Shamar Store

04:25 | Posted in

Tidak ada apa yang hendak saya perkatakan tentang Yasmin Hamid ini. Yang saya kenal dia ni adalah sebagai seorang pelakon. Sekarang yang saya tahu di TV cerita semasa yang dia berlakon adalah Datin Wan Abe. Itu sahaja. Tetapi saya blogkan di sini adalah sebagai penghargaan kepada peminat beliau yang telah berkunjung ke blog ini.

Dengan meletakkan iklan Nufnang di blog saya ini, saya boleh mengesan bilangan pengunjung yang datang melawat ke blog saya ini. Saya juga boleh mengesan topik apa yang pengunjung gunakan di enjin carian seperti Google dan sebagainya sebelum dibawa ke blog ini. Saya dapati salah satu topik yang dicari oleh pengunjung ke blog ini adalah dengan menggunakan katakunci Yasmin Hamid.

Akan tetapi, dengan menggunakan katakunci tersebut para pengunjung telah sebenarnya dibawa ke cerita tentang pemergian Arwah Yasmin Ahmad. Oleh itu saya memohon maaf. Sebenarnya, memang sebenarnya saya ingat nama Yasmin Ahmad adalah Yasmin Hamid. Tetapi selepas saya membuat pembetulan pada tajuk penulisan saya, nama fail tidak berubah. Tak tahulah pulak macamana nak betulkan, nama fail tu. Kalau ada sapa-sapa yang boleh tolong betulkan sila beritahu.

Terpaksalah saya cari dalam web gambar Yasmin Hamid sebagai penghargaan kepada peminat beliau. Cari punya cari terjumpa pulak gambar Mawi Bogel. Tapi tak kuasalah teman nak blogkan di sini. Bukannya betulpun, nampak sangat tipu, superimpose, kepala Mawi, badan orang lain. Kesian kat Mawi. Dahla dah tak berapa popular sekarang ni. Harap-harap Mawi, dapat naik balik. Saya dan keluargapun minat jugak kat budak ni...sikit-sikit. Good Luck.
Category:
��

Comments

0 responses to "Yasmin Hamid"