06:57 | Posted in
Jumaat, 1 Mei 2009
Bestnya Cuti...
Category:
��
17:17 | Posted in
Category:
��
Category:
��
03:56 | Posted in
Darjah Kebesaran
Ahli Mahkota Perak
(A.M.P.)


Bersempena dengan Hari Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang disambut pada 19 April setiap tahun, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan menganugerahkan Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Negeri Perak Darul Ridzuan. Penganugerahan ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Perak kepada mereka yang telah banyak menabur jasa-jasa serta menyumbangkan khidmat bakti kepada Negeri Perak Darul Ridzuan khasnya dan negara amnya.

Darjah-darjah Kebesaran, Bintang-bintang dan Pingat-pingat Negeri Perak Darul Ridzuan biasanya dianugerahkan kepada mereka yang berbakti dan memberi perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perak Darul Ridzuan khasnya dan Negara amnya, bersesuaian dengan taraf kedudukan mereka adalah daripada kumpulan atau jenis.

Di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Bahagian Kedua Bab X(a) Tercatit Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan mempunyai milik pancuran kemuliaan(FOUNTAIN OF HONOURS) budibicara (prerogatives) yang mutlak.

Bab XXV Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan bahagian kedua seterusnya menerangkan:

"Maka Raja Pemerintah itu ialah pancuran semua kemuliaan-kemulian dan darjat-darjat dalam negeri ini dan Bagindalah seorang sahaja yang boleh mengurniakan gelaran-gelaran dan darjat-darjat dan mengadakan pangkat-pangkat dan pingat-pingat kemuliaan dan darjat, samada gelaran-gelaran,darjat-darjat,pangkat-pangkat atau pingat-pingat itu telah sedia ada atau tidak terlebih dahulu di kurniakan atau diadakan.

Tetapi hendaklah di isyaratkan sebelum mana-mana gelaran, darjat,pangkat atau pingat baharu dilembagakan atau apa-apa lantikan kepada gelaran atau darjat yang sedemikian itu diperbuat, patutlah diminta nasihat Dewan Negara itu dan jikalau sekiranya perlembagaan bagi mana-mana gelaran, darjat, pangkat atau pingat mengenai perbelanjaan daripada hasil negeri, maka hendaklah perbelanjaan yang sedemikian itu di persetujui oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri".

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah berkenan untuk menganugerahkan blogger dengan anugerah:-

Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.)
1. Darjah ini adalah peringkat keempat daripada kumpulan Darjah Yang Amat Mulia Paduka Mahkota Perak. Dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang atau berbuat jasa kepada Negeri Perak.


2. Dikurniakan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan sekurangkurangnya Gred 41 dan ke atas dalam Sistem Saraan Malaysia yang berkebolehan istimewa (exceptional merit) atau yang setaraf dengannya;


3. Dikurniakan kepada anggota-anggota Pasukan Tentera yang berpangkat Mejar/Kapten/Leftenan/Leftenan Muda (Tentera Darat), Leftenan Komander/Leftenan Madya/Leftenan Muda (Tentera Laut), Mejar TUDM/Kapten TUDM/Leftenan TUDM/Leftenan Muda (TUDM) atau yang setaraf dengannya; dan


4. Dikurniakan kepada anggota Pasukan Polis yang berpangkat Deputi Superintenden Polis (DSP)/Asisten Superintenden Polis (ASP) atau yang setaraf dengannya.


Ikuti persiapan blogger untuk Majlis Penganugerahan tersebut, seperti menempah baju, raptai dan hari penganugerahan nanti, di posting-posting yang akan datang.


Ampun Tuanku.
Category:
��
06:29 | Posted in
Category:
��
05:36 | Posted in
Semasa kecil, saya selalunya akan bersama-sama dengan jiran-jiran. Kebiasaannya akan bermain, jengkek, guli, panjat pokok, bolasepak, badminton, kad gambar, serta beberapa permainan moden dan tradisional yang lainnya. Kalau tak bermain apa-apa, masa akan dihabiskan dengan bercerita. Antara cerita-cerita yang popular adalah cerita-cerita seram dan ada juga tentang silat melayu, terutamanya yang berunsur kebatinan. Cerita-cerita yang bangkit adalah tentang keupayaan panglima-panglima untuk menghilangkan diri dan juga kemampuan untuk terbang. Benarkah semua itu?

Yang menariknya sewaktu kecil, apa-apapun seakan-akan benar. Kadang-kadang saya melihat juga di udara, manalah tahu, kalau-kalau dapat tengok 'Superman'. Tapi pada masa itu, 'Superman' tidak begitu popular. Yang popular adalah 'Giant Robot', saya tidak pernah ketinggalan menyaksikannya, kecuali episod terakhir. Tetapi saya tidak ingat kenapa saya tidak menyaksikan episod terakhir tersebut, pergi jalan-jalan mungkin bersama keluarga.

Begitu juga dengan ilmu kebatinan, saya memang percaya dengan perkara-perkara tersebut. Baca ayat-ayat tertentu, boleh terbang. Baca ayat-ayat tertentu, boleh hilang dan sebagainya. Akan tetapi di kawasan sekeliling rumah saya, tidak ada gelanggang ataupun sesiapa untuk mengajarkan ataupun mendemokan perkara-perkara itu. Walaubagaimanapun, hidup diteruskan seperti biasa,bermain, bersembang dan menonton TV. Sekali-sekala arwah makcik saya buat hal, selalu kena 'rasuk'. Dia lemah semangat, ungkapan yang selalu diperkatakan oleh arwah opah.

Pada suatu malam, semasa itu, mungkin saya di dalam Darjah 4 atau 5, saya dan abang-abang saya ditanya oleh arwah ibu, "malam ni nak ikut, tak?". "Pergi mana?"Saya bertanya. "Ikut sajalah", jawab arwah ibu. Saya cakap, "nak ikut". Oleh itu saya diminta oleh arwah ibu saya untuk bersiap. Maka sayapun bersiaplah. Abang-abang saya, seingat saya tidak mahu ikut, maklumlah mereka dah besar sikit, dari saya.

Semasa menunggu untuk keluar 'jalan-jalan', ada beberapa orang tetamu yang datang kerumah. Saya kenal salah seorang daripada tetamu tersebut. Selalu keluar TV. Seorang Menteri, kalau tak salah saya pada masa itu. Orang itu adalah arwah Tan Sri Abdul Samad Idris. Seorang lagi, adalah, warganegara Indonesia tapi saya tak kenal. Saya dimaklumkan oleh arwah ibu bahawa dia adalah seorang Guru Silat. "Malam ini kita akan pergi tengok silat", kata arwah ibu.

Bersambung...

Category:
��
06:42 | Posted in
Category:
��
18:40 | Posted in



Selamat Ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke 81 Pada 19 April 2009






Category:
��
06:38 | Posted in
Category:
��
00:40 | Posted in
Fokus utama blog ini adalah tentang catatan pengalaman saya dalam beberapa seni mempertahankan diri, baik zahir maupun batin. Antaranya adalah Nasrul Haq, Kalimah, Cekak, Kalari Payat, Gayong Maarifat, Tendai, Cakera Alam, Wajibal Ujud, Abjad, Gayong Malaysia, tinju, tomoi dan Tae Kwan Do. Akan tetapi tidak semua seni itu yang betul-betul saya sertai. Cuma dua atau tiga sahaja. Oleh itu apakah kaitannya seni-seni tersebut dengan saya? Ikuti posting-posting saya dalam blog ini nanti.

Turut akan dimuatkan adalah seni Penyembuhan Menggunakan Tenaga Alam Semesta (Universal Energy Healing. Banyak kaedah yang menggunakan tenaga ini. Secara khususnya, saya akan berbicara tentang Reiki (Ray Ki). Teknik-teknik Reiki daipada rawatan secara langsung, secara jarak jauh dan pembukaan/pengijazahan (attunement) akan dinukilkan.

Hal-hal Agama Islam turut akan dimuatkan, terutama sekali tentang sirah Baginda Rasulullah SAW. Perkara-perkara lain yang menarik minat saya juga akan saya coretkan di sini. Perkara-perkara tersebut adalah dari cara-cara untuk membuat blog, menyelesaikan kiub rubik, sehinggalah kepada cara-cara menjadi pemaju perumahan, jika diizinkan Allah. Pendek kata, apa-apa sajalah, sebab blog ini blog saya.

Apa yang paling menariknya, pada saya, adalah pengalaman saya menentang Raja Jin Ular. Bukan saya lawan seorang. Tapi dibantu oleh sahabat handai dan pakar-pakar tertentu. Walaubagaimanapun serangan Raja Jin itu adalah ditujukan kepada saya. Ceritanya agak seram dan menakutkan oleh itu, cerita-cerita seram lainnya, iaitu pengalaman saya sendiri dan orang lain, tentang hantu akan juga diblogkan.


Category:
��