selanjutnya. Kisah saya berperang dengan hantu ini. Untuk memerangi hantu ini, mujurlah saya ada sedikit bekalan. Bekalan dalam bentuk Ilmu Gayong Maarifat dan Wajibal Ujud. Saya juga dibantu oleh pakar-pakar yang tertentu yang mahir dalam bidang ini. Lebih kurang sepuluh orang pakar-pakar terlibat dalam peperangan ini daripada yang handal kepada yang kurang handal termasuk yang penipu.

Antaranya adalah bomoh-bomoh tempatan, bomoh siam, pakar dari Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Pendang. Ada yang datang kerumah dan ada yang bekerja dari jauh. Pakar yang paling menarik perhatian saya adalah Pak Wan Bomoh Fotostat @ Buluh Kuning dari Kampung Jana. Memang terkenal Pak Wan ni, ilmu dia cukup istimewa. Siap boleh bagi gambar dan boleh menjelmakan ular tersebut di dalam buyung. Wow. Manakala pakar yang paling berkesan adalah Arwah Pak Mail Kampung Manjoi yang juga merupakan guru yang mengajarkan saya Wajibal Ujud. tak nampak hebat, tapi berkesan. Nantikan kisah ini selanjutnya...Bersambung.
Category:
��
04:06 | Posted in
Lapan langkah untuk menyelesaikan Kiub Rubik atau Kiub Warna.


Langkah 1: Lengkapkan satu muka seperti di Rajah 1.


Rajah 1


Langkah 2: Lengkapkan Lapisan Kedua seperti di Rajah 2
.

Rajah 2

Tidak perlu menggunakan formula untuk melengkapkan Langkah 2. Akan tetapi, jika anda menghadapi masalah boleh menggunakan formula dengan klik pada gambar di Rajah 2.


Langkah 3: Jadikan kiub seperti di Rajah 3.

Rajah 3

Langkah 4: Lengkapkan Lapisan Kedua seperti di Rajah 4.


Rajah 4


Tugas anda adalah samada untuk mengisi warna di sebelah kiri atau kanan kerana warna di tengah adalah sama.


Rajah 5


Untuk mengisi di di kiri, iaitu dari "A" ke "B" seperti di Rajah 5, formulanya adalah seperti berikut:-




Rajah 6


Untuk mengisi di di kanan, iaitu dari "A" ke "C" seperti di Rajah 6, formulanya adalah seperti berikut:-




Langkah 5: Jadikan palang dari salah satu kedudukan di bawah.

Dengan menggunakan formula seperti berikut:-





Palang akan terhasil selepas sekali atau beberapa kali menggunakan Formula Buat Palang.


Jika palang seperti ini, terus ke Langkah 7


Jika palang seperti ini ulang Langkah 5


Jika palang seperti ini, terus ke Langkah 6

Langkah 6: Memindahkan palang seperti di bawah.



Formulanya adalah seperti berikut:-



Langkah 7: Memindahkan bucu-bucu seperti di bawah. Bucu yang betul berada di sebelah belakang kiri.


Formulanya adalah seperti berikut:-


Langkah 8: Membetulkan bucu-bucu seperti di bawah. Pastikan bucu-bucu yang hendak dibetulkan berada di sebelah kanan.

Formula yang digunakan adalah seperti berikut:-


Selamat Mencuba!

Category:
��
20:39 | Posted in
Pelajari beberapa Street Magic atau silap mata jalanan ala David Blaine atau Fuyo Magic...

Category:
��
02:29 | Posted in

Pada posting yang terdahulu bertajuk Macamana Nak Masuk PTD? saya ada menulis bahawa untuk memasuki Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik perlulah melalui beberapa proses. Proses yang pertama adalah Ujian, diikuti dengan PTD Assesment Center (PAC), Temuduga dan akhir sekali mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Proses-proses itu akan cuba saya ceritakan satu persatu. Walaubagaimanapun saya akan bercerita dari belakang. Iaitu bermula dengan DPA sehinggalah kepada ujian. Mengenai DPA pula saya akan juga bercerita dari belakang, iaitu tentang Makan Malam Beristiadat. Tapi jangan anggap yang saya suka main belakang.

Makan Malam Beristiadat diadakan di akhir kursus DPA, iaitu selepas konvokesyen. Makan Malam ini merupakan majlis yang amat ditunggu-tunggu, kalau bukan oleh orang lain, sekurang-kurangnya oleh saya. Antara sebab-sebab kenapa ianya ditunggu-tunggu adalah seperti berikut.

Tamatlah sudah kursus DPA yang pada zaman saya makan masa selama sembilan bulan. Sekarang ni tinggal enam bulan sahaja. Dulu-dulu makan satu tahun. Penat juga kursus ni. Yang letih dan mencabar adalah kursus-kursus luar. Dengan tenteranya, polisnya, bina semangatnya dan bombanya. Nantilah semua ini akan diblogkan akhirnya.

Dapat makan free dan sedap. Masa mula-mula masuk kerja dapat makan free memanglah best, jarang dapat, tapi sekarang dah bosan, banyak sangatlah jamuan sampai kenduri kahwinpun dah malas nak pergi. Nak makan nipun kena berlatih etika makan. Tapi sambil berlatihpun dapat makan. Sudu mana nak pakai dan macamana nak letak sudu lepas makan. Masa tu dapat makan Western Food, pecah kepala...

Dapat pakai Monkey Jacket (Tuxedo Putih), saja-saja kalau tak kena dengan majlis bukan boleh pakai. Rasa macam James Bond la pulak. Tapi bestlah dapat rasa pakai baju ni masa tu maklumlah tak biasa dan bukan semua orang boleh pakai. Orang-orang tertentu sahaja. Tak dapat nak dicoretkanlah keseronokan tersebut. Dah rasa baru tahu. Rasa saya dalam perkhidmatan awam yang tidak beruniform, PTD saja yang boleh pakai No. 1 dan Jaket Monyet ni. Masuklah...



Category:
��
02:29 | Posted in
Burung Kenyalang adalah daripada spesis Enggang. Fakta tersebut saya perolehi dari sebuah dokumentari yang saya tidak ingat tajuknya yang disiarkan oleh stesen televisyen kerajaan. Burung ini sangat terkenal di Sarawak sehinggakan negeri tersebut dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang. Walaubagaimanapun saya telah pergi ke Sarawak beberapa kali tapi sekalipun saya tidak pernah terserempak dengan burung tersebut.

Sebenarnya saya tidaklah meneroka keseluruhan negeri tersebut tapi cuma berada di Kuching iaitu ibu negeri Sarawak. Mungkin burung tersebut hanya berada di kawasan hutan. Tak pastilah saya. Tapi di Kuching ada sungai yang besar dalam bandar. Sepatutnya bolehlah burung tersebut berkeliaran di bandar. Bukankah Sarawak dikenali sebagai bumi Kenyalang. Sepatutnya burung ini boleh dilihat di mana-mana sahaja.

Kira-kira setahun yang lepas saya telah diarahkan untuk bertugas di sebuah daerah di sebelah pantai barat negeri Perak. Maklumlah berkhidmat dengan kerajaan. Bila naik pangkat sahaja akan berubah tempat. Lebih-lebih lagi bagi saya yang tidak berapa memilih tempat. Bukan macam sesetengah kawan saya tu. Nak dekat situ-situ sahaja. Deme kabel besor. Itupun syukurlah naik juga pangkat. Tapi itu bukan kisahnya. Yang hendak saya kisahkan adalah tentang sepasang burung kenyalang.

Gambar-gambar yang saya paparkan disini adalah gambar sebenar yang saya ambil di sini (kawasan pantai barat Perak). Sebenarnya sebelum saya dapat mengambil gambar-gambar tersebut saya telah beberapa kali melihat burung-burung tersebut di kawasan bandar. Saya pernah bertanya dengan kawan-kawan saya yang telah lama berkhidmat disini tentang burung tersebut. Ada yang tidak mengetahui mengenainya. Ada beberapa orang yang berkata, "oooh yang sepasang ituka?". Adakah ini bermakna cuma ada sepasang itu sahaja? Saya yakin tidak.

Pada suatu hari selepas sarapan pagi, saya terlihat sepasang burung tersebut berada di atas tiang lampu disebelah rumah. Saya dengan segera telah menyuruh anak saya masuk ke rumah dan mengambil kamera. Tiga gambar yang saya uploadkan di sini adalah gambar-gambar sebenar burung kenyalang yang berjaya saya tangkap...


Category:
��
06:04 | Posted in
ATUR CARA

ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN SERTA TAULIAH LANTIKAN JAKSA PENDAMAI DAN PINGAT-PINGAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-81


DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH
DK.DKM.DMN.DKA

SULTAN YANG DI-PERTUAN DAN RAJA PEMERINTAH
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR

12 MEI 2009 BERSAMAAN 17 JAMADILAWAL 1430H


8.00 pagi~ Bakal-bakal penerima dan pengiring mengambil tempat.


8.30 pagi~ Dif-dif mengambil tempat.

9.00 pagi~ Yang Amat Mulia Raja-Raja Bergelar dan Isteri mengambil tempat.

9.05 pagi~ Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Isteri masuk Balairong Seri. (Surprise...MB satu lagi...)

9.10 pagi~ Jejawat-jejawat membawa masuk Lembing dan Payung Kerajaan mengambil tempat di Balairong Seri.


9.15 pagi~ Keberangkatan masuk Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan serta Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Perak Darul Ridzuan ke Balairong Seri diiringi oleh Pengiring-pengiring Di Raja.

~ Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Temenggong Paduka Raja menghadap Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan memohon limpah perkenan untuk memulakan Istiadat.



~Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri serta Pingat-Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan serta Tauliah Perlantikan Jaksa Pendamai dimulakan.


Blogger Dititah Menghadap.




Patik Menjunjung Kasih Tuanku.






Category:
��