Shamar Store

00:44 | Posted in

Penulisan ini bukanlah fakta, tetapi sebaliknya adalah merupakan satu persoalan. Benarkah khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa Arwah Yasmin Ahmad adalah seorang lelaki? Persoalan ini boleh jadi betul, sekiranya fakta-fakta yang akan dinyatakan di bawah boleh dibuktikan sebagai betul.

  1. Kedua-dua gambar di atas adalah orang yang sama. Difahamkan bahawa gambar di sebelah kiri adalah gambar Zulkifli Ahmad, Naib Johan Bintang RTM tahun 1975. Manakala gambar di sebelah kanan adalah gambar Arwah Yasmin Ahmad, penglipurlara moden, dan,
  2. Sebuah blog hiburan tanahair telah melaporkan profail arwah sebagai Naib Johan Bintang RTM 1975.
Walau apa-apapun, al-fatihah untuk arwah dan arwah telahpun selesai mengharungi ujian Allah di mukabumi ini. Pencapaian arwah juga adalah lebih baik daripada kebanyakkan dari kita.

Persoalan ini menarik minat saya kerana pernah ada orang masuk ke blog ini dengan katakunci, Yasmin Ahmad is a man? Selepas itu ada seorang rakan kerja saya pula yang membangkitkan isu yang sama. Saya juga ada mendapat maklumat bahawa sebuah suratkhabar tabloid juga pernah mengupas isu ini. Siap cakap, beliau juga adalah bekas penyerang pasukan bolasepak Melaka sekitar tahun 70an. Kalaulah saya masih lagi simpan Majalah Arena Sukan dulu-dulu tu, boleh cari gambar.
Category:
��

Comments

4 responses to "Yasmin Ahmad Lelaki?"

  1. Anonymous On 9 August 2009 at 09:38

    INI CERITA LAMA..DULU DAH KELUAR...ORG DAH TAKDE...BIARKAN BERLALU JE

     
  2. Anonymous On 9 August 2009 at 09:45

    takde apa yg pelik...memang ada dlahirkan khunsa....semuanya kuasa tuhan....kita cuma pilih yg terbaik utk diri kita

     
  3. Anonymous On 15 February 2013 at 15:07

    PART 2

    Jadi, Yasmin Ahmad juga sangat dihargai disana, walaupun dia digelar 'sesat', 'fasiq', 'khunsa' disini, tetapi bakat dan kejayaannya dia saja yang lalui dan semua itu juga adalah pemberian Allah, ilham dan bakatnya tidak diminta olehnya tetapi dia diberi kelebihan itu. Filem nya tidak sesat tapi sesiapa yang menganggap begitu mungkin kerana tidak faham akan pesan arwah dan the beauty of her mind, dia sangat jujur dan tenang dalam menyampaikan karya. Semua nampak natural dan tak dibuat-buat.

    Yasmin khunsa adalah satu bentuk dakwaan sahaja, kerana mustahil dia khunsa dan wanita dalam masa yang sama, belajar di UK dan bermain bola sepak pada tahun 1975. Kemudian pada tahun itu juga dia berulang-alik dari UK ke Johor ketika cuti, amat gila lah jika ingin dirasionalkan dan dilogikkan bahawa Yasmin adalah seorang SHAPESHIFTER sebenarnya.
    Hanya Aliens UFO saja yang mampu buat macam tu.

    Sudah sudahlah. Ramai orang dengki kan dia.
    Dari muda agaknya. Difitnah. Main bola sepak mewakili Melaka? Dia orang JOHOR, bro!
    Kalau awak orang Perak tiba-tiba nak mewakili Terengganu pula, pelik.

    Sekian sahaja bebelan saya, terima kasih,

    Salamun'Alaik.........

     
  4. Anonymous On 15 February 2013 at 15:08

    Salam, saya ada beberapa teori untuk dikemukakan sebagai fakta, hasil dari kajian mendalam terhadap biografi hidup arwah Yasmin Ahmad,
    saya harap semua yang membaca sudi membuka minda dan fikir dengan tenang:

    1. Mengikut bukti dari Wikipedia dan buku biografi serta temubual dengan ahli keluarga, rakan-rakan teman seperjuangan arwah, Yasmin Ahmad dilahirkan pada 7 Januari 1958 di Johor sebagai wanita.

    2. Pada awal tahun 1975, beliau berumur 17 tahun dan baru sahaja tamat SPM.

    3. Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, beliau mendapat scholarship @ biasiswa pelajar pintar dan ditempatkan di University of Arts, England, United Kingdom.

    4. Yasmin mengambil jurusan Perfileman, Film Making and Arts selama 4 tahun di sana dan tamat belajar, dia pulang ke Malaysia pada awal 1980an dan menumpukan kepada penulisan kreatif dan berjinak-jinak dengan teater.

    5. Pada awal 1980an, sekitar 1982-1983, beliau mendapat tawaran bekerja / internship di sebuah bank dalam bidang pengurusan kewangan dan business marketing, di situ arwah belajar banyak tentang pengendalian keusahawanan yang juga telah banyak membantunya dalam bidang seni perfileman sebagai Pengarah Eksentrik.

    6. Selepas meninggalkan bank, dia mula serius dalam menceburi bidang yang diminatinya iaitu
    Mengarah Filem dan menulis skrip. Dia pun bekerja sebagai Copywriter di syarikat swasta Inggeris berpengkalan di KL, salah satunya Leo Burnett.

    7. Yasmin adalah seniwati wanita sejak 1985 sehingga hari kematiannya. Berpuluh anugerah iklan, terbitan, filem dan drama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, terutamanya di Eropah yang lebih menghargai bakat-bakat non-stereotype, manakala di menempa nama di South East Asia dan Pacific melalui iklan-iklan yang dilamar oleh client nya.

    8. Yasmin meninggal pada pertengahan 2009, atas ketentuan Ilahi, selepas dia diserang stroke di pejabatnya ketika sedang bermesyuarat dengan Siti & Dato K, atas proposal project yang bakal mereka jalankan. Yasmin dimasukkan ke hospital dan sempat dirawat selama 4 hari saja dan dia menghembuskan nafas terakhir.

    9. Semasa nazak, Yasmin ditemani kedua orang tua, saudara, teman, kenalan artis, dan adik perempuannya bernama Orked (juga watak yang digunakan Yasmin untuk filem Sepet/Gubra.

    10. Buku terbitan penulis Amir Muhammad tentang biografi filem Yasmin, berjudul Yasmin Ahmad's Films, terbit pada tahun 2010. Di dalam itu lengkap dengan info Yasmin dari muda sehingga hari kematiannya, dan senarai kejayaannya dan sumbangannya dalam dunia seni industri filem.

    11. Yasmin lebih dikenali di Eropah dan dicalonkan di CANNES Film Festival, director Barat kebanyakannya US & latin, Europe seperti Lars Von Tiers (Melancholia), Guillermo Del Toro (Thesis), Steven Spielberg (Aliens, Transformers, Resident Evil), Quentin Tarantino, Elias E Merhige (Suspect Zero, M. Night Shamalan (The Signs, The Sixth Sense) yang diantara pengarah terkemuka, dimana filem mereka membanjiri panggung wayang kita di Asia.
    Mereka bukan calang-calang pengarah. Kita sendiri tak terlepas dari menonton filem mereka, betul?