Shamar Store

05:27 | Posted in

Ibubapa Michael Jackson telah dilapurkan bahawa mahu anak mereka disemadikan di Neverland. Ianya merupakan kediaman Michael yang telah ditinggalkan mungkin akibat ketidakmampuan Michael untuk membiayai ladang tersebut. Neverland adalah bersempena dengan The Never-Never Land seperti dalam cerita fantasi Peter Pan. Di tanah tersebut kanak-kanak tidak akan jadi tua kecuali Kapten Hook dan konco-konconya. Kanak-kanak juga boleh terbang dengan hanya memikirkan perkara yang menggembirakan. With just one happy thought, you can fly.

Jasad Michael dikatakan akan diletakkan di keranda lutsinar bagi membolehkan peminat-peminat melihat beliau. Beliau juga akan dibawa berarak menaiki pedati putih ke Neverland tersebut. Di situ beliau akan disemadikan buat selama-lamanya pada hari Ahad ini. Akan tetapi, tidak dinyatakan proses pengkebumian nanti akan dilaksanakan mengikut agama apa? Michael diberitakan bahawa telah memeluk Islam. Agama asal beliau dan keluarga adalah Jehovah Witness. Abang beliau Jermain telah memeluk Islam.

Apa-apapun masih ada peminat fanatik beliau yang menganggap beliau masih hidup. Selain itu ada juga teori konspirasi yang mengatakan bahawa beliau dibunuh supaya Islam tidak tersebar dengan lebih meluas. Tetapi saya tidak hendak menghuraikan perkara tersebut. Apa yang hendak saya perkatakan adalah kisah Elvis berulang lagi. Seperti Elvis, peminat Michael masih menganggap yang beliau masih hidup. Tak lama lagi banyaklah sighting atau penemuan Michael ini diserata dunia.

Di dunia lain tak payah ceritalah memang banyak. Secara peribadinya, di Malaysia saya dah jumpa tiga sighting ini. Pertama, Lan Pet-Pet, masa masuk sinaran. Kedua, budak yang kerja dekat hypermarket yang datang ujibakat salah satu siri realiti tempatan. Ketiga, saya jumpa tahun lepas, dekat Hutan Melintang. Kalau tuan-tuan ada terjumpa di tempat-tempat lain, kalau sudi, kongsilah sighting tuan-tuan di sini.
Itupun, kalau sudilah...
Category:
��

Comments

0 responses to "Michael Jackson Masih Hidup?"