Shamar Store

04:13 | Posted in
Seperti yang telah diketahui umum, Michael Jackson telah pergi meninggalkan kita pada hari Khamis, 25 Jun yang lalu. Beliau mempunyai 3 orang anak dan pernah berkahwin sebanyak dua kali. Salah seorang daripada bekas isteri beliau adalah anak kepada Elvis Presley.

Pada ketika ini jasad Michael Jackson telahpun keluar dari bilik bedah dan dibawa oleh ahli keluarga beliau ke satu tempat yang tidak diketahui. Ahli keluarga beliau difahamkan sedang mengaturkan upacara pengkebumian untuk beliau.

Pada akhir tahun lepas, Michael Jackson telah diumumkan sebagai telah memeluk agama Islam. Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa, imam sebuah mesjid yang kerap dikunjungi oleh abangnya Jermaine yang telah memeluk Islam 20 tahun yang lalu, sedang mengaturkan Majlis Pengkebumian tersebut.

Majlis Pengkebumian Michael Jackson ini akan menjadi majlis yang berprofail tinggi. Seluruh dunia akan menumpukan perhatian mereka kepada upacara tersebut. Pada hari tersebut status pegangan agama Michael Jackson akan diketahui oleh umum. Sementara itu ikuti ulasan Jermaine Friday, abang kepada Michael Jackson...


Category:
��

Comments

0 responses to "Michael Jackson"